Kain wakaf di masjid-masjid kita
Salam. Ingat nak tulis sikit. Pasal kain-kain orang ramai wakaf kat masjid kita tak kiralah di mana masjid tu berada. 2 keadaan timbul Pertama: kain ditinggalkan untuk orang lain (musafir) yang memerlukan kain tersebut untuk menunaikan solat. Harap-harap kain kain ini bersih,suci dan layak dipakai oleh musafir dgn keadaan yang baik. Jika begitu baguslah. Sepanjang masa? Kedua: kain -kain pun ada orang lain ambik dan bawak lari (pulang ke rumah masing-masing). Pelik kan? Kain sembahyang pun .. orang ni nak ambik juga. tak terfikir ker. —————————- Saya tertarik nak menceritakkan satu insiden. Saya menghadapi kencing yg tidak tus. Kadang-kadang saya memerlukan kain dari stok masjid (kain yang diwakafkan). Selalunya, jika saya dapat sehelai kain sedemikian, seronoknya rasa hati ..kerana dapat beribadat di masjid rumah Allah. Tetapi kadang-kadang bau kain tidak menyenangkan batang hidung kita. Busuk yg sebusuk-busuknya. Kadang-kadang ada nyamuk dalam kain sedemikian. Jika bau kain dah se-begitu rupa, saudara rasa seronok tak saudara bersembahyang? tak ada ker orang-orang makmum/ tempatan yang sudi melihat-lihat sikit keadaan kain ini selain dari terlampau khusyuk dgn meratip, membaca quraan , dan nampak warak seorang diri sahaja? tak ada ker dalam bab agama kita .. orang-orang ramai .. diminta tolong menengokkan keadaan kain-kain masjid tak kira lah untuk makmum lelaki atau perempuan. Isteri saya pun ada mengadu .. kain sembahyang pun .. dasyat keadaannya. Entahlah saya .. kepada siapa nak saya mengadu. Jika tuan/puan terbaca tulisan saya ini .. hantarkanlah .. artikel ini kpd orang2 ramai. Sama-sama kita baiki keadaan masjid kita ini. Ini belum termasuk keadaan di tandas masjid. Pintu tandas terkopak, tercabut, flush tak berfungsi, najis manusia yang sudah terlalu lama kering, .. tak terurus masjid kita ini. Aduhai tuhan ku .. kenapa begini bangsa ku ini? Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/04/kain-wakaf-di-masjid-masjid-kita.html