Kenapa susah sangat ni?


Update terakhir:

Salam

Bulan puasa ada orang islam menggunakan masa ini untuk beribadat habis-habis.  Semua amalan fardhu/ sunat dia buat.  Tetapi saya perhatikan beberapa perkara berikut:  (maaf .. bagi memulakan bicara)

(i)  ada guru-guru yang curi curi tidur kat musallah .. walaupun mereka ada lagi kelas untuk masuk dan mengajar.  Tidak terkejut kalau saya katakan banyak masjid/surau mempunyai penghuni yang sedang nyenyak tidur walaupun jam belum lagi masuk zon sembahyang fardhu zohor.

(ii)    guru masuk kelas dengan kaki yang lemah longlai maklumlah mata mengantuk dan badan terasa penat.  Ada guru yang mengajar sambil duduk atas kerusi sahaja.  Dia arah murid-muridnya buat kerja sendiri.  Ada ke patut?

(iii)  waktu rehat ada staf menjual kueh itu dan ini.

(iv) waktu tak rehat pun ada staf jual macam-macam dari pakaian raya, tudung raya hinggalah kopiah raya. Ada menjual insuran raya.  Pendek-kata , bilik staf sudah berubah jadi bazar bulan ramadhan.

(v)  baru-baru ini saya sempat ikut anak pompuan pergi ke pejabat agama islam.  Jam 0800 mereka memulakan bacaan Al-Quraan.  Hari itu bukan hari Jumaat pun ..tetapi sempena bulan Ramadhan yang mulia ini ..staf terlibat diarahkan membaca al-Quraan.  Saya merasakan hairan mengapa nak baca Al Quraan bila ..  waktu itu adalah waktu kerja.  Kenapa tak baca Al-Quraan kat rumah sahaja.  Contoh selepas sembahyang terawih, kita pakat-pakat dengan anak anak bini bacalah Al-Quraan sampai ke pagi.  Kenapa waktu pejabat .. kita perlu ambik masa nak baca al-Quraan?  Hairan bukan?  ramai orang datang ke pejabat itu untuk banyak urusan seperti ambik surat nikah, surat cerai dan banyak lagi   .

Fenomena ini menunjukkan kita ..bahawa ada orang mencuri tulang waktu puasa.

Risikonya ..  TokeCina  / dan Toke Jepun tak kasi staf , pekerja islam hadhir sembahyang jumaat setiap minggu.  Paling best ialah sekali dalam 3 minggu sahaja.  Why?  Sila baca fenomena di atas itu.

Saya rasa ..bila time pejabat, kita buat lah kerja pejabat sebaik mungkin.  Barulah halal gaji kita.  Bila kit a kasi makan anak anak dari wang gaji kita ..insyallah ..anak anak kita jadi pandai .. semula jadi.  Tak payah hantar tuisyen siang dan malam.  Tak payah hadhir Camp Sumer dalam hutan Selangor atau Pahang pun.  Anak anak kita sudah ada disiplin tinggi/  mukmin sejati.

Oleh itu ..kita bila jadi staf kerajaan ..kita pandai-pandailah membahagikan tenaga kita ini.  Jangan over-over sangat.. kerana kita perlu suara tinggi untuk mengajar matematik, sejarah dan Bahasa Inggeris.  Klau kita mengajar kelas nakal kita perlu tenaga untuk kejar budak-budak yang nakal yg selalu berkunjung ke tandas tak henti-henti.  Jangan habiskan tenaga kita untuk amalan amalan sunat.  Kerana
mencari nafkah di pejabat adalah berstatus WAJIB; fardhu
sedangkan ..sembahyang sunat itu dan ini musim puasa adalah berstatus SUNAT saja.

Bila kita pandai ..membahagikan masa dan tenaga pada musim puasa ini ..murid murid dan bapa tidak akan menyumpah guru-guru islamnya.  Bila ada orang sumpah kita itu dan ini/ hidup kita tak ada berkat dan aman lagi.  Wajah kita sudah hilang nuuur (cahaya).

Kalau nak betul-betul buat semua amalan sunat ..eloklah kita gesa kerajaan kasi kita cuti sebulan penuh pada bulan ramadhan ini.  Insylalah kita boleh ligat buat amalan itu dan ini.  Bila badan penat , kita cepat naik marah dan bergaduh terutama dengan isteri di rumah.  Bila kuat bergaduh ..kita akan berkata-kata benda yang tak patut dikeluarkan dari mulut kita. Ada orang bercerai ..tau?

Siapa susah ini bila suami dan isteri yg sudah berumur 45 tahun ke atas bercerai berai . Anak anak juga yag susah.

So awas lah tuan hamba. Jangan terlalu over over dengan menjalankan ibadat puasa ini.  Buatlah amalan apa yg perlu dan jauhi lah dari amalan amalan maksiat/ khurafat dan macam-macam lagi seperti menonton Olympic London 2012 hingga larut-larut malam.  Dulu waktu para-para sahabat 1400 tahun yg lalu .. jalan raya tidak macam sekarang. Mereka berjlan  atas padang pasir yg kering kontang.  Kuda dan unta jer mode transport mereka.  Sekarang jalan raya ..sentiasa  Padat dan jam sepanjang masa.  Kita perlu bersifat sentiasa berwaspada jika tidak ..kita akan langgar itu dan ini atas jalan raya.  Kita juga yag susah.

Renung-renungkan lah.  Yang baik dari Allah dan yang tak bagus itu ..kelemahan penulis ini sendiri.

Sekian.  Wallahu aklam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/08/kenapa-susah-sangat-ni.html