kerja itu satu ibadat
Salam
Mengikut ustaz -ustazah .. kurikulum PAI Tingkatan 1 - 5 pada tahun 1970 - 1975 …jika tak silap saya mereka asyik mengajar pasal hukum hakam - air sembahyang, solat 5 waktu, ibadat puasa , tajwid al-Quraan, zakat , agihan harta pusaka dan sejarah perkembangan islam seluruh dunia termasuk peperangan antara kaum quraish dengan para-para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
- Jarang sangat mereka menyentuh bahawa konsep ibadat di sisi Allah ..tersangatlah luas.
Mengapa begitu?
Ada 3 faktor - pertama, kesuntukan masa kerana semua guru tersangatlah sibuk dengan peperiksaan SRP/ SPM/ STPM; kedua - mereka telah membuat andaian bahawa masyarakat melayu adalah komuniti yg mengamalkan ajaran islam di rumah masing-masing dan formula - islam itu adalah melayu dan melayu itu adalah islam terus menebal …oleh yg demikian , kerja kerja tambahan mendidik anak anak dgn perintah tuhan diserahkan kepada ibu bapa di rumah dan faktor ketiga - mungkin sebab subjek ini ‘senang’ kot secara relatif dibandingkan dengan subjek Sains Integrasi dari Scotland dan subjek Geografi di bawah kawalan Prof Goh Cheng Leong.
- Hari ini dengan izin Allah , saya ingin menulis berkenaan dengan ibadat tetapi bukan perkara yg telah disentuh dalam paragraf pertama di atas. Tulisan ini adalah hasil bacaan dan pengalaman hidup menadah telinga di majlis majlis ilmu seluruh negara dan dunia. Alhamdulilah, syukur nikmat!
3.1 kerja guru - jika kita bersiap sedia untuk mengajar subjek tertentu untuk sehari, seminggu, sebulan dan setahun kepada murid-murid/ pelajar-pelajar kita .. ini pun satu ibadat. Mengapa? kita menyediakan ilmu asas kepada pelajar supaya menjadi bakal jurutera , doktor , profesor yang kompeten, amanah , jujur dan cekap.
3.2 kerja sebagai staf bank, penjual, toke restoran, pemborong, peniaga - jika kita memdapatkan bekalan ikan yg baik . kita jual secara jujur dan amanah ..ini pun satu ibadat. Kita memperolehi untung dalam proses ibadat dan jika kita mengalami kerugian pun … kita bersabar dan tabah .. ini semua adalah terkandung di dalam dunia ibadat. Pahalanya pun besar. Bukankah Allah sudah berjanji? .. Allah itu bersama sama dengan org yg sabar.
3.3 kerja sebagai askar, polis . kastam, jururawat, doktor …. jika kita keluar dari rumah dalam keadaan anak sendiri pun demam panas .. dengan ikhlas kerana Allah .. semua susah payah kita bekerja di bawah panas matahari yg terik / air cond yg sejuk/ ini pun dinamakan ibadat.
3.4 begitu juga jika kita dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ..semua proses pemikiran kita untuk memerintah dan menguruskan negara, menagihkan harta negara dan lain -lain lagi untuk kebajikan semua rakyat jelata tanpa mengenal bulu (hitam, putih, kerinting, hitam ikal -ikal mayang ) …. semua susah payah ini dinamakan ibadat.
tetapi awas …perkara kecil tetapi (barah rupa -rupanya). Saya introduce
penyelewengan …
banyak berlaku sekarang ini. Rugi besar kita .. jika kita merasakan semua masa di sekolah 0800 - 0300 ptg adalah ibadat sedangkan ..banyak masa kita mencuri tulang. Arahan ketua tidak kita endahkan semata-mata kerana isteri kita adalah Pengetua sekolah sedangkan kita … he..he..he.. ( tukang kawal stok buku sekolah sahaja). Ada orang tidak menghormati ketua .. hanya kerana abang iparnya adalah Perdana Menteri Malaysia nombor 1..
Mengapa ya?
4.0 curi tulang
Ini adalah peribahasa melayu .. maknanya .. sikap malas… pemalas. ..tetapi dlm dunia moden ..dipanggil ‘smart’ working. Konsep ini diperkenalkan oleh kaum yahudi dan kristian agar kita terus membuat duit 24/7 tanpa rasa bersalah kepada kerajaan, majikan, rakyat jelata dan jangan mu lupo - ALLAH SUBHANAWATAALA yang menciptakan jantung, sistem kencing , sistem penafasan dalam tubuh badan mu itu secara percuma. Disebabkan lupa inilah ..
tugasan menanda buku ..ditangguh-tangguhkan ..esoklah; lusalah .. dan tiba-tiba dlm perjalanan pulang ke rumah ..kita mati dalam kemalangan. Maka mungkin mati kita ini adalah sesuatu yg sia-sia.
