Kekeliruan di mana mana sahaja di Malaysia
Salam
Perkataan-perkataan yang mengelirukan:
(a) Bias à buyers(b) Feel à fill à fail(c) Democracy ?Sudah 2 – 3 minggu saya berbincang, mengajar dalam kuliah statistics di peringkat ijazah pertama tahun pertama. Saya menggunakan istilah ‘bias’ dalam kuliah bertajuk ‘sampling’. Seronok betul saya mengajar itu dan ini (adakah syok sendiri?) . tetapi selepas kuiz , bila saya mula menyemak kertas jawapan pelajar .. darah merah saya mulai naik. Mengapa? Tengoklah ejaan bias telah dituliskan sebagai ‘buyers’ ini membawa maksud ‘pembeli-pembeli’ dalam pasar, pasaraya dan lain lain tempat yang ada aktiviti dipanggil menjual beli. Bayangkan .. mungkin pelajar ini tidak membaca buku statistic yg diminta dia beli/ rujuk dari library walaupun kerajaan telah memberi banyak peruntukan BAUCER RM250 kepada pelajar-pelajar university dan membina library tertinggi di johor dan buku-buku rujukannya dari luar negara. Aghh..malang sungguh nasibku!
Perkataan ‘feel’ pun sama juga. Ini bermaksud perasaan seseorang. Contoh perasaan ialah .. ibu bapa Ani cukup gembira bila Ani telah diijabkabulkan dengan anak Penghulu kampong semalam. Mereka merasa demikian kerana kos menghantar pengantin dapat dikurangkan sebanyak 50 kali ganda dibandingkan dengan kawan kawan Ani yang beriya-iya sangat mendirikan rumah tangga dengan jejaka-jejaka luar negeri seperti Kelantan, Kedah dan Satun (Thailand).Tetapi ada orang menulis feel sebagai ‘fill’ dalam notanya. Fill ini bermakna ‘masukkan sesuatu jenis cecair kedalam tangki , bekas ‘. Contoh ayat: Fill the petrol into the car. Penuhkan kereta itu dengan minyak petrol / tuangkan minyak itu ke dalam keretanya/ masukkan nozzle ke dalam tangki minyak dan tekan .. supaya minyak dapat dimasukan ke dalam tangki minyak kereta tersebut.
Saya berpendapat perasaan tidak sama dengan ‘tuangkan minyak petrol’ itu. Atau tuan hamba rasa guano?
Perkataan ketiga ialah ‘FAIL’. Ini lagi dasyat. Ini bermakna ‘gagal, kandas, tidak Berjaya dalam sesuatu tugasan, peperiksaan dan .. ‘Oleh itu mengapa .. pelajar-pelajar kita tidak rapi .. menulis nota nota ke dalam buku mereka sebagai rujukan pada hari esok dan seterusnya? Aghh lagi malang nasib gurumu!
Perkataan terakhir ialah ‘democracy’.
Di Malaysia, Negara ini mengamalkan system politik yang dipanggil democracy. Satu satu pemerintahan dibenarkan berkuasa di Malaysia setelah melalui proses pilihan raya umum seperti PRU12 di mana 5 buah negeri di Malaysia tumbang ke tangan pembangkang. Salah sebuah negeri tersebut ialah Selangor.Kelam kabut Perdana Menteri kita .. dan kuncu-kuncunya dalam semua tempat mereka memberi syarahan politik .. supaya rakyat Selangor memberi kembali mandate pemeintahan /kekuasaan kepada parti Barisan Nasional. Banyak hujah-hujah mereka yang menarik. Tetapi isunya ialah .. perkataan democracy. Ini bermakna .. rakyat bebas memilih siapa yang akan memnjadi wakil mereka di parlimen/ dewan negeri. Kasihan .. PM dan kuncu-kuncunya tidak faham .. perkataan keramat ini – DEMOKRASI!Sepanjang lebuhraya kiri dan kanan dari Perlis hinggalahke Johor BHaru .. ada banyak papan papan bill board .. contoh DULU DIPINGGIRKAN, SEKARANG DIUTAMAKAN. DULU MISKIN .. SEKARANG DIBANTU. DULU GELAP.. SEKARANG BERCAHAYA.
Mengikut hukum matematik dan statistic .. parti pemerintah mengambil masa lebih dari 55 tahun selepas kemerdekaan .. untuk mereka sedar bahawa melalui pemerintahan mereka bergelar DEMOKRASI .. ramai rakyat berada dalam keadaan tegar miskin dan dipinggirkan. Mengapa begitu lama ..mereka alpa/lupa dengan tugas mereka sebenar dalam mentadbir sebuah Negara yang serba kaya ini? Ini bermakna ..selama 55 tahun mereka telah ‘tertidur’ dalam proses mengagih-agihkan kekayaan kepada kroni kroninya masing-masing. Syukurlah mereka dah sedar itu semua .. dan dalam PRU12 2008 .. lima buah negeri telah tumbang ke tangan pembangkang. Saya tidak berani meramalkan beberapa buah lagi negeri yang akan terus tumbang dalam PRU 13 ini. Kita berdoa …polis dan askar tidak menggunakan kekerasan yang melampau-lampau dalam menguruskan system PRU 13 termasuk berkempen siang dan malam penyokong penyokong parti parti politik di Negara ini dari 20 APRIL hingga 5 MEI 2013 yang akan datang. Contoh Peperangan Dunia Ke 3 di Lahad Datu , Sabah baru baru ini. (OK kor.. kos peperangan tersebut dengan kematian di sebelah pihak musuh/ orang kampong Lahad Datu tersebut? Al Fatihah kepada pasukan polis dan tentera.. ).
Wallahu aklam bissawabb. p/s: student keliru dengan istilah Bahasa INGGERIS, dan rakyat lagi ramai keliru dalam proses DEMOKRASI di Negara ini. Kalau paham … tunjukkan kefahaman anda pada 5 MEI ini. Ayuh!
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/04/keliru-keliru-makin-ramai-orang-keliru.html