Keputusan perlawanan bola sepak malaysia lawan pakistan
Salam.
He..he.. tahniah Pasukan Harimau Malaysia. 2 - 0 menang kita lawan Pakistan semalam 23 March 2011. Syabas!
Tetapi kita harus ingat , Pakistan bukan terkenal pun dalam arena bolasepak dunia. So jangan seronok sangat berpesta 2- 0 ini. Kalau hoki , 2-0 , itu sangat bagus kerana pakistan terkenal sangat dengan sukan hoki. Setanding dengan INDIA.
- Bola sepak Malaysia akan maju jika kita ukur prestasi kita dengan negara Jepun, Korea SElatan, Iran, Iraq dan Mesir. Why? negara-negara ini selalu mewakili ASIA dalam Olimpik dan Piala Dunia. JIka kita dapat keputusan yang baik dengan negara-negara ini besar kemungkinan PESTA BOLASEPAK MERDEKA akan membawa satu ‘nama keramat’ yang hebat kepada Malaysia.
jangan terlalu gila lawan bola dengan Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura sahaja. Terlampau kerap kita lawan dengan team-team ini. Kalau kita menang 1-0 dengan Thailand , so what? Kalau kita menang dengan Indonesia 3-2 , so what? Cuba kita ukur dari aspek ‘costing’ pembangunan bola sepak negara-negara Asia Tenggara ini ikut perspektif ilmu ekonomik.
Jika Thailand dan Indonesia belanja RM20juta setahun untuk membangunkan sistem bola sepak negara mereka dan jika kita belanja RM200 juta setahun untuk maksud yang sama .. maka kemenangan kita 1-0 dan 3-2 dengan Thailand dan Indonesia ..secara relatif, tidak nampak oleh saya apa kehebatan bola sepak negara kita. Why? Kita telah belanja 10 kali ganda budget kewangan negara untuk sukan bola sepak negara ini berbanding dengan negara-negara tersebut. Negara kaya lawan negara ‘miskin’. He–he.
So kumpulan reporters akhbar sukan negara seperti Utusan Malaysia, Metro/ fikir-fikirkanlah apa yang dimaksudkan di sini. Kita patut menulis ‘gila-gila’ jika kita seri dengan Korea Selatan atau Jepun. Itupun biar Jepun hantar Team Utama negaranya melawan Malaysia. kalau mereka hantar pasukan bolasepaknya dari TOKYO UNIVERSITI of Technology .. maka jangan kata Malaysia lawan Jepun di sini.
Paling tepat .. laporan ialah Malaysia lawan (UNIVERSITY JEPUN). dan untuk pengetahuan semua Jepun ada banyak universiti di sana. Jika Jepun ada 100 buah universiti , maka team Jepun yang kita lawan mati-matian tu barulah .. (1/100th) kekuatan bolasepak sebenar negara matahari naik ini.
Trend sekarang , Jepun dan KOrea Selatan tidak hantar dah team utama ke temasya bolasepak Piala MERDEKA yang selalu diadakan oleh negara kita. Kenapa yek? Salah satu jawapan ialah .. prestasi kita .. sekadar 2-0 lawan Pakistan jer. Maaf banyak-banyak yer. Kita heboh kejayaan kita bukan pada tempatnya kot. Macam team bolasepak KELANTAN FC lawan Parit Raja Fc jer ..bunyinya. Nampak tak .. hujah saya ini?
Sekian. Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/02/keputusan-perlawanan-bola-sepak.html