jika kamu percayalah..


Update terakhir:

Salam

Good Morning
Selamat Pagi semua

Jika anda yakin adanya tuhan,
Buatlah amalan itu dgn penuh ikhlas. Jika ikhlas ada, alhamdulilah. Jika tidak..semua itu sia sia. (Rujuk:  Hadith Rasulullah).  Setakat kenaikan pangkat, darjat dan kelebihan jumlah wang yg tidak kekal selama lamanya. Umur 60, kita bersara. Manusia mula melupakan kita.

Jika percaya ada tuhan,
Buat apa mengharapkan pujian dan sijil penghargaan gred gaji melintang, menegak atau mendatar. Buat jer kerja mu itu. Habis cerita. Ada 40 pelajar engkau mengajar. Ada 3 orang pelajar pun ..kau mengajar.  Tak kira siang atau malam. Tapi awas, buat yg terbaik.

Jgn pandai cakap begitu begini, kerja sebenar tidak menjadi. Cakap sebesar gunung, cakap seluas lautan tapi sayang .. nilai mutu kerja ..pelajar extreme lemah pun tahu …ini kerja ..seperti melepas batuk di tangga. Malu besar kita.

Kalau kau percaya tuhan, ceritakan perkara sebenar.
Kau tipu orang atau tidak?
Kau zalimi rakyat jelata atau tidak?
Kau menipu klien mu bukan?
Jika percaya tuhan, pergilah umrah itu penuh ikhlas. Tak payah masukkan fb, watsappa atau berita sana sini.
Kita tahu ..umrah mu berkali kali sudah.
Jika percaya syurga , neraka ..buat apa pura pura.
Menangis itu pura-pura bukan?
Org tahu. Tak tahu sekarang, esok mereka tahu. Anda pelakon beragenda.
Jika percaya kubur itu benar, insaflah.
Jika sedar ada penyiksaan dlm neraka dan kubur …awaslah ..berbaktilah secara jujur dan mulia. Apa itu jujur? Tanya anak berumur 3 hari. Mereka menangis secara jujur. Mereka lapar susulah atuk. Datuk. Cikgu. Pegawai Daerah. Tuan. Puan. Pak Menteri. Jujurkah kamu selama ini?
Tak malu kau?

Jika kau yakin ada tuhan ..jom bertaubatlah.
Tukar niat dan semua bentuk amalanmu itu lekas.
Jika tidak ….tahulah Tuhan Allah Azawajalla  reject semua amalan mu.
Astagh firullahal Azeem.
Al Fatihah.
Pagi Jumaat  sudah. Jom masjid menunggu mu sudah abah. Jom. Lillahitaala.

Sekian.
Wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/01/jika-kamu-percaya.html