jika diberi pilihan
Salam
Jika diberi pilihan antara belajar di sini dengan luar negara ,
Saya lebih gemar belajar di England, Amerika atau Austrslia. Dlm survey, dari 100 kali temubual , sy memberi 100 kali sokongan belajar jauh dari kpg halaman semata mata mencari ilmu dan pengalaman hidup.
Mengapa?
Ada 3 sebab. Pertama, kalau dpt ijazah atau sarjana .. itu betul betul kebolehan kita. Tidak ada faktor bias disebabkan unsur bangsa atau politik.
Kedua, boleh melancung ke negara negara lain.
Jika belajar di sini, sy perhatikan ..pelajar asyik pulang ke kampung halamannya sahaja. Contoh dlm setahun , keratan tiket Batu Pahat ke Kuala Lumpur sebanyak 10. Ini bermakna 40 kali balik johor sepanjang pengajiannya di universiti di peringkat degree. Cukup menjimatkan. He ..he ..he.
Ketiga, boleh meningkatkan penguasaan bshasa inggeris bila bercampur dgn pelajar2 seluruh dunia. Bila begini, kita akan berfikiran terbuka. Kita dilatih menerima pendapat orang dan kita dpt bnyk peluang memberi idea kpd mereka juga.
Satu lagi, kita belajar hidup di luar negara. Di sana, semua boleh. Pandai pandai lah menjaga diri sendiri.
Rasa rasanya zaman anak melayu kampung berduyun duyun dihantar ke london untuk degree, sarjana dan phd …mungkin sudah beransur ansur berakhir. & Ini adalah kerana keadaan ekonomi negara dan 30 buah universiti awam world class di tanah air. Kalau tak universiti world class adalah perkara perkara lain yg world class.
Di sini banyak world. Budak Felda yg pandai menysnyi pun suka menyebut perkataan world dlm setiap pertunjukannya.
Selain itu, world class professor.
Bukti sudah ramai pelajar arab dan afrika dtg belajar di sini.
Mengikut gambar dlm akhbar Star, ada juga Ketua Polis Negara pun ada bintang bintang dunia. Dia gemar bekerja dgn cell phonenya. Banyak pantauan boleh dibuat dgn cara begitu.
Mengikut kajian, org yg suka merujuk kpd gadget, pemikirannya tohor atau dlm bahasa ibunda angkat saya, shallow man. Bila shallow, dia tak mampu membaca laporan yg panjang lebar. Bila begitu, tindakannya spontan dan kadang kadang tepat dan kadang kadang miss.
Begitulah …
Selain dari perkara positif, pelajar di luar negara berhadapan dengan beberapa cabaran terutama pegangan agama, halal haram dan bnyk lagi. Boleh dibukukan cabaran kami di sana seperti menunaikan solat zohor, asar dan maghrib sewaktu kuliah sedang berjalan. Di sana, pihak universiti tidak menyediakan kemudahan musala dan mcm mcm lagi. Tapi kebanyakan kami berjaya juga menghidupkan syiar islam di bumi penjajah. Teringat saya, tempoh puasa cukuplah panjang iaitu sekitar 16 hingga 18 jam lamanya. Bila iftar, kami makan ala kadar sahaja. Bukan mcm umat islam di sini. Penuh satu meja. Selagi tak penuh meja, selagi itu mereka membeli. He he he. Mewah, katakan?
di england, kita dapati bukan semua imam membaca al quraan sesedap imam melayu di masjid telipot, kota bharu sana. Masjid tempat kami menunaikan solat jumaat sekadar rumah teres 2 tingkat sahaja. Air wudhu ..ada panas dan ada sejuk. Di sana, org afrika dan bangladeshi pun ramai. Tanpa mereka, payah nak cari bekalan makanan halal seperti ayam, biri biri atau lembu. Ramai rakyat pakistan india di sana. Di Liverpool, saya berkesempatan berjumpa bekas kelasi kapal melayu berumur 70 hingga 86 tahun. Mereka melayu tapi isteri kebanyakkan mat salleh. Ada juga org puteh nak mat melayu nogori dan mat kuala krai kita sebagai suami. Masya allah selera hidup mereka kosmopolitan belako belako. Anak anak mereka? Jgn cakaplah .. pergilah buat kajian mengapa begitu begini jadinya.
Akhir kata, saya cukup seronok blajar di luar negara. Syukurlah ..1 dari 6 anak saya masih lagi diberi peluang menuntut di luar sana. Alhamdulilah. Rezeki Tuhan yg Maha Agung. Boleh belajar dgn guru guru dan prof prof yg telah menerbitkan bnyk buku buku untuk bacaan manusia seluruh dunia. Didoakan sukses dunia dan akhirat semua rakyat Malaysia/ Indonesia/ Brunei di sana. Ameen.
Wallahu aklam. Jangan marah tuan hamba. Ini hanya pandangan sy sahaja. Selagi hidup, kita boleh memberi pandangan. Betul tak? Kasihan pelajar jpa sekarang 2014 2016. Buat persediaan blajar overseas ..beres ..akhir akhirnya belajar di Sarawak atau Sabah sahaja. Kasihan. Nasib baik tak ada universiti di Langkawi atau Pulau Perhentian. Jika tidak, ke situlah overseas kita. Over the seas.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/01/jika-diberi-pilihan.html