Kalaulah ada orang yang ..


Update terakhir:

Salam

memberitahu kita tentang kelazatan hidup di dunia ini se masa kita berada dalam perut ibu .. sudah tentu kita tak percaya 1000% ..  kerana mata kita buta.

Apakah kelazatan hidup di dunia ini?

(i)  seronok dapat blajar di luar negara -naik kapal terbangdari Malaysia ke London. Naik keretaapi Britis Rail LOndon to Grantham and many more places, main bola dengan pelajar Hong Kong, Iran, Iraq, melawat USA, Canada, Belgium naik hovercraft dari Liverpool ke Dublin, Ireland dan macam-macamlah lagi sedapnya hidup sebagai pelajar tajaan kerajaan Allahyarham Tun Razak.  Kita akan kata gila . tak percaya aku …kerana kita masih berada dalam perut ibu kita

(ii) seronok berkahwin, kenduri kendara , alam rumah tangga, dan memang seronok .. sampai ada orang dapat anak 12, 15 and 18 orang melalui 2,3, dan 4 orang isteri.  Ada beristerikan dengan tok sheh (benggali), ada khawin dgn org Indonesia, ada kawin dgn org Jawa, Thailand, Kemboja.  Seronok ..betul betul seronok.

(iii)  seronok bercakap dalam berbagai jenis bahasa .. melayu, Inggeris, Urdu, French, German .. HIndustan .. tengok wayang BOBBY,  Sanggam , ..sedap dengar lagu ..  kita kata gila.. why?  kita masih ada dalam perut ibu.

(iv)  seronok kerja government .  Ada bilik khas. Tingkat 7.  Menghadap ke tasik indah dalam kampus universiti.  Ada angin sepoi-sepoi bahasa.  Sedaplah ..main FB, twitter, yahoo, gmail, youtubes dan macam macam ada. Tidak ada orang mengganggu kita pun.  Seronok adik ooi.  Kita kata gila ..  kerana kita masih berada dalam perut ibu kita.

  • di sini ada TV, ASTRO, .. cableTV, paid TV di London.  macam macam filem kita boleh tonton.  Mata mu itu?  Berita kematian Lady Diana 7000km dari rumah Kelantan ..boleh dilihat jelas dan terang ..secara langsung.  Mana kita nak percaya ini semua.  Kita ada dlm perut ibu?

Sekarang bila kita dah berada di dunia ini, barulah kita percaya semua yg dikhabarkan oleh .. suara khas dari Allah se masa kita dalam perut ibu kita satu masa dahulu.  Semuanya betul belaka.  Begitu juga lah sekarang di atas muka bumi ini , kita dikhabarkan dengan berita gembira dan menakutkan dari Allah (melalui Al Quraan) dan rasul=rasul, nabi nabinya .. semua ada dalam bentuk Hadith hadith nabi.  Ada lagi satu kehidupan selepas kita mati ini.  Kita tak percaya sangat ..kerana mata kita buta jugak.  Kita tak percaya sangat kerana kita tak didedahkan dengan itu dan ini.  Hanya Nabi Muhammad s.a.w saja yg matanya tidak buta.  Dia dah lihat semua itu dalam isra' mikraj.  Dia pun kahbarkan kpd kita tetapi tak ramai mahu ambik tahu.  Mengapa?

Tapi dalam dunia ini kita dah lihat ramai sanak saudara kita

(i)  mati dan dimasukkan ke dalam kubur ..  lamanya kita akan berada di dalam dunia kubur..  apa bekalan yg patut kita bawa untuk kehidupana yg lama dalam kubur itu. 

Di dunia ini (dalam dapur) kita dah lihat

(i) ibu kerat ikan 4 bahagian yg berasingan, di siang-siangnya ikan, selepas disiangkan , dilumurnya  badan ikan itu dgn garam dan kunyit .. dan selepas ibu .. panaskan minyak ..mendidih ..dimasukan masukan ikan itu ke dalam kuali  dgn minyak yg mendidih.  Bila ibu campakkan kan itu .. tiba-tiba ..bertukar bentuk ikan ttadi .. tadi sejuk tubuh ikan ..tiba tiba bila kena ..minyak yg panas .. bergelempuranlah ..kulit ikan itu digoreng oleh ibu ,.. dan selepas seketika ..akan dimakan oleh anak anak nya lapar.  nah .itu lah yg berlaku  pd se ekor ikan

Kita pun jika tak taat pada Allah Taala..  satu hari nanti di neraka ..kita akan  dihumbankan ke dalam kawah neraka yg mendidih-didih.  Bergeleparlah kita di sana.  Mengapa?  kita miss solat, puasa, tak tutup badan kita dan tak jaga aurat, tak taat pd suami, suuami kata ITU kau kata GINI…  nah .. kau dalam kuali neraka.  Adushhh!

JIka kau lelaki dgn perut boroi kau itu .. tiba tiba kau makan rasuah ..  perut kita kan disiang-siangkan oleh malaikat .. dan diisikan perut kita dgn satu cecair ..  bila dah settle ..kita akan dihumbankan ke dalam neraka.  Bergeleparlah kita.  Padan muka kita kerana makan rasuah, menipu orang ramai, tak masuk kelas , tak tanda kertas ujian, ponteng kerja, makan gaji buta,  duit sekolah pun kau curi,  kau suka makan daging bangkai .main dengan.isteri orang, main dgn pelacur ,amoi Vietnam,  main dgn itu dan ini walaupun di rumah kau dah ada ..  isteri yang solehah.  Daging yang halal.

Nah .. kau akan dihumbankan ke dalam neraka.  rasakan lah.

Orang akan percaya ini semua bila adanya IMAN sejati.  Iman tak leh dijual beli.  KIta mesti kurbankan masa , wang ringgit untuk mendapatkan kualiti iman yg sejati.  Ayuh tuan hamba.  Usahakan lah ke atas iman saudara dan iman diriku juga sebelum terlambat.  Terlambat itu ..bila bila kan datang.  Tanya org yg accident dan terus mati atas PLUS Highway.  Tak sedar dia.  Dia dah berada dalam dunia yg lain pula.  Sudah terlambat.  jgn begitu tuan hamba.  Buatlah sesuatu.

Sekian.  Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/04/kalaulah-ada-orang-yang.html