kantin keretapi kelantan KTM 23 24 Disember 2011
Salam
Sempena saya pulang ke Kelantan menaiki keretapi pada jam 0900 mlm 23 Disember dari Kluang Johor berikut adalah pemerhatian saya:
1. kantin keretapi ini menjual nasi goreng basi (expired)
Ramai penumpang maki hamun chef dan kakitangan kantin train ini. Ini bukan pertama kali kantin KTM menjual makanan yang sudah basi dan tak sesuai untuk dimakan. Bukankah kita mempunyai teknologi untuk menjaga kualiti makanan pada bila bila masa. Tanyalah MAS , AIRASIA bagaimana mereka menjaga tahap keadaan makanan. Ini bukan kali pertama staf kantin KTM menjual makanan yang tidak berzat langsung, berselera , .. , dan macam-macam lagi. malu sungguh kerana dari loghat yang mereka gunakan .. sah mereka rakyat Kelantan. Kitab agama islam mana mereka rujuk .. jual lah makanan yang baik baik. Elak dari mendapat sumpah laknat dari para penumpang. Tak berbaloi untung mu itu.
2. Ada penumpang yang senang hati mengisap rokok dalam koc yang ada airkond.
Oleh sebab itu , bau rokok merebak ke seluruh ruangan koc tren tersebut. Malang lagi ada staf KTM sendiri berpakaian lengkap biru .. (pegawai tren namanya A..man turut juga menghisap sama). Kasihan. Imej KTM tercemar …
3. Salah satu pintu tandas coach ini tidak boleh ditutup dengan rapat kerana penyelaknya rusak.
Akibatnya, penumpang perempuan merasa kurang selesa untuk membuang air kecil dan besar. Maklumlah .. kat luar pintu tandas koc itu ada ramai orang lelaki yang tidak mempunyai tiket sedang tegak berdiri sepanjang malam dari Johor Bharu ke Kelantan. Mereka boleh menggaggak .. tahap kesukaran yang sedang dialami oleh penumpang perempuan / students dari UITM Jengka dan ramai lagi mak chik mak chik . Sesuai kah ..tempat ini .. digunakan untuk mengambil air sembahyang jika waktu sudah masuk SUBUH?
4. Keadaan bilik air tren ini tersangatlah basah dan kotor sekali
Saya bimbang apa penumpang luar negara yang turut sama menggunakan kemudahan tandas KTM ini.
Saya berasa hairan , setahu saya lah , KTM mempunyai ratusan jurutera berkelulusan dalam dan luar negara, .. , tak kan mereka tidak boleh fikir/rancang bagaimana nak menyediakan kemudahan tandas yang sentiasa kelihatan bersih dan selesa untuk semua penumpang sepanjang perjalanan mereka. Kadang-kadang keadaan tandas sesebuah organisasi akan mencerminkan budaya korporat negara kita.
5. Jika bandar destinasi boleh KTM umumkan ketibaannya dari corong loud speaker .. mengapa tidak bila sudah masuk waktu subuh .. KTM mengumumkan waktu ini bersama-sama.
Saya sebutkan perkara ini kerana PM kita selalu war war kan bahawa Malaysia adalah sebuah negara islam contoh di dunia ni. Jika KTM boleh mengubah sedikit sebanyak perkara yang saya sebutkan di atas tadi, insyallah , ramailah pelancong dalam dan luar negara akan mengakui bahawa benarlah Malaysia adalah sebuah negara islam contoh dan terbaik didunia ini.
Wallahu aklam.
Sekian. p/s: saya bersumpah saya tidak akan lagi menggunakan KTM mulai krismas 2011 ini. Memalukan , menjijikkan , .. , entah apa makna KTM ini. KTM sudah hilang seorang penumpangnya.. tau tak .. words from a dissatisfied passenger spread more danger on KTM’s business.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/12/kantin-keretapi-kelantan-ktm-23-24.html