keluarga bahagia
Salam
Memang sudah rezeki saya .. dapat hadhir dlm program selepas maghrib semalam di Masjid Sungai Gelugor, GeorgeTown 8 March 2015. Orang tersohor pasal ceramah manisnya madu ada berkunjung ke sini. Topik syarahan mereka ialah ..keluarga bahagia. Datuk Siti Baiyah dan suaminya Datuk Wan Akasah. He..he..he.. pakai baju pink + ungu. Stail baju melayu ala orang Johor. Rupa rupanya mereka head girl lawan head boy .. Maktab Mahmudiah, Alor Stak.
-
Program ditaja bersama dengan kolej komuniti Bayan Lepas + masjid Sungai Gelugok..
-
Ada 7 petua ..tips ..
pertama, kita bangunkan keluarga kita atas dasar islam dan takwa. Ada halal dan haramnya. Halal makan minum dan halal proses mencari rezekinya. Haram - menipu. Bercakap bohong. Tuang kerja. Memonteng kerja. Tapi akhir tahun ..ada bonus jugak. Haram beri makan kepada anak anak bini atau anak anak laki?
kedua, gigih dan sabar menunaikan solat berjamaah. Bersolatlah di masjid. 27 kali ganda dari sembahyang solo di rumah depan TV sedangkan program bolasepak dunia sedang berlangsung. Mata lilau lilau tengok World Cup. Didik anak anak bini bersolat dalam apa keadaan sekali pun.
ketiga , amalkan 3 S. senyum, sopan dan santun dalam alam rumah tangga.
Senyum adalah sedekah. Orang senyum ..tanda bahagia. Orang tak senyum ..mungkin tidak ada cukup kebahagiaannya.
Sopan - belajar bercakap menggunakan ungkapan manis bagaikan madu terima kasih buat air untuk saya tadi, tolong boleh tak maybank2u RM500 ..pinjam jap ling .. dan minta maaf banyak banyak . Saya tersilap sedikit tadi. Laser?
Santun bila bersapa dengan orang ramai. Apa khabar Mak Chik? sihat mak chik?
Keempat - amalkan kesabaran dan kesederhanaan. Sabar bila susah. Contoh susah ialah keluarga dilanda masalah kesihatan, bisnes tak berapa nak jalan dan ayah ..buat Ph.D tak siap siap lagi ni nak. Kawan kawan ayah semua dah pulang ke tanah air sudah.
Sabar, cekal dan tabah.
Kelima - maaf. saya dah pulang ke rumah. Dinner time. Maaf yer. Kesihatan kena jaga nor. nanti masuk angin lor.
Sekian. Jom kita pakat-pakat amalkan yer.
Wallahu aklam bis sawab.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/03/keluarga-bahagia.html