kenapa gitu?


Update terakhir:

Salam

Sudah 10 hari kita berpuasa.  banyak sudah manafaat yang dapat kita capai selama 10 hari berpuasa ini.  Apakah itu?  Pertama, kita kena banyak bersabar dengan isteri kita.  maklumlah dia dengan anak anaknya yang masih kecil  Layanannya .. kita kena fahamlah.  Dia pun kerja macam kita. Kita semabhayang , dia pun sembahyang.  Kita penat , dia lagi lah penat.  Bukan setakat menghidangkan makanan , layan kau dengan bola kau itu ..tak sudah sudah.  Bertenanglah sikit.  Kasihan kat dia tu.  Kedua, sekarang baru kita tahu apa itu kelaparan dan dahaga.  tengok .. orang bawa van sekolah .. macam macam dah dia buat untuk anak anak orang yang berada ..  asyik tak puas hati sahaja oarng orang ini. Tak patut..tak patut.  sepatutnya kita yang ada duit lebih ini .. patutnya ..belilah sedikit kueh kueh yang sedap sedap ..sedekah kepada drebar van sekolah anak kita ini.. Dia pun manusia juga.  Kalau kita berbaik baik dengan drebar itu hari ini .. nanti manalah tahu dia mampu menolong kita satu hari nanti.  Kita tak tahu bukan?

Ketiga,  waktu malam dalam bulan Ramadhan singkat sekali.  Selepas berbukak dan menghadhirkan diri ke masjid untuk  isyak terawih .. jam sudah menunjukan 1030 malam.  Makan pisang berangan .. dengar leteran bini kita tak kemas dalam pakai pakaian berselerak macam anak kucing ..   dan minum air 2 botol mineral.. mata kita sudah pun lenyap.  Alih alih ..  jam 0500 pagi .. isteri kita bersusah payah mengejutkan kita.  Jam 0600 pagi solat subuh.  jadi .. sepanjang bulan ramadhan ini ..berapa helai dah kitab suci Al Quraan yang sudah tuan hamba baca dan hafalkan?  Itulah yang saya kata .. malam pada bulan berkat ini cukup cepat meninggalkan kita semua.  Rugi besar tuan tuan hamba yang bersekang mata .. tengok 22 orang budak bodoh Brazil Jerman kejar bola sana ke mari se mata mata nak sumbat sebiji bola ke dalam gawang gol lawan.  Alangkah bagusnya ..kita gunakan masa itu sembahyang tahajudd 2000 rakaat dan mintak semua benda yang kita nak dari Robb Yang Maha Agung.  Mintaklah perabut Italy ke/ kereta Toyota Cambri untuk menyambut Hari Raya Puasa ini.  Boleh kau?  Hishh ..tak malu lah kau ..benda gitu pun kau mintak?

Keempat, cuba muhasabah sikit perbelanjaan bulan puasa ini. Ada jimat atau boros bulan puasa ini?  kalau boros..kita laksana setan ..kerana pemborosan adalah amalan syaitan. Aduh  sakitnya hati!  Tetapi betul ,…kita tak cermat berbelanja.  Semua benda nak beli.  Makan tidak mana pun?

Kelima ..  (akan bersambung).

Oleh itu .. marilah kita berazam dalam 20 hari teerakhir ini ..kita baiki amalan puasa kita supaya Allah bangga dgn usaha dan susah payah kita berpuasa seperti Sayidinna Bilal r.a.  Insyallah.

Niat ini lebih besar dari amalan sebenarnya.  Jom kita pasang azam tau?
Wallahu aklam bis sawab.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/07/kenapa-gitu.html