kawan biar beribu , musuh jgn cari walaupun satu
Salam.
I wrote this up when many of the plan I intend to do failed. The last week end in Hotel Sele
Kita berkongsi cerita, pengalaman dan masalah. Oleh itu kita hendaklah mempunyai beberapa sifat terpuji supaya persahabatan kita bertahan lama. Sifat tersebut ialah:
- Kita mestilah banyak bertolak ansur
- Kita jangan mementingkan diri sendiri
- Elakkan dari berhutang kerana hutang membunuh kasih sayang antara kita semua
- Suka menolong satu sama lain seperti dalam aspek pembesaran, penjagaan anak, penjagaan tabiat suami perokok, suami tidur berdengkur dan masalah keluarga
- Menutup kelemahan kawan
- Mempromosikan kehebatan yang ada dengan kawan kita.
- Jangan ganggu ketenteraman keluarga kawan kita
- Jangan suka menyibuk urusan rumah tangga orang
- Jangan sebar fitnah
- Jangan iri hati dengan kelebihan kawan kita sendiri
- Jangan rapat-rapat, duduk renggang-renggang, jangan pegang-pegang jika kita beriman
Huraian lanjut
- Semua orang ada kekuatan pada diri mereka masing-masing. Ada tu tuhan berikan kita pengetahuan tinggi hingga ke peringkat PhD tetapi dari segi interaksi social dengan orang lain, mungkin kita tidak beberapa mahir contohnya, bercakap dengan orang orang dari berbagai-bagai bangsa, peringkat umur dan pengalaman. Oleh itu kita hendaklah menjaga adab susila bila bersosial. Bagusnya , lihatlah skil social seorang peniaga yang hebat di kampung halaman tuan. Sudah tentu dia mempunyai sesuatu yang istemewa. Belajar-belajar sesuatu darinya.
- Semua orang tidak suka berkawan dengan seseorang yang suka bercakap besar dan banyak mementingkan dirinya sahaja. Contohnya, bila satu-satu organisasi keluar out station untuk mengadakan TEAM BUILDING, dia asyik meminta BOSS berikannya sedikit kelonggaran. “saya datang lewat sikit BOS ..yer?’
- Berhutang terlampau kerap akan menyusahkan kawan-kawan disekeliling kita. Ini berlaku bila kita mempunyai satu cara hidup mahal yang tidak setimpal dengan upahan gaji kita pada peringkat bulanan/tahunan. gaji guru berapa sangatlah. Tidak sebanyak Mas Bung di Sabah tu kan? Sesekali berhutang , dan kita telah membayar hutang dengan baik mengikut waktunya, mungkin kita akan dibantu tetapi ..terlalu kerap berhutang , kawan-kawan akan cepat merasa ‘BORING’ dan menyampah dengan mulut lembik kita nak berhutang lagi dan lagi itu. Adik beradik pun benci juga. BORING kerana kita tidak mahu faham-faham bahawa mereka bukanlah BANKER kita untuk selama-lamanya di dunia dan di akhirat. Lagipun, kadang-kadang, kita berhutang dengan staf yang lebih rendah pendapatan dari kita sendiri. Malulah kita jika insiden berhutang itu dipanjangkan ke pengetahuan orang lain di kampung kita. Kadang-kadang budak PAR akan ceritakan bahawa BOSS nya ada hutang dengan nya sebanyak RM2 semata-mata nak bayar duit parking kereta mewah isterinya nya yang ketiga. Bayangkan jika BOSS itu terlupa bayar RM2 itu. Sudah pastilah cerita ini akan beredar jauh dan jauh dari Malaysia untuk tempoh masa ‘selama-lamanya’.
- Jangan malu untuk berkongsi tip untuk membesarkan anak-anak. Bahkan kadang-kadang ini tip begini akan berguna untuk keharmonian keluarga kawan-kawan kita sendiri. Contoh tip adalah seperti berikut: ‘kalau berikan makan malam pada anak, elakkan beri ice cream sebelum makan dinner. Ini mengurangkan selera makan anak.”
