Just pesan-pesan jer bakal pengantin baru kita ..
Salam.
Tak lama lagi ada orang akan mendirikan rumah tangga. Sebelum saya menulis jauh ..ingin saya ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU. Di doakan kekal dan bahagia sampai ke anak-cucu - cicit - alpha dan betamu. Ameen. Ya robbal alamin.
-
Orang nak khawin .. macam2 dalam fikiran kan? Duit cukup tak? Family suami/isteri ok tak terima saya se ada-adanya. Maklumlah kita bukan secantik Lady Diana/ Jo Lopez/ Erra F.. dan macam-macam artis yg terkenal itu. Kita adalah kita. Alhamdulilah kita ada SPM, Matrix, Degree, experience, gaji, kereta , rumah sewa, ada pagar , dan macam-macam lagi. Syukurlah. Tak lama lagi kita akan berkhawin. Semua akan jadi ok insyallah.
-
Tetapi biarlah saya / izinkan lah saya menulis sedikit ..sekadar ..ingat-ingatan saya juga dan saja-saja. KIta bertunang .. bukan passport kita pi jalan-jalan lagi jauh-jauh ke dalam sana yg gelap gelita sejauh malam hari ..tanpa mempeduli halal dan haram. Ingat .. Allah maha melihat kita. Jangan over-over sangat/ jangan confident sangat.. beli itu dan ini. Jangan over dalam budget ..beli apa apa biar sederhana saja. Mengikut hadith “.. proses dan belanja khawin paling minima ..adalah perkhawinan paling mendapat keberkatan dari Allah Pencipta kita semua..” Tafakun alai hih.
-
Jgn too confident. Any thing can happen. Accident ? A u zu billlah.. oleh itu, berdoalah kita agar ..rancangan semua dalam keredhaan Allah. Dia mencipta kita dari tiada kepada ada - se ada-adanya. Ada kaki 2 belah, lutut satu set, rambut ada, telinga sepasang, mata sepasang, bibir ada, tebal atau nipis bukan ciptaan kita … ada organ reproduction .. kita sama-sama jaga. Ok? Biar digunakan di tempat yang halal. Check buku Feqah Agama Islam yg suci. Kalau mau ..baca Kitab Ihya Ulumiddin Bab 4 atau Bab 7/ banyak cerita pasal nikah khawin. Jauh lebih bagus baca kitab ni dari membaca .. semua masalah manusia (pasal luar dan dalaman) dalam METRO itu. Insyallah. Kita semua berdoa muga-muga perkahwinan kita akan membawa kebahagiaan bukan 1 malam tetapi sepanjang satu kehidupan susah, senang , .., biar kehidupan ini menjadi jambatan ke arah kehidupan kita di akhirat nanti. Semua orang dah tahu. Kita akan khawin pada penghujung bulan 4 , awal bulan 5 dan anak saya sendiri akan berkhawin bulan June nanti. insya allah. Ayahanda selalu doakan kau dapat pasangan yang akan membawa kamu ke syurga Janatul Firdaus ..bukan Cameron Highlands, Langkawi, Fraser Hills, Mid Valley, .. yes .. doa ku untuk kau semua penghuni syurga janatul firdaus termasuk saya sekali. Abadi abada. Doa saya agar kau jaga nama baik agama islam sejati, nama baik kita sebagai umat nabi muhammad s.a.w .. Ketahui lah .. semua amalan selepas perkahwinan adalah ibadat. Semua dapat balasan dari Allah Azawajalla. Bahkan jika kita beli petai 2 papan pun di tepi jalan Temerloh ke Gemas pun dan bawak balik untuk dimasak .. buat sambal ikan bilis pun .. semua itu dikira ibadat dan pahala yang tak sudah-sudah.
So anak-anakku/ bekas-pelajar-pelajar ku // Selamat Pengantin Baru. Jaga sembahyang mu di mana-mana saja kamu berada. Jika ke Alaska, Greenland kau boleh berusaha terbang ke sana .. jangan lupa masjid di kampung kita. Paksakan diri itu ..dirikan solat bersama-sama dgn jamaah. 27 kali ganda dari sembahyang seorang diri. Jangan gaduh-gaduh pasal petai ..biji mata nya bersaiz kecil, juling, dan kecut .. masak dan makan saja lah. If nak tidur// gosok gigi 2 kali .. pakai colgate dan darkie// tetapi if ada ..sugi kayu sugi .. boleh jugak. Sunnah nabi. Di saat di mana ada orang memandang hina kepada amalan-amalan nabi dan tiba-tiba kita hidupkan amalan bersugi dgn kayu sugi .. dgn penuh keyakinan .. kita dapat pahala 100 pahala org mati syahid dlm peperangan uhud dan badar.
Bacalah Al-Quraan sepipi ..se pipi .. sehari-hari. Jangan putus amalan ini. Doakan muga-muga kalian dapat zuriat yg akan membawa agama islam ke mercu yg lebih cemerlang lagi. Berhenti merokok. Guna duit yg sama untuk membeli nasi lemak .. bertumiskan ikan bilis dan petai. Segar?
