Kenapa rasa boring jer ni?


Update terakhir:

Salam

Manusia melalui banyak fasa dalam hidupnya.  Ada saat dia bergembira dan ada saat dia berdukacita.  Antara kedua dua fasa itu ada satu fasa kita namakan satu fasa  ‘boring’.  Tuan hamba tak pernah rasa benda sebeginikah sepanjang kehidupan ?  Kalau tuan merasai apa yg saya rasa .. tuan adalah manusia sejati ..jika tidak .. mungkin tuan hamba boleh dikategorikan sebagai manusia yg paling unik.  Betul tak?  Nabu Musa alaihis salam pun pernah merasa boring bila … satu masa dia berdailog dgn Tuhan Pencipta Alam kalamallah  … Nabi Musa a.s.  mohon dari Allah special ‘darud’ atau ' salawat' supaya dia sennang mengingati Allah sepanjang masa.  Maka Allah pun nasihatkan Nabi Musa a.s.  supaya banyakkan menyebut “LA ILA Ha ILL   LALLAH "  tiada tuhan yg wajib disembah melainkan Allah .    Di sini Nabi Musa … menunjukkan dia tak suka (boring) ..menyebut kalimah keramat ini .. Dia berhujah ..semua makhluk mu seperti Gibrael, Jin ..turut menyebutkan darud ini.  Maka Allah pun .. menasihatkan Musa dengan nada yg lembut ..   wahai musa jika disebelah daching kau letakkan 7 petala langit dan 7 petala bumi  dan  disebelah daching yg lain ..kau letakkan kalimah karamat ini .. sudah tentu kalimah La illa ha illah  llah..akan lebih berat dari segala kandungan muka bumi ini.  Nah ..tengoklah ..  nabi yg mulia seperti Nabi Musa a.s.  pun ada merasa boring… dalam hidupnya.  Apatah lagi kita manusia yg penuh dengan kelemahan di sana sini?

Mengapakah manusia seperti kita semua cepat merasai boring walaupun tuhan dah kurniakan dia bermacam macam kenikmatan dunia?  Nak kata bujang tak .. nak kata tua bangka pun tak.  so Power soalan ini.  Kereta ada, bini ada, jawatan ada, wajah ada, kepetahan berhujah ada, kaki cukup sifatnya dan apa lagi yg tuhan tak kurniakan kpd kita.  Macam-macam dia kasi.  Jawapan mungkin seperti berikut:

(i)  buat kerja yg mundane/ routine /  seperti mengajar subjek yg sama sejak umur 25 sampailah ke umur sekarang ‘N’ tahun.  Boring bukan?
(ii) makan benda yang sama jer.  Pagi nasi , ptg nasi dan malam pun nasi.  Boring pulak dah ni?
(iii)  baca benda yg sama .  Zaman muda baca kitab hitam / dah tua begini pun baca jugak kitab yg sama berwarna hitam.  Pendek kata ..boringggggg
(iv)  bekerja di tempat yg sama sejak lahir sampailah ke sekarang ini.  Sekolah di PR;  Universiti di PR;  Kerja di PR;  khawin pulak dgn org PR;  …aduh ..  mati pun mungkin di PR?  boringgggg , anak jika dengar pun boringggggggggggggg

Untuk mengatasi masalah ini , apa kata kita buat :

( i)  benda lain .. seperti ..jika dulu mengajar matematik ..sekarang tuan diminta jadi pak guard di hadapan pagar utama sana.  Ok ker?
(ii)  makan benda yg lain.  Selepas nasi , orang melayu makan apa yer?  lempenggg.  Ok ker?  tetapi lempeng adalah sejenis makanan untuk orang yg tak ada gigi.
(iii)  baca akhbar cina.  Ok ker?  kau paham tak apa yg ditulis itu?
(iv)  bekerja jauh sedikit dari PR.  Katakan anda dinaikkan pangkat dan menjawat jawatan yg galmour tetapi .. anda diminta bangun dari tidur sejak jam 0500 pagi lagi.  Why?  nak gi ke tempat ygbaru lah.
(v)  dulu pandu kereta Proton, sekarang kita diminta memandu kereta keranda.  Mahu? 

Larat tuan hamba?

Pendek kata ..  menyusahkan pulak.  Tak lama selepas seronok baca ..akhbar cina, makan lempeng bersama-sama dgn org org tua, bawak kereta sejak bumi masih gelap lagi ..

maka akan tiba satu masa .. kita akan boring pulak.  So macam mana ini?

Jawapan ialah:

Dunia ini ..tidak ada manusia yg berpuas hati.  Semua benda kita nak complain. Hanya dunia akhirat kita akan mencapai klimaks puas hati.   Itu ini gitu gitu semua tak puas hati. Dulu tuhan kasi isteri kulit cerah .. tubuh tinggi ramping .. bercerai .. now dapat isteri agak rendah macam pokok rambutan rendang jer …dan makan pulak .. masakan tak sesedap dulu … dah pandai banding banding .. maka .. kita pun boring jugak.  So how?

Sebab itu lah kita jangan terlampau obsess gila dgn kenikmatan dunia ini.  Bersyukurlah apa yg ada.  Tawakal banyak banyak supaya tuhan beri kita sifat qanaah (berpada pada dgn apa yg ada).  Selagi kita ada tidak iman sebenar .  sifat qannah tidak akan sampai dalam diri kita sampai bila-bila.  Oleh itu kita kena berjuang habis habisan ..supaya Allahhadiahkan kepada kita satu iman yg sejati.  Mintak dari Allah sifat qanaah ini.  BTW, what is ‘iman’?  Sekarang ramai anak anak dilahirkan ..ramai yg bernama IMAN.  pelik juga bukan?  what is ‘iman’?  is it like ‘IMAMMMM’?

Sekian.  Boring today tetapi esok tak boring lagi.  isyallah Esok gaji ma?

Wallahu aklam.  p/s:  jom kita gi bank bayar hutang lagi .  he..he..

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/03/kenapa-rasa-boring-jer-ni.html