Dalam proses kita bernangguh-nangguh menandakan tugasan pelajar / murid-murid ..kita menyibukkan diri dalam ‘perniagaan ' atas talian lah, di bawah talian lah .. wang untung yang kita perolehi ini .. adalah tidak ‘bersih’ kerana .. nai wa tul kita ..sudah bercampur aduk antara tugasan rasmi kerajaan dengan nafsu amarah kita mencari keuntungan/ wang sampingan disebalik nikmat besar anugerah pekerjaan di bawah mata dan hidung kerajaan BN. Kita beruntung besar ..kerajaan ini mengambil ramai penjawat awam berbangsa melayu.
Oleh sebab mengambil sikap sambil lewa .. jangan menangis jika anak-anak di bawah didikan kita tidak ‘menjadi’ manusia yang soleh, solehah, solihin dan mukminin. Peribadi anak berkembang pesat dari makanan minuman yg dibekalkan kpd mereka .. oleh itu jangan terkejut jika seorang anak menzalimi ibu bapa nya sekarang ini. Di Kelantan, satu masa yg lampau, si anak mengapak sahaja kepala ayahnya kerana tidak melayani permintaannya membeli motosikal berkuasa besar. Tengok?
Pagi ni pun ada sekolah diturunkan bala - tiufan, puting beliung. Banyak bumbung sekolahh diterbangkan oleh tiufan, angin puting beliung itu. Agak-agak mengapa itu? Antara balai polis, hospital, emporium cina, tokong siam dan sekolah ..mengapa puting beliung tertimpa ke atas sesebuah sekolah?
Ada ibu bapa saban tahun berumrah + jalan jalan ke Turki, Maghribi, Algeria dan Eropah .. mereka ke sana untuk berdoa itu dan ini ..tetapi disebabkan mungkin perkara perkara di atas..
doa mereka tidak menjadi - usaha mereka tinggal doa sahaja di tanah suci Mekah. Bukan sekali , tetapi berkali-kali.
Oleh yang demikian ..saya mengajak diri sayalah terlebih dahulu dan juga tuan/puan yg saya sayangi ..jom betulkan niat kita berkerja sehari-harian sejak kita berumur 25 tahun lagi (selepas bergraduat) hingga ke saat ini. Jika ditakdirkan kita berkerja sebagai suri rumah tangga sepenuh masa walaupun kita mampu berbahasa inggeris lebih power dari guru guru Bahasa Inggeris di bawah pengawasan DS Idris Jusoh ..jom buatlah kerja di rumah dengan penuh ikhlas kerana Allah Taala hendaknya semata-mata. Jika kita memasak ..basahkan bibir kita itu dengan zikirullah. Minta ampun kpd Allah .. kerana dosa itu dan ini termasuk may-be lawan bos waktu siang dan juga waktu malam disebabkan kita berbadan besar/ berbadan dua atau berdarah raja. Cakap dia ..kita tak endahkan .. maklumlah kita pandai memandu kereta bapak kita punya ke sana sini dengan lagu popular Jamal Abdilahh .. subhanallah.
Di dunia ini ..yakinlah .. tuhan mampu menghadiahkan kita kebahagiaan ..tak gi umrah setiap bulan pun kita ok .. kerana kebahagian itu ada di mana mana jua. Ada orang senyum gembira melihat kambingnya membiak lagi pagi ini .. Insya allah/ Alhamdulilah. Pokok pangkalnya ialah kita bertakwa. Apa itu takwa? adakah takwa ini sejenis biskut berbunga atau sebiji buah tamar dari ladang pak arab? Mengikut khatib ..Takwa ialah kita takut kepada janji janji dan azab Allah ke atas kita.
Betul tak?
Sekian. Maaf diminta kerana perkongsian perkara ini .. saya sekadar seorang posman sahaja .. sebarkan ilmu itu walaupun sepotong ayat. Beramanahlah kamu sebelum kamu …….. (sila lengkapkan ayat ini - 1 markah tau ).
Wallahu aklam … aku dah sebarkan setakat yang aku mampu…
maaf cikgu.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/09/kerja-itu-satu-ibadat.html