Doa .. jangan bergaduh-gaduh kes yg simple simple ..seperti .. bercerai kerana sang suami tak mampu beli kereta EXORA. Relax brother? Penulis ada exora after 30 years serviz dalam perguruaan tau? Brother baru jer ..khawin .. pakai kancil pun dah OK punya. Jangan gaduh-gaduh // jangan banding-banding antara … isteri mu dgn seniwati Saloma, Sarimah, Fatimah dan lain-lain. Terima jer lah isteri mu itu se ada-adanya. Memang minah itu ..pilihan terbaik untuk mu. Jangan compare dgn lelaki lain seperti Michael Jackson dan Tarzan the Wonderman. Terima lelaki mu seada-adanya. Jika dia tidur berdengkur.. lari lah .. Tidur kat bilik lain. Settle? jgn gaduh gaduh pasal sweet tone melodious sound from the snoring old man. Penat dia tu maklumlah drebar lori treler 10 tan 4 kali seminggu Penang- Alor Star - Johor Bharu. Penat gila tu? Just swallow it .. it is your man.(laugh). Kau jugak yang tergila-gila nak kat dia kan? Dulu org tua mu dah larang dan berkeras jangan ..tetapi kau kata …he is my best man. So take it young lady .. he is still alive but watch out .. he is so fast asleeep.
Pa leh buat. Itu pilihan kau kan? Ha..ha.. Allah maha mengetahui. Tidak ada orang yang perfect dalam dunia ini. Tanya Allah Subhanawa taala. Sure Allah ada jawapan. He will say “.. this is just to test you who among you who are the most takwa .. towards paradise the ultimate aim .. as the creation of allah called the man kind.
“.
Bila bercakap dgn orang-orang tua // cakap biar beralas. Jangan terlalu laser. Bahaya. Silap perahu boleh kita undur ..silap kata buruk padahnya. One of the worst word / kata is “CERAI KAU!” .. jauhi lah wahai anak-anak ku . Banyakkan bersabar di mana-mana jua. Penulis pun bersabar dgn ibu mu. Ibu mu banyak juga bersabar dgn penulis blog ini. If seorang mengamuk .. just diam … dan relax/ pekak kan telinga. Jangan join the war. Else .. if ..else .. ( 4 depth ..structure ..dalam programming C++ ..he..he.. you must apply ) kita kan mati bersama-sama. Jagalah anak-anak zurait mu itu dgn agama. Akhlak mulia dan budi perkerti adalah hadiah terbaik kau dapat berikan kpd anak-anak mu .. untuk selama-lamanya. Bukan saham ASN, ASB, PNB,… bukan bukan bukan. Tanamlah akhlak yang mulia .. belajar bercakap dgn sopan. Belajar bersabar .. bercakap tetapi banyakkan berfikir dahulu. Think first b4 u say anything. It’s so important. Believe me? Tak caya .. tanya mereka yang dah bercerai bertahun-tahun lamanya dan mengalami penyakit jiwa bila mengetahui / melihat bekas isterinya .. dikahwini oleh orang lain. Kita guru .. 25 tahun dah lepasan universiti .. suami baru bekas isteri kita tu ala hai .. brother … adush brother pakistan yang jual permaidani dari Iran. Bayangkanlah?
Sekian. Pesanan saya yg dah tua tetapi tak lah tua sangat seperti memanda kita di … (fill in the blank). Terima pesanan saya .. terima yang baik dan benda yang tak baik itu .. jadikan sempadan. jangan lupa buat dakwah anak-anak ku. Sure 7 generasi Allah guarantee syurga for us for ever and ever. Banyakkan membaca buku-buku yang bagus-bagus ..dan sampaikan lah walaupun sepotong ayat yang bagus kepada org orang ramai. Itu tugas guru. Kita semua guru, pengembala. Kita akan ditanya .. semua orang di bawah kawalan dan penjagaan kita. Nasihat ayahmu ..kau dengarlah. Sebelum kau khawin dgn lelaki itu ..semua yang kau buat ..semua masuk dalam akaun ayahmu. Tak kasihankah kau? Selepas kau khawin ..semua amalan mu akan masuk ke dalam akaun suami mu. Secara direct atau pun indirect. Debit , credit. Cubalah kau selami risau saya ini. Takut-takut kau tersalah pilih orang .. dulu kau mengaji Al-Quraan di waktu kau kecil , Yasseeen selalu kau baca .. bila ada kesusahan.. abah berharap kau kekal dalam semua amalan suci ini tak kira kau senang atau pun susah. Selamat Pengantin Baru. Maaf jika ada tersalah bahasa dan kiasan. Hanya pesanan plus sikit-sikit sindiran. Awak kena , saya pun terkena sama. Buat pegangan kita hidup sementara di atas bumi tuhan beratapkan awan. Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/04/just-pesan-pesan-jer-bakal-pengantin.html