Jenis penyakit


Update terakhir:

Salam

Semalam saya ke klinik kesihatan membawa anak berbadan dua.

Di sana kelihatan ramai pesakit sedia menunggu.

Jenis jenis penyakit yg dibawa ke klinik adalah seperti berikut:

  1.  Darah tinggi
  2. Kencing manis
  3. Demam, batuk, selesema
  4. Pening, gelap mata
  5.  Urat saraf
  6.  Jantung
  7.  Mata, telinga, telinga bernanah
  8.  Prostat, kencing berdarah
  9.  Wanita
  10.  Gatal , penyakit kulit
  11.  Payah tidur dan
  12.  Darah gemuruh

Majoriti datang membawa bayi dlm perut masing masing.  Disebabkan bayi dlm proses membesar, saiz perut macam macam.  Tak larat nak sukat, ukur untuk dituliskan di ruangan terhad ini.
Adakah ini dikumpulkan dalam orang yg sakit juga?

Melihat kepada jenis jenis penyakit di atas
Syukurlah saya sihat walafiat.  Alhamdulilah.

Mata ok.
Urat saraf ok.
Sistem kawalan ok.
Otak ok.
Cakap itu ini ok.
Selera ok.
Tenaga jantan ok.
Telinga untuk menyambut panggilan maxis, celcom ok.
Pendek kata banyak lagi yg ok dlm sistem tubuh penulis.
Tips?  Makan bila lapar. Berhenti makan sebelum kenyang. Belanja orang makan.
beri sedekah dlm tabung  masjid setiap hari jika mampu terutama di kala mentari sedang muncul memecah malam.  Beri makan pada ayam, burung dan ikan setiap hari tanpa proses odit mengodit.  Lillahi taala. Peliharalah kucing. Jangan bunuh anjing atau haiwan lain.  Tetapi paling bagus peliharalah ibumu sendiri dgn penuh kasih sayang. He he he.   Boleh?
Alhmdulilah.

  1.  Sebenarnya nikmat sihat ni terlampaulah mahal.

Cuba ditakdirkan otak kita sakit contohnya.

Susah nak cari rezeki bila otak tercabut beberapa wayar istimewa yg halus halus.
bayangkan

bila otak sakit
kita keluar dari rumah
kita tak jumpa jalan pulang lagi dan lagi.  Sang isteri mesti rasa cemas.  Ke mana orang tua niiiiiii?

bila keluar fakulti
tak jumpa dewan kuliah
berjenuh mencari cari
hati dah hot
cuaca hot
mulalah memaki itu dan ini

bila otak sakit
kita beri signal nak belok kanan
tiba tiba kita belok kiri pula.

dengan cara begini
riwayat hidup kita tak lamalah lg bila berada di atas jalan raya di negara islam terbaik ini.
kita akan berhadapan dgn kemalangan maut dan macam macam lagi.

bila otak sakit
kita memasuki tandas perempuan yg sarat mengandung
apa akan jadi?
Mesti kita diketuk oleh pengawal pengawal klinik di situ yg berbadan sasa mcm benggali hitam dan putih.  Jika tak silap, dibagi suami perempuan tu sebiji dua penumbuk ..terluruh semua gigi depan kita.

bila otak sakit
doktor kata pergi ambil sampel air kencing
kita keluar tandas
kita bawa satu botol air kencing tanpa kita berseluar lagi.  Relaks ..wat donnor  jer.
apakah yg akan terjadi?

huru hara
dunia
klinik ibu huru hara
kampung huru hara
bandar huru hara
jururawat desa mesti marah
hatta satu dunia problem

bila otak kita sakit tanpa kita sedari.

  1.  nak betulkan otak
    menelan belanja yg besar.

macam macam jadi besar.
isu besar.

siapa nak jaga kita
selepas ini?

oleh itu
eloklah kita beri perhatian
tentang kesihatan diri kita masing masing.  Baca doa qunut elok elok.

bila masyarakat sudah cop kita gila pada akhir tahun 2016
payah
kita nak hapuskan
data, rekod  bergelar sedemikian ini mulai tahun hadapan dan seterusnya.

org lelaki gila ok lagi.
bagaimana jika org perempuan muda lagi cantik yg gila.

susah kan?

bersyukurlah ..

kita sihat dlm banyak segi.
sihat tubuh badan
sihat otak n peribadi

harga diri tinggi bila tuhan kurniakan kita nikmat kesihatan yg diberikan olehnya secara percuma ini.

Sekian.
jaga diri masing masing anak anak ku dan, pembaca sekelian.  Jangan berhutang terlampau banyak dan tak termampu oleh kita untuk melunaskannya.  Hutang bnyak satu sebab otak jadi sakit secara kritikal. Tiba tiba putus wayar dlm otak doktor.  Awas.

Kemuncak sakit ialah satu kematian.  Itu sahaja ingin ku berpesan pada diri ini terlebih dahulu.

Wallahu aklam.

Ada orang memetik epal ni bila otak berstatus sihat


Ramai kaum hawa. Adik ooi.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/12/jenis-penyakit.html