Jom kita berubah dari guru biasa menjadi Guru Power


Update terakhir:

Salam.

My writing this morning after subuh berjamaah. pagi ahad. Surah Alif-lam-mim sajadah. By the Imam Tua Masjid Parit Hj Salleh Ros - Parit Raja, Johor. Lokasi adalah 2 km dari Universiti tempat saya bertugas. Tajuk penulisan ini ialah : -

Bila kita perlu berubah ..

Tidak semua kita yang gembira mempunyai sebuah kereta Proton Saga 1.3 dari tahun 1985 dan masih setia memandunya hinggalah ke tahun 2010. Walaupun hutang bank sudah dilangsaikan berkaitan dengan kereta tersebut, otak kita mahu berbuat sesuatu supaya kita dapat memandu sebuah kereta yang baru. Begitu juga kaum hawa (guru-guru perempuan), mereka selalunya berubah dari segi pemakaian dari zaman baju kurung biasa ke stail terbaru di mana mereka kenakan baju kurung moden dengan petty-coat supaya mereka kelihatan sedikit canggih dan ada unsur-unsur kepakaran dan kekananan. Betul tak? Jika semua kita sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada , di dalam kontek di atas, sudah tentulah graduat UiTM dalam bidang fesyen dan industry moden susah mencari makan. Begitu juga selera kita dalam menghiasi ruang rumah kita yang sudah 10, 20 atau 30 tahun. Kita memerlukan sedikit sentuhan halus supaya mata kita sedap memandang di saat-saat kita menyambut menantu yang baru atau pun kita meraikan satu perayaan yang besar seperti hari raya puasa atau haji.

Dari paragraph di atas jelaslah kita bahawa ramai guru suka sesuatu yang baru. Dulu Proton sekarang sudah memandu kereta VIOS. Dulu pakai baju kurung dibeli dari gudang Mydin sekarang sudah pandai membeli pakaian dari butik dan di samping pakaian , mereka melagakan assessor-assesori yang berbagai-bagai. Keputusan? Keterampilan mereka bertambah baik selari dengan pangkat disandangnya di sekolah. Apatah lagi jika pasangan hidup guru ini se orang pegawai daerah, professor atau pengurus bank. Sudah tentulah keterampilan mereka sangat-sangat menyerlah dibandingkan dengan guru-guru yang lain.

Sekarang cuba kita renung stail kita bertanya dan berdailog dengan pelajar-pelajar kita. Adakah kita rasa stail bertanya dan berdailog kita sudah mencapai satu titik kesempurnaan (perfectionist)? Kita sebagai guru bertanya untuk mengetahui sejauh mana pelajar kita faham dalam sesuatu topic matematik contohnya. Jika dari pertanyaan tersebut pelajar kita mampu memberi penjelasan yang baik kita mengambil keputusan bahawa pelajar itu telah memahami konsep yang dipelajari. Tetapi ada juga dari penerangan pelajar, kita merumuskan bahawa mereka sebenarnya tidak memahami konsep itu pun. Jauh dan tersasar. Silalah rujuk artikel Suhaida dan Sazali (2009) dari Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 4 Bahagian Pendidikan Guru, KPM tersebut. Artikel itu membincangkan masalah bahasa antara BM dan BI yang digunakan di dalam kelas matematik di kalangan pelajar-pelajar politeknik, KPTM. Jika dari 10 kes pertanyaan di dalam bilik darajah, kita perhatikan 6 atau lebih penjelasan murid tidak menepati kehendak kita, maka sesuatu perlu dilakukan segera. Mengapa? Aghh..senang sahaja. Supaya murid-murid mendapat menafaat dari pengajaran kita selama ini. Kita tidak mahu ada trend dipanggil ‘syok sendiri’ melekat juga dekat stail P n P kita. Kita syok sendiri mengajar matematik dan matematik tambahan mengikut kefahaman dan cara kita dididik selama ini sedangkan murid-murid tidak memahaminya langsung. Mengapakah ini terjadi? Insya allah saya akan menulis lagi isu ini mengapa kita mesti berubah dalam aspek soal-menyoal di dalam kelas kita. Oleh itu, jaga-jagalah diri wahai guru-guru/pensyarah-pensyarah DH yang mulia. Kita dibayar gaji untuk mendidik diri kita supaya menjadi idola guru yang mulia dan di samping itu kita membina anak bangsa kita supaya mereka dapat bersaing di persada antarabangsa. Why? soon anak-anak kita dididik oleh orang lain juga. Kerana Allah lah kita hidup dan mati. Ameen. Kita berjumpa lagi. Byeeee.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2010/10/jom-kita-berubah-dari-guru-biasa.html