- Mana-mana kawan akan sayang kepada sesiapa yang sanggup menutup kelemahannya. Beliau akan terhutang budi pada orang yang sanggup menutup kekurangan yang ada padanya untuk satu tempoh masa yang lama. Contoh kelemahan diri ialah: kita lemah membuat ucapan public tetapi sahabat kita selalu cover aspek kelemahan ini dari pengetahuan majikan kita. Oleh itu tanpa disedari kita diberikan ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG 2009. Laugh. TQ kawan-kawan. Cover punya pasal.
- Promote kehebatan sahabat kita sepanjang masa. Semua orang gemar dirinya dipuji terutama oleh kawan rapatnya sendiri dihadapan majikannya dalam satu function yang besar. Dengan cara ini semua orang akan memberi respect kepada semua orang dan ini adalah baik untuk budaya kerja yang positif. Budaya kerja akan runtuh jika sifat saling hormat menghormati tidak wujud di dalam mana-mana organisasi. Budaya kerja yang lemah akan melahirkan ramai musuh dalam selimut. Sifat dengki bermaharajalela dan ini kurang bagus untuk maksud produktiviti organisasi.
- Sebagai manusia waras kita mahu satu kehidupan saling faham memahami antara satu sama lain. Ini boleh berlaku jika kita tahu kesempadanan kita manusia masing-masing. Kita akan berikan pendapat jika diminta dan kita akan banyak menggunakan akal fikiran sebelum kita mulakan sebarang percakapan, idea, opinion dan alternative route/path.
- Keharmonian sesebuah rumah tangga terdiri dari kecekapan ketua rumah memandu bahtera rumah tangga dengan bantuan isterinya yang tercinta. Ini termasuklah sifat tolak ansur isterinya mengendalikan hala tuju mereka. Ketenteraman mereka akan terus berlansung tanpa gangguan pihak lain termasuk darah daging mereka sendiri. Contoh gangguan: mengatur apa yang hendak dibeli oleh sepasang suami isteri yang baru berumah tangga tetapi pendapatan mereka tersangatlah terhad. Mana boleh sepasang suami isteri yang baru berumah tangga dapat mengumpulkan wang untuk membeli set set perabut setanding dengan sebuah keluarga yang sudah mengumpul ‘perabot demi perabot’ sejak turun temurun lagi. Jika ada semangat nak lawan dari aspek membeli perabot mewah-mewah sila datang ke Court Mammoth. Bawalah kad kredit yang tebal dan bersiaplah satu kehidupan yang mana kita akan banyak pening kepala sambil tidur di atas perabut yang tidak se enak mana pun. Kesedapan tidur atas perabot berhutang .. bukan boleh bertahan lama pun. Penyakit sembelit, buasir banyak datang dari keluarga yang mana hutang adalah tuhan mereka. Cuba google lah. Why sembelit ini?
- Fitnah adalah pembakar bagi ketenteraman, kerukunan sesebuah rumah tangga. Mesti mempunyai cukup bukti bagi seseorang melemparkan sebarang maklumat berbau ‘fitnah’. Elakkan dari menghantarkan sebarang ‘sms’ kepada isteri/suami orang selepas waktu pejabat. Negara ini mempunyai budaya social yang utuh di mana adab susila dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat. Cukuplah sms di waktu siang. malaysia memberikan peluang sms yang cukup lama iaitu 14 jam sedangkan di Norway hanya 7 jam - masa WINTER.
