Kerja posman posmen


Update terakhir:

Salam

Semua tugas mempunyai maksud tersendiri dari kaca mata masyarakat di dunia ini. Istilah “Kaca mata” dipanggil perspektif / pandangan orang.

Contoh:

Guru -  dia kena mengajar yg terbaik mengikut bidangnya
Pengurus -  dia kena urus bisnes, industrinya , pekarja-pekerjanya, alat alat mesin supaya berjalan dgn licin dan sempurna. Baru dapat untung.  Di akhir tahun , pengurus menghadiahkan bonus kpd pekerjanya
Perdana Menteri -  dia kena urus segala apa yg ada dalam negara ini seperti ekonomi, pertahanan, pendidikan , perumahan, pertanian, macam macam lagi termasuklah  tahap kesihatan emosi dan fikiran rakyat jelatanya.  Ada insiden bunuh membunuh sesama keluarga.  Ini membuktikan ada rakyat ( there exist 1 rakyat) mempunyai emosi yang kronik (gila yg extreme) dan siasah yg sonsang.  Why?  hilang pekerjaan/ hilang bininya di rumah; dibawa lari oleh pendatang Bangla.
Isteri Perdana Menteri :  tugasnya mengiringi Perdana Menteri - merasmikan majlis yg besar-besar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.  Contoh paling bagus ialah Dr Siti Hasmah.  Dia low profile sahaja tetapi otak dia sangatlah geliga maklumlah dia adalah seorang graduan perubatan Universiti Malaya di Singapura … saya salute pd nya.  Low profile but high performance.  Kita tak mau , org high profile .. no performance, right?
Penjual ikan -  kerja dia menjual ikan segar dan boleh dimakan
Penjual lontong -  kerja dia menjual lontong yg berkualiti baik ; bersih dan memuaskan hati pelanggan yg berkunjung ke gerainya

Posman -  kerja dia mengutuskan surat mengikut alamat pada sampul surat.  Jika address di Amerika, surat akan sampai ke Amerika.  Jika address ialah Telipot, Kota Bharu .. posman akan sampaikan surat kepada tuan punya penerima di Telipot , KB dalam keadaan terbaik walaupun sekarang musim hujan tak berhenti-henti.  Bila posman sampai ke rumah , semua ahli keluarga akan menerkam dan berkerumun membaca isi kandungan surat tersebut.  Why?  bacalah isikandungan surat ini

Salah satu ayat dalam surat dari Jabatan Perkhidmatan Awam ialah

Tahniah .. anda berjaya mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melanjutkan pengajian anda dalam bidang perubatan di UNiversiti Cork, Ireland."
Nilai biasiswa ini ialah RM1,000,000 !  tahniah

Semua orang gembira terutama ibu ayah - tak kira dia berbangsa melayu kelantan, melayu jawa Parit Raja, cina Segamat, atau Dayak di Serawak.  Isi kandungan surat itulah yg paling penting kpd mereka semua.

Siapa siposmen tidak penting ..klau posmen itu bertubuh kurus kering atau gemuk kedempol tidak penting bukan ?   Yg paling penting ialah surat JPA tersebut.

Begitulah nasib sipenulis blog ini.

Siapa saya tidak penting.  Yang paling penting ialah isi kandungan - apa yg saya tulis melalui ruangan terhad ini.  Betul tak?

Semua yg saya tuliskan mulai dari abjad “S” hingga ke akhir perkataan “wallahu aklam "  semua ini tuhan akan tanya di akhirat kelak.  Mengapa mu tulih benda itu?

Rosman -  ini nama orang lah.  (laugh)

Doaku hanya satu -   agar hasil penulisan ini ..  membawa kebaikan untuk saya sendiri dan pelajar pelajar ku sekalian. Al-fatihah.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/12/kerja-posman-posmen.html