Kebahagiaan yg dicari itu cukuplah relatif


Update terakhir:

Salam

Ada orang bahagia hidup sorang-sorang.  Tak ada orang nak ganggu kita.  klaau ada gaji ..tak sibuk nak berkongsi-kongsi.  Lagipun ramai orang tak suka berkongsi.  Walaupun ..ke hulu hilir baca kitab, nganguk nganguk tanda faham  pasal kepentingan hidup bermasyarakat oleh arwah TGNA.. ada orang anti-berkongsi. Entah ..saya pun tak faham ..mengapa?  komputer kat sekolah boleh berkongsi, sudu garfu kat kantin sekolah, politeknik, universiti boleh berkongsi ..tetapi ..untuk benda ‘lain’ ..sorry sorry ‘no kongsi’!

Ada orang suka / bahagia ..jika ada anak yg ramai.  Kalau boleh dalam tempoh perkhawinan selama 10 tahun .. biar dapat anak 8 orang biarpun kepala besar, tubuh mengecil jer maklumlah tidak cukup zat pemakanan; semua tak apa.  Suami bangga, bapak lelaki pun bangga.  Hebat anak aku ni .. tetapi jika isteri seorang guru .. Guru Besar tua ..tak gemar menerima berita Cikgu Yam .. beranak lagi sedangkan dia memegang amanah  guru matematik tambahan di sekolahnya.  Mana nak cari ganti guru ganti ..masa dia ‘landing softly’ kat hospital itu hah bila peperiksaan sebenar SPM dua minggu lagi?

Ada orang itu pulak ..bahagia .. jika roti tempayannya banyak laku .. ada GST atau pun tidak ..dia peduli apa ..selagi ada orang nak makan roti tempayannya ..dia sudah pun bahagia.  Kuah benggalii rasanya lain.  Bukan jer kuah benggali rasa lain, benda benda lain dari negara benggali pun ..  cukup lah lain.  (he..he..he..).  Dulu ada benggali puteh (Portugese) ; sekarang benggali hitam …

Ada orang tu .. dapat kereta PROTON F1 second hand pun dah cukup bahagia. Dia pandu kereta itu sampai habis minyaknya.  Tetapi ada orang tu ..selagi dia tak diberi lesen  bawak jet peribadi secara solo-solo  ..selagi itu ..dia berjiwa tak bahagia.  Berjiwa rakyat( konon konon)?  Nak fly jugak ..kapal terbang itu sendiri sendiri dari USA, Eropah, padang pasir arab, Bangkok dan terus KLIA ..jauhnya..  nasib baik Malaysia berada di kawasan khatulistiwa ..kalau Malaysia terletak di Auckland, Christchurch, ladang kambing kambing biri biri  Merino  ..lagi jauh lah dia fly fly fly ..dan banyaklah duit rakyat terbakar sama dlm perut kapalterbang itu.  He..he… he..

  1.  Sebagai rumusan ..kepuasan hati @bahagia itu cukuplah  relatif (mu lain, aku lain) ….. untuk sesetengah mamak india selagi dio boleh uli roti, pijak roti tanpa pagoda t-shirt  ..selagi itu dia rasa just happppppppppppppppppppppy (bahagia) sedangkan pilot jet peribadi itu pulak ..  selagi tak diberi lesen boleh fly sendiri sendiri kapal terbang selagi itu …dia tak happpy punya!

Bagi saya ..  seronok tengok orang asing membeli buku karya pertama saya .. walaupun tak banyak untung bagi setiap buah buku yg terjual bagi maksud membina sebuah  istana dekat dengan Seremban ..  lihat orang asing membeli buku sang penulis pun ..saya dah cukup bahagia dah.

Saya rasa Datuk Abd Kadir Jasin (ex-chief editor NST) .. pun rasa begitu jugak … dia tentu feeling over the moon if tulisan dia kuar dlm paper harian dan majalah Dewan Masyarakat  tatapan kita semua.  Syabas ..Datuk!

Sekian.

Bahagiakah kita?  Kalau boleh ..kita ikutlah panduan dari Al Quraan dan Al Hadith .. sure selamat .. ada halal dan ada zon haramnya.  If ikut itu, insya allah kita bahagia di mana mana ..  walaupun isteri kita tak bekerja makan gaji banyak banyak  dan berstatus ‘cacat anggota’ pulak itu.

Wallahu aklam bis sawabbbb.  ( Allah Mahu Tahu)

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/04/bahagia-itu-very-relatif.html