kerja bodoh
Salam
Selepas bersara trdapat banyak opsion untuk meneruskan penghidupan. Antaranya ialah:
1) mempelajari Bahasa Arab - iaitu bahasa Al Quraan
2) mengembara seluruh dunia
3) berniaga
4) main saham
5) bina rumah sendiri dan menetap di kampong
Kalau dilihat senarai di atas terdapat beberapa opsion yang bergelar ‘kerja bodoh’.
Antaranya ialah:
- Mengembara ke seluruh dunia.
Aku tak ambil opsion ini kerana ..isteri aku gayat dengan ketinggian pesawat beribu meter dari paras bumi.
Mesti pembaca hairan mengapa saya sibuk dgn isteri dia pula?
Jawapan ialah .. mengembara ke seluruh dunia mengambil masa yang panjang.
Kalau dikira mungkin antara 1 hingga 4 bulan.
Budget : RM200,000 pun tak mencukupi.
Akhir sekali .untuk apa? Nak tidur dengan siapa?
Isteri : kalau setakat nak menunjuk nunjuk ..ini riak namanya.
Kamu tak kan masuk syorga jika ada satu bait unsur unsur riak dalam hati mu.
** next ialah Berniaga?
He..he..he… ini pun kerja bodoh. Berniaga burger di Stadium Sultan Muhammad. What will your students think? A hungry teacher .. huhhhhh.
Walaupun Nabi Muhammad s.a.w dah berpesan bahawa berniaga memberi 90% punca rezeki
aku rasa ..sudah terlewat untuk menceburi dunia perniagaan.
Mengikut rekod aku boleh menjual tetapi
jualan tak lengkap tanpa orang berhutang.
Mengutip hutang .. bukan kekuatan peribadi aku pun.
Aku tak suka mengutip hutang.
Bertanya pasal hutang pun aku malu.
Nak berkongsi dgn isteri ku?
Tak mungkin .. hayatilah dialog dari isteri aku selama ini ..
Isteri: aku bersuami dengan mu kerana ..aku tahu aku sudah senang dengan pencen mu setiap bulan.
Biarlah ..tak kaya pun tak apa ..yang penting kau dan aku boleh hidup aman, tenteram dan tenang.
Lagi pun ..kekayaan sebenar ialah apa yang ada dalam hati.
Aduhai!
Begitulah .. seronoknya beristerikan orang bukan dari negeri Kelantan.
Orang Kelantan ..gila berniaga seperti kain batik, tudung, emas rantai dan macam macam. Orang Kelantan ..pegang apa apa ..tiba tiba jadi emas.
Aghhh..kerja bodoh bila kita berniaga seorang diri.
Buat apa buat duit ..kalau kita sahaja yang pening memikirkan duit. Baik aku telan ubat dan relax sahaja lah. Telan air liur pasal berniaga.
Ha..ha..ha..
- main saham
Ini satu benda yang bagus.
Tetapi masalah terbesar aku ialah
aku tidur dengan ustazah .. bikin kefahaman sendiri di rumah. SElf taught ustazah.
Isteri: awak tahu ke ..syarikat itu berniaga apa?
halal kah?
haramkah?
aku tak nak makan apa apa dari sumber haram.
Tengok .. payah nak main saham seorang diri di hadapan computer jika kita seorang saja yang komited memikir pasal nilai wang pasangsurut dalam BSKL.
Ha.ha..ha..
satu lagi kerja bodoh.
[ o yer ..isteri saya pantang ..dengan perkataan bodoh ini.
Bagi dia ‘bodoh’ satu perkataan yang tersangat kotor.
Jika aku terus berniaga ..akan terbit istilah bodoh dilontarkan kpd nya tanpa aku sedari.]
Begitulah.
** akhir sekali
bina rumah dan tinggal terus di kampong.
Aku town boy.
Mana mungkin boleh buat rumah dan tinggal di kampong.
Kau tak kenal siapa siapa pun.
Setakat kenal seseorang setakat touch and go ..
kita anggap tak kenal siapa siapalah.
Ibu aku?
lagi dia tak kenal orang kampung ..kerana
dia memang tak suka kehidupan kampong sedikit pun.
Dia lebih suka di Bandar. Tinggal di berek polis selama 30 tahun lebih ..mana ada berek polis di bina di kampong.
Susah susah susah ..
aku ada 2 insan Anti macam macam. Aku pikir banyak dunia kerna banyak bil aku yang bayar, minyak kereta kering …abah sort them out please ..mereka piker banyak syorga , syorga firdaus sepanjang masa. Banyak sodap ..mukminah sejati kata kan?
Pendek kata jika aku teruskan ..
Mati dalam kebodohan.
SEbelum aku kehabisan wang ..
baik aku buat solat istikharah.
Aku cari pelan rumah.
Aku cari lawyer. Aku dapatkan kontraktor. Hj HUssin KOntraktor Kelas ‘A".
Aku cari duit.
Akhirnya siap juga rumah besar untuk diriku.
Ha..ha..ha..
Biarlah .. orang lain dgn ungkapan bodoh ..yang penting ..aku dah ada rumah yang besar
di kampong atas Tanah pusaka arwah ayahanda ku ..
BEgitulah aku bilang setiap hari.
JIka aku bosan ..aku akan hilang ke Bandar pula.
Susah apa? KB hanya 45 minit sahaja dari kampung ini. Yang penting .. oh Allahkasi aku sihat dan matikan aku dalam kesihatan ..Ameen.
aku buat keputusan dan aku akan hidup terus dengan tindakan berani aku ni.
Itu jer.
Nanti aku tulis pasal belajar bahasa arab.
Sekian.
Ada tetamu jauh mahu melawat aku .. kerana aku baru jer keluar hospital USAINS USM baru baru ini.
TEtamu membawa rezeki dan berkat.
Tunggu jer lah.
Mana tahu ..
ada khair dalam lawatan / kunjungan beliau. Ckgu Hussein & Cikgu Ti dari pecan Jabi , Besut. Cikgu Siti just pencen hari ini 2/7/2017. Itu pasallah.
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/07/kerja-bodoh.html