Kalau tidak kita, siapa lagi?
Salam
Semalam dengan ikhsan dan kasihan belas tuhan kepada hambanya , dapatlah juga saya hadhir ke majlis ilmu bertajuk ikhlas dlm niat, rendah diri, tawadhuk dan …syurga abadi abada.
Bersama sama saya ramai lagi staf lelaki yg turut menadah telinga kerana uztaz yg mengajar ialah Pengarah Pusat tempat kami bertugas inilah.
Pemain pemain bola Felcra United pun turut serta. Syukur alhamdulilah. Payah cari team bola di Malaysia ini dgn coach coachnya turut sama belajar dan solat isya bersama sama. Syukurlah. Sambil training bola dan score gol boleh belajar juga pasal ikhlas dan seterusnya …syurga.
- Kalau mata sy betul bahagian perempuan, yg hadhir ialah 1 orang. Syukur ada juga ..iaitu isteri pengarah itu sendiri. Anaknya turun. Ha..ha..ha.. cukuplah ramai mlm tadi. Ajak juga isteri ..tetapi dia sangat sangatlah pemalu. (entah…malu itu iman?)
Mengikut kitab yg tersohor, org belajar agama ..tuhan ampunkan dosa kita yg lalu contoh dosa memonteng kerja, dosa tak buat kerja elok elok , kerja main main dan masuk kerja sebelah ptg pun lewat jugak pada minggu pertama persekolahan. Alasan sekolah anak.
Org org perempuan tak ramai dtg kerana ..mungkin sibuk memasak, membasuh kain, mengajar anak homework, ibu buat homework anak-anaknya dan mcm mcm. Sangka baik ..insya allah syurga tuan/puan.
- Hari ni nak tulis pasal tajuk if not us, who else?
Orang orang masjid kena faham bnyk dulu dari org lain. Kenapa?
Dia yg rajin ke masjid setiap hari. 17 rakaat ..berimam. dikira orang baguslah.
Kalau org org bagus pun tak faham ..siapa lg yg nak faham? Mamat, Dollah asyik tidur jer..bila azan subuh dilaungkan. Markor kuat menarik selimut bila azan subuh berkumandang. Makin kuat azan, makin kuat dia tarik selimut tebalnya.
Perkara pertama kita kena ikhlas. Ikhlas dlm semua amalan. Sedekah, membantu org susah dan lain2 amalan baik di sisi agama.
(jap..Nanti sambung).
O yer..tadi sarapan. 3 biji telur burung puyuh, roti dan corn flakes. Western sikit pagi ini. Alhamdulilah. Menu ini bukan saya mahu tetapi isteri yg tentukan. Kerja saya makan, elakkan dari memberi komen dan ikhlas untuk bekerja dari 8pg hingga 5ptg.
Menulis pun kena ikhlas. Baru boleh pahala. Kalau tidak sia sia. Guru agama selalu bangkit isu ini. Diceritakan ada 3 kumpulan manusia. Pertama guru. Kedua pahlawan berbadan tegap dan berjiwa waja dan Ketiga jutawan tetapi dermawan. Semua masuk neraka kerana mereka tak ikhlas. Menunjuk nunjuk dan bermegah megah. Si profesor dengan Ph.D Universiti Temple Amerikanya, Si askar dengan pingat-pingatnya ; datuk datin dengan gelaran dari al Sultannya dan macam macam. Astaghfirullah hal azeem.
Tetapi ada org dtg belajar itu ini kerana malu mata pada seseorang jer kot. Bagaimana itu ustazah?
Dia kiro guanor tu?
Apa kata dari 100 kali dia hadhir kelas agama …baru 1 kali dio betul-betul ikhlas.
Susah jugak tu kan? Tetapi 99 kali terdahulu tu ..dia berlatihlah tu uztazah untuk mendapat sifat ikhlas. Kor guanor tu uztazah? Ada markah jugak tu kan?
Org perempuan memasak nasi beryani ..dari 100 kali cubaan ..baru dpt sekali masakan beryani yg super power gam Batu Pahat, sedap, enak dan mengalahkan restoran “Kayu” di Georgetown tu. Ok tak?
Org berumah tangga pun sama juga .. dari 3 isteri pertama nya .. sekarang baru dapat anak pertama dengan isteri ke 4 .. jangan bimbang umur suami dah 69 tahun [ maaf 3 isterinya semua meninggalkannya]. Oleh itu , berkali kali khawin baru dapat zuriatnya.
Begitu jugalah …kita kena belajar untuk dpt sifat ikhlas siang dan malam.
Kdg kdg syaitan mengganggu kita pula. Dia buat kita riak dlm keadaan kita sedar ataupun tidak. Aduhai. Penat jer mengejar sifat ikhlas ini ..syaitan join pulak. Habis semua amalan kita. Bagaimana tu ustazah?
Tuhan kiro guanor pulok ni? Kita makhluk yg serba lemah. Org perempuan selalu menggunakan ayat power ini “.. dia timun ..digolek kanan ..dia luka , digolek kiri pun luka ..dgn buah durian musang King itu”. Macam mana tu .. kita tersangat-sangatlah lemah.
Malaikat malaikat recordings dia tak napok ko …penat, peluh pelar kito ni ..untuk mendapatkan sifat keikhlasan dapat amalan dunia dan akhirat tu?
Payah ustazah nak jawab kan?
Tetapi kena jawap ..ustazah..kerana kalau tidak kita, siapo lagi nak jawab nyor?
Fikir.
Fikir.
Fikir.
Wallahu aklam bis sawab. Wal Asri.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/01/kalau-tidak-kita-siapa-lagi.html