Karya


Update terakhir:

Salam

Syukur bulan lepas saya telah menulis 55 buah karya ( dlm mood suka-suka).  Ada orang kata riak.
Biarlah ..  Allah lah tempat saya bersandar.

Alhamdulilah. Ini semua kurnian Allah jua. Syukur.  Untuk ikhlas, kita try ikhlas.  Kalau tak dapat ikhlas, saya sudah pun mencuba.  Semakin banyak cubaan ikhlas dalam penulisan .. harap harap satu hari nanti .. Tuhan campakkan sifat ikhlas dalam diri saya.  Bukan senang itu?

Jika 1 karya , 1 helai kertas A4 (double spacing line)..
maka 55 karya menyamai  55 helai kertas A4 telah dihasilkan bagi bulan Febuari 2016 ini sahaja.  Rasa rasa (jika tak silap) dah 2300 karya ditulis dlm blog ini sahaja ..  maka lebih kurang 2300 helai kertas A4 lah untuk tatapan pembaca. Untuk bacaan anak2, pemuda pemudi jika mereka sudi membaca. Semua ini dengan  izin Allah.   Kalau tidak ditulis ..semua berkisar dlm minda penulis sahaja siang dan malam.  Jika mati .. dalam penerbangan contohnya …semua dalam dada saya akan hilang secara automatik.  Untuk mengelak tragedi ini . .. saya tabahkan hati dan keraskan semangat ..  ditulis tulis sepatah dua huruf, sebaris dua ayat, satu dua paragraf untuk faedah bersama tak kira bangsa, agama dan tanah air.

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui).  Umat islam dipanggil umat  Rahmatul Alameen, bukan?

  1. Hari ini saya di USM  universiti sains malaysia dalam forum
    Majlis Muafakatan Melayu Malaysia ( sila lihat gambar yang dikembarkan ini).
    Sejak tadi terma melayu bermain dalam otak, telinga dan jiwa 300 - 400 pendengar.  Panel sedang bercakap pasal ketuanan melayu.  Semua professor sedang bercakap ni.
    Sekarang Prof …sedang berceritakan tentang kongres melayu pertama 1946 lagi.  70 tahun yang lalu. Para peserta forum ..ramai yang sudah beruban dan berjalan pun tak sekuat dahulu lagi.  Ada yang 75% botak, ada yang 100% beruban tetapi kerana ‘melayu’ mereka datang untuk PEMENANG.

Banyak juga ilmu yg saya perolehi.
Mcm di dalam kelas sejarah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 jer.
Selepas itu Sejarah Pendidikan dalam sub-topik  Falsafah Pendidikan Negara di MPPPP 1983 jer kursus perguruan lepasan ijazah.  Banyak benda di sentuh macam bacaan saya menduduki .. kertas peperiksaan khas pegawai kerajaan untuk dilantik jawatan  di bawah  S.P.P., isi kandungan buku Negaraku, terbitan INTAN Kuala Lumpur , lapisan makna konsep melayu.

Istilah istilah yang sedang disebut sebut ..

Perlembagaan , adat istiadat ..dan mcm mcm lapisan melayu, kepulauan melayu ..indonesia ..filipina..selatan thai ..

Bersifat eksklusif ..muslim atau tidak itu TIDAK  penting .. rumpun melayu sahaja ..

1946 ..terbentuk satu persatuan UMNO  Dato Onn Jaafar ..deklamasi sajak oleh adik Noor ..
1923 ..manila ..usaha menyatukan orang2 melayu..

macam macam

tagalog melayu .. di Filipina
ditembak mati ..
1923 ..W. Winson ..pengaruh melayu lagenda Aza Rizal ..sumpah melayu indonesia .. manila ..persatuan org org melayu. minangkabau.

Bagus jugak.
Percuma. Ceramah percuma.  Dlm skop kerja saya juga.

dengar saja ler.. sambil dengar gajiku berjalan. Bagus kan?
ilmu melayu.
Yg Mulia Tengku Dr Zain bin Tg Mukhriz membentangkan kertas kerja pertama. High point ,,anak melayu sekarang memuja artis , pelakon ,, Fazli Bolasepak Pulau Pinang dan bukan Pak Zaaba dan Munshi Abdullah lagi. Bagaimana nak tawan hati dan jiwa org muda melayu ini dalam zaman gila-gilaan Internet ini?

PM.Dr Sham Rahayu U.I.A  turut serta dlm forum ni.

Dulu kita bersatu. Mengapa sekarang kita tidak boleh bersatu?
sejarah sejarah …  mungkin pegangan agama orang melayu semakin layu .. tengok anak pemimpin tak malu berseluar pendek (aurat peha pompuan terdedah)  ..walaupun sudah berkhawin … umrah?  banyak kali sudah ibu ayah pergi.

1943 .,tanah melayu ditadbir oleh Malayan Union.  Perancangan Malayan Union.

British sedar.
perjanjian baru.
raja raja melayu.
serahkan kuasa kpd British.

one after the other.  9 raja raja semuanya di kala itu.

Al Sultan Johor .,pertama ,.. paling geliga otak Baginda.  British tahu jika Baginda Johor boleh ditawan ..otak raja raja melayu lain senang lagilah di tawan.

((Kuasa bateri hand set nak habis dah)).

Siapa jaga kepentingan orang melayu?
Jawapan orang melayu itu sendirilah. Tak kan orang cina dan India pulak?  Tetapi kita kena kuat agama.  Agama adalah pelindung kehebatan orang melayu.  Melayu ditakrifkan .. dengan adanya pegangan kepada amalan islamnya.  Murtad? Si anu itu bukan melayu lagi.

Datuk Seri Dr Salleh (DBP) .. berucap berkenaan dengan usaha mendaulatkan Bahasa Melayu.  Satu bangsa nampak hebat jika ada bahasa yang kuat dan mantap.  Dulu Zaman Renaissance ..orang Eropah belajar ilmu tamadun dari mereka yang berbangsa Arab.  Tetapi ..orang Eropah kafirun tidak tak pernah puja pun Bahasa Arab.  Setakat terjemahan ke dalam bahasa Ingeris, Perancis dan German sahaja.  Setelah ilmu tamadun , teknologi dikuasai ..Bahasa Arab ditinggalkan mereka.

Paling gila ialah orang ber

bangsa melayu ..dok puja B.I. siang dan malam.   Ilmu diambil dalam bahasa inggeris , tamadun ingerris pun nak diambik juga..  atuk , nenek, anak, cucu, cicit ..semua nak B.I bukan bahasa sendiri.  Orang pompuan pakai seluar pendek di khalayak ramai pun nak ambil budaya Inggerislah itu.

Berbahas tentang Dual Languages Programmes  DLP.  PPSMI.  Merugikan masa orang melayu.  tak hairan ..Datuk Seri dari DBP.

Penulis?  saya ok sahaja.  Saya tahu Urdu, Arab, BM, BI dan Bahasa Matematika.  Bahasa Komputer pun saya tahu ..  low level language, high level languages. Semua khazanah Allah.

Sekian.
Wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/02/karya-abah.html