Kasihan ibu muslim musim Ramadhan


Update terakhir:

Salam

Kasihan saya melihat isteri saya mengambil peranan yang pelbagai pada musim puasa yang berkat ini.  Penat dia dalam:

(i)  menyediakan makanan berbuka puasa dan sahur
(ii)  menjaga cucu yang berumur 10 hari - menangis sepanjang malam
(iii)  menjaga ibadat sunat - sembahyang terawih, sembahyang witir dan macam-macam lagi termasuk membaca Al-Quraan
(iv)  berusaha untuk membawa cucuu dan anak yang baru bersalin ke hospital/ klinik - check darah baby
(v) tidur ayam-ayam jer.  Sekejap tidur dan sekejap terjaga bila cucu menangis , meragam dan ..

Dalam pada itu, saya bersyukur teramat sangat , tuhan menjadikan saya sebagai seorang lelaki.  Kerja utama  lelaki ialah melindungi wanita (Surah An-Nisaa) i.e., mencari nafkah hidup seharian dan menjaga mereka dari bahaya (luaran dan dalaman).  It is not a big deal, right?

Patutlah Allah memberikan wanita title yang teramat tinggi.  Seorang anak seperti aku terpaksa menhormati ibu mereka sepanjang hayat memandangkan pengorbanan ibu kepada kalian - mengandung kau 9 bulan , membesarkan , mendidik dan memberi kau susu terbaik .  Seorang ibu mampu membesarkan 10 orang anak tetapi la ni ..payah benor kita mendengar anak-anaknya berebut-rebut nak pero seorang ibu.  Mengapa yer?

Mengikut satu kitab lama ' Harta terbaik seorang lelaki ialah seorang wanita solehah .. dia menjaga dirinya, menjaga harta benda suami dan ..  berterima kasih kepada Allah kerana dia dikurniakan seorang lelaki yang dipanggil suami'.

Jika seorang isteri meninggal dunia di mana suami nya redha kepadanya, Allah pun redha kepadanya dan dia sendiri redha kepada Allah ..maka syurga menanti-nanti kedatanganya sepanjang masa.  Redha suami ialah ..  dia menjaga dirinya, adab akhlaknya, amalan agama dan muamalatnya ..  dan tahu berterima kasih dengan segala pemberian/ kemampuan suami untuknya.  Dia tidak akan sekali-kali mengucapkan ayat ini “..kau ada atau kau tak ada …  tidak ada apa-apa penghormatan pada diri aku sebagai isteri mu'.

Syukurlah ..  hadiah terbaik yang Allah kurniakan kepada seseorang suami ialah isteri yang solehah.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/08/kasihan-ibu-muslim-musim-ramadhan.html