kerja ayah
Salam
Kerja ayah banyak.
Salah satu dia berdoa agar anak anaknya
-
Selamat dunia dan akhirat
-
Kehidupan anak anak lebih baik darinya dlm zaman jepun dan zaman Tun Razak.
-
Dengar cakapnya kerana dia banyak dah jumpa mcm mcm dugaan sepanjang hidupnya
-
Patuh dan taat padanya tidak berbelah bahagi kerana kejayaan sesebuah keluarga ialah anak anak isteri hidup rukun damai dan aman
-
Bila patuh mcm mcm si ayah sanggup lakukan apa sahaja hatta mengurbankan nyawa dirinya dlm dunia pekerjaan atau di luar sana , di mana mana jua dan pada bila bila masa.
-
Di Tolak bala dari Allah seperti bankrupt
-
Di Tolak bencana seperti gempa bumi, ombak besar macam tsunami
-
Di Jauhi penyakit seperti demam kepialu, barah, TB, Prostat
-
Di Jauhi mala petaka seperti …kebakaran, kemalangan, angin puting beliong, tsunami, banjir, tanah runtuh, lemas, bangunan runtuh, kena bunuh, rompak, samun, penyakit
-
Hati aman dan produktif.
Kadang kadang ayah banyak cakap dan marah marah pada mu.
Awas.
kadang kadang ayah bisu sahaja.
tetapi bisu ini bukan bermakna dia tak tahu keadaan sekeliling.
Oleh itu awas.
jangan kasi ayah marah marah lagi.
Bahaya.
–
Sekarang trend ayah mati lebih awal dari ibu.
sini begitulah.
sana pun begitu juga keadaannya. Tak percaya cuba tanya penggali kubur.
Ibu tinggal seorang diri dgn tiba tiba.
Kadang kadang ibu dan anak anak ditinggalkan. Tak susah?
Mengapa?
Ayah kerja lebih.
Ayah bimbangnya lebih. Bukan kerana apa. Dia mahu kau rehat dan kembali pulih tenaga. Esok boleh tolong dia sedikit sedikit. Ombak laut semakin membesar. Ayah tak larat dah berjemur atas sampan, perahu, motobot menangkap ikan dan menebar jala jauh jauh. Tak kasihan engkau?
Dia dah penat.
jangan kasi dia bengkak bengkak hati
lagi daN lagi.
Memang boring suara ayah
memang suara ayah tak semerdu Saleem atau Zamani
memang tak sedap suara orang tua ni macam arwah S.M.Salim
tetapi ingat nama
ayah belum masuk lagi ke dalam
buku buku polis.
Sehebat hebat KSU ..dia dah pakai jaket lokap polis
Warnanya oren pekat
Seselekeh ayahmu
dia semua line clear jer dengan SPRM
Bila hati ayah bengkak
tiba tiba ayah mati. Tergolek.
Tak ke susah itu?
Oleh itu bijak anak anak
jgn kasi ayah bengkak bengkak lg.
Dengar sahaja ..nasihat ayah.
tak rugi pun. Ingat cerita Nabi Nuh a.s.
kasihan dia
Allah tunjukkan kpdnya secara langsung anak dan isterinya lemas dalam air.
Hancur hatinya.
Menangis Nabi Nuh a.s. bertahun tahun lamanya.
tapi Allah Taala pujuk jugak Nabi Nuh
mengenang anaknya sombong lawan cakapnya.
Dia kata ..gunung tu tinggi. Pandailah dia mengelak bila air banjir mengejarnya.
Tetapi Allah Maha Berkuasa
Allah nak ajar kita semua
Suara ayah ..tu ..warning. Kenapa? Tanyalah ibu mu. Mungkin bnyk story ayah padanya.
Ayah tak sehebat Tun
ayah tak sebisa DNTR
tapi inilah dia ayahmu. Tak ada wajah dia lagi di pasar, supermarket atau di mana mana
Sekian.
Fikir dlm dlm bila engkau masih berayahhh wahai anak dalam 7 benua ( China, India, Australiasia, Eropah, Amerika, Afrika dan Arabia).
Bila ayah p, ayahmu tak akan kembali lagi.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/01/kerja-ayah.html