- Jangan iri hati dengan kelebihan kawan sendiri. Allah Taala bersifat adil dan saksama. Tuhan tidak akan memberi semua benda yang baik kepada seseorang makhluknya sahaja tetapi kurniaannya meliputi semua makhluk berbagai bangsa dan struktur. Jika kekayaan dicurahkan kepada si fulan bin si fulan mungkin Allah kurniakan anak-anak anda kecantikan asli seperti Demi Moore, Farah Fawcett, Siti Saleha (ha.ha..ha..) . Jika si fulan tadi tidak diberikan kekuasaan wang yang bertimbun banyaknya, mungkin Allah berikan anak-anak isteri anda , suara yang merdu, kebolehan memasak yang terbaik sehingga tuan dapat membuka rangkaian restoran makan hasil laut di seluruh Negara. Tengok? JIka hari ini si A kaya, kita hendaklah bersabar. Nanti pada satu hari nanti Tuhan akan memberi kita kekayaan kalau tidak semasa kita , mungkin pada generasi selepas kita. Tengok sahajalah Husni Mubarak. Kekayaannya tidak bertahan lama. Hanya 30 tahun dia mengumpul harta yang berbilion banyaknya tetapi berkat kesabaran rakyat Mesir, sekarang Mesir milik mereka dan bukan milik Mubarak lagi. Gunakanlah peluang ini. Kami nak tengok sebanyak mana kamu akan korek/gali harta dari bumi Mesir yang terkenal dengan mummy Firaun 1, Firaun II, Firauan III(laknata llah) dan Firauan ke XXXX (tak terbilang banyaknya).
- Jangan rapat-rapat bermakna jangan dedahkan segala kekuatan / kelemahan kepada sesiapa pun termasuk kawan terbaik kita. jangan sampai kawan kita tahu di mana kita simpan batu lesong tumbuk buat sambal belacan kegemaran kita .. Jika terlampau rapat, akan tiba satu masa kita akan mendapat malu bila ‘dosa’ kita tiba-tiba didedah oleh kawan terbaik kita tadi. Mengapa? Kawan kita itu bukanlah malaikat. Selagi dia ada mulut , dia akan mula bercakap bila timbul sedikit sahaja masalah antara kita berdua. Duduk renggang-renggang bermakna sekali sekala , cuba cari kawan baru / pergilah menghirup udara nyaman dari puncak bukit golf yang lain pula. Kita hendaklah memperolehi perspektif terbaru dari masa ke semasa mengenai banyak perkara. Benda ini akan datang jika persahabatan kita meluas dan tidak terhad pada satu individu atau satu group manusia sahaja. Bayangkan jika sejak MRSM kita pro-PAS sahaja. Oleh itu semua benda kita akan baca menggunakan kaca mata PAS yang hijau sahaja. Jika ternampak saja ada orang duduk berdua di tepi kolam mandi di sebuah hotel, kita cepat memandang serong kepada mereka pada hal mereka sedang mengumpul data ‘kuman dari air kolam’ dari FRGS bidang kejuruteraan awam. Kuantiti air kolam dipunggut dari hari ke hari. Dari analisa berperingkat hari, mingguan dan bulanan barulah muncul sebuah kertas kerja di dalam jurnal kejuruteraan awam yang berwasit. Jangan terlalu PAS sangat. Begitu juga jika terlalu Biru ala BN sahaja. Jenggok-jenggoklah kumpulan PAS juga. Mungkin apa yang kita fikir tidak baik , rupa-rupanya tersangat baik untuk kita. Tanda kita beriman bermakna .. semua sifat kawan di atas tadi tidak jauh dari sifat-sifat sahabat yang ditulis oleh ulama islam yang termasyor seperti Imam Ghazali r.a. Tanda beriman are sembahyang di awal-awal waktu di masjid, berilmu dan berakhlak mulia, berkawan dan pandai ikram, ikhlas dan sanggup kurban duit untuk agama, bangsa dan negara. Oleh yang demikian, kita hendaklah menjaga keimanan kita sepanjang masa selagi nyawa dikandung badan. Sekian.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/02/kawan-biar-beribu-musuh-jgn-cari.html