jurang pendapatan


Update terakhir:

Salam

Mengikut majalah Dewan Masyarakat bulan Ogos / 2015 bertajuk agenda memperkasakan ekonomi bumiputera …

muka surat ..23

“..jurang pendapatan isi padu rumah di Malaysia adalah yg tertinggi , iaitu satu kumpulan itu 20 peratus tertinggi bagi sesuatu kaum mendapat pendapatan rm15, 254 berbanding  kumpulan terbawah dalam kaum yg  sama berpendapatan RM1686 ..hampir 10 kali ganda lebih rendah.

jurang pendapatan antara kaum melayu dgn kaum lain juga meningkat 10 kali ganda , RM2600 pada tahun 1970 kepada  RM23000 pada tahun 2012

Malaysia ..  cabaran menghadapi cabaran menangani masalah ketaksamaan dari pelbagai penjuru . masyarakat luar bandar yg majoritinya bumiputera secara purata hanya menerima 60% gaji masyarakat bandar.

selain itu, gaji CEO dan pengurusan kanan syarikat adalah 90 hingga 300 kali ganda di bandingkan dgn gaji pegawai rendah ..pada kes tertentu

1600 hingga 3800 kali ganda”.  pg 23

Teks Ucapan:  Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Hj Mohd Yassin  mantan TPM Malaysia


Rumusan cerita:

siapa yg bersalah?  objektif questions ..

A)  ayah dan ibu kita
B)  polis PDRM
C)  majlis agama islam Kelantan
D) jamaah menteri-menteri dlm parlimen Malaysia.

Komen?

Saya rasa ..bukan salah ayah bonda ku benda di atas berlaku.

Begitu juga PDRM dan ATM ..apalah yg mereka tahu?  .pegang senapang dan tembak jer lah musuh durjana ..

MAIK ?  (ha..ha..ha..)

maka jawapan paling tepat ialah … D … donkey.

selama ini ..mereka ramai ramai jamaah menteri   di parlimen berbahas bahas mcm mcm isu dan ..dok memerintah pegawai pegawai kanan kementerian, jabatan  itu dan ini …  ini kah hasilnya?

Maka ketua negara kena jawablah..

gaji CEO MAS Encik Christopher Muller ialah berapa ratus ribu RM sebulan hah ..sedangkan Pak Mansur security guard di kilang padi Simpang 5, Sungai Besar ..berapa lah gaji nya …  sekarang ini.

Macam mana tu?

Sekian.

p/s: sebelum detik 1 Sept 2015, 4500 kakitangan MAS akan diberhentikan.  Jauh kita import org luar hanya untuk memberhentikan waris warah kita berhenti bekerja.  Ke mana perginya org org pandai kita?  Satu masa cucu cicit kita akan menyumpah kubur kubur atuk dan nenek mereka ..  mana kehebatan melayu islam mu selama ini?  “Skill to survive, Skill to defend maruah bangsa dan Skill to compete " tak ada dlm silibus pendidikan negara kita. Yang ada hanya ilmu dan kemahiran jer.  Al Fatihah

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/08/jurang-pendapatan.html