Kenangan sebagai pesakit


Update terakhir:

Salam

Maaf saya jatuh sakit tempoh hari.
Sebab itu tidak ada penulisan beberapa hari yang lalu.
Maaf.

2)  Selepas keluar dari USAINS (Hospital USM, KK) ada beberapa pengajaran untuk diabadikan.
Begini kot:

2.1  dalam operation theatre , baru tahu jantung ni ..cukuplah mahal
 2.2  mesin dan kelengkapan yang ada dalam USAINs  ..berjutaan ringgit harganya tetapi tuhan memberi aku jantung ini semua percuma  sejak dahulu lagi. Mengapa tak bersyukur kita ini?
2.3  kiri kanan ada pegawai perubatan, pegawai pembedahan dan pakar bedah jantung
Wow… ramainya pegawai. Pakaian serba hijau muda ..lembut jer warna/ ada unggu muda
2.4  bila mereka menyentuh anggota badanku .. aku dengar ramai mereka ..mulut kumat kamit membaca  Bis millah dari awal hingga tamat proses angiogram
masih terdengar Dato Prof Dr Z .. menyebut bismillah ..dlm semua sentuhan ke dalam jantungku
Aduhhh..

tiba tiba ada alat ..mencengkam kaki ku berkali kali secara berskala ..ini mungkin nak ambik bacaan Blood Pressure (BP) ku lah ini ..  average 120/60
2.5  lengan kananku bengkak ..banyak jarum ditusuk ke dalamnya.  Ada terasa kamera di bawa masuk melalui vein ..saluran darah ..  agghhh..semua rakaman kamera jantungku ..aku Nampak dalam TV .. 5, 6 buah banyaknya .. alat alat boleh dipusing, diputar, dibawa ke sana sini di hadapan mata ku ..  katil aku pun boleh juga digerakkan ke atas/ ke bawah bila bila masa sahaja.  Sekali dua itu, kamera besar betul betul atas hidungku ..nak wat gapor ni? 
Selepas operation , tangan kananku masih bengkak.  Dr Ng bilang ..  nanti dia kembali normal .. vein dicucuk ..mungkin tak 100% sempurna.  Aduhai.
2.6  dalam 1 jam keberadaanku di operation theatre  ..aku ada bilang dalam hati ku .. tak kena cara ni ..mungkin mati aku ..  tak lama lagi berjumpa Tanah dalam mulut ku ..hishhhhh…

takutnya.
Sebab itu banyak juga ku membaca zikir tak putus putus seperti La ilah ha ila llah; 
Bis milahi tawakal tu ala allah;  bis millah hi lazi la yadhur rul ..maha ish mihi .. saionnn .. fil ardhi wala fish samma'  dan macam macam lagi.

Dalam hati bilang bilang juga ..jika jantung aku sihat nanti ..aku nak keluar dakwah 4 bulan IPB ya robbi .. ke mano?  (india, Pakistan , Bangladesh) ..oh tuhan ..ambiklah aku ..jadi tenteramu buat kerja dakwah sebelum aku jalan terus tak pulang pulang lagiiii.  Ameeen.
3)  Dalam bilik rehat selepas semua angiogram dah selesai, aku Tanya anak ku ..apa pengajaran yang kau dapat?  Dia jawab:

3.1  hargailah isteri dan anak anak tuan
3.2  penat dia kejar ke sana sini tuan
3.3  nak melawat tuan .. laluan hospital cukuplah jauh ..  tak sama laluan antara missi(jururawat)  menolak tuan ke wad USAINS dari bilik bedah dgn kami .. orang biasa nak menjenguk tuan.  Laluannya cukuplah jauh ..Musim puasa ni tuan.  Penat, letih dan dahaga
3.4  jangan asyik nak itu dan ini tuan.  Banykkan bersabar.. tok leh kor?
3.5  baca al Quraan .. tak boleh baca dalam hati.  Mesti baca dengan kuat ..secara betul, makhraj yg betul dan ..  Dari kitab Bukhari ni  tuan.
3.6  macam macam .. ada tu sedap juga didengar tetapi ada juga ..sakitkan jantung aku jer.

RUMUSAN
ada beberapa rumusan boleh dibuat:

*  jantung ni ..cukuplah mahal
** jantung - anggota yang sakit sensitif;  silap sikit ..sakit dada ..panas mengejut ..cucuk menyucuk bertubi tubi kali ..tangan anggota sebelah kiri tiba tiba lemah .. badan semua berpeluh ..
walaupun ada 3 blockage, satu block jer pakai stem .. yang lain .. boleh baik dengan cara makan ubat sahaja. OMG banyaknya ubat ..  ini macam makan nasi dah ni?
***  bila datang dah ke sani sekali  .. nanti jika tak jaga kesihatan .. aku akan datang lagi berkali kali ..

AWAS tuan. Jangan dating dalam ambulan ..bahaya ..trafik jam musim raya di Bandar Islamik Kota Bharu ni .. semua laluan 2 lane sahaja.

*  bulan puasa jika sakit dalam wad ..sedihnya.. tak dapat buat solat berjamaah, isya & tarawih. Keluar juga air mata indah ..menyesal .. tulah asyik solat tarawih 8 rakaat sahaja ..
** tapi sebelum bulan ni melabuhkan tirai ..aku nak buat solat tasbeeh
Ganjaran solat tasbeeh:  80 tahun dosa yang lalu ..tuhan ampunkan;  80 tahun dosa ke hadapan tuhan akan ampunkan ..Allah hu Akbar.

Setiap rakaat ada 75 kali bacaan  subhanallah alhamdulilah , allahu Akbar

2 rakaat , total semua 150 kali.

Buatlah 4 rakaat paling minima.  Jadi grand total 300 kali.

Tak boleh buat 1 kali sehari ..  buatlah seminggu sekali; else sebulan sekali; atau setahun sekali; atau ..paling malang ..sekali seumur hidup. Boleh tuan?

He..he..he..

Sebelum berakhir penulisan ini, nak ucapkan terima kasih kepada isteri dan anak susah susah menemani abahnya ke USAINS.  Terima kasih juga kpd semua staf USAINS, CCU cardiac care unit  dari kerani pertama.. missi NorAzraizan bte Che Hamid, Dr Ng, Dr Muiz  hinggalah kepada   Dato Prof Dr Z .. orang Red Earth ( Tanah Merah).  Ha..ha..ha..

Begitulah.
Harap dapat sedikit ilmu dari penulisan pesakit jantung ini.

Wasallam.

Selamat Hari Raya. MZB.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/06/sejenak-di-sana-sebagai-pesakit.html