kes cerai menjadi jadi


Update terakhir:

salam.

Saya terbaca berita d akhbar berbahasa malaysia. Saya tertarik dengan satu artikel bertajuk perceraian dalam tempoh 10 tahun yg lalu. Dilaporkan terdapat 295,959 kes perceraian dalam tempoh tersebut.
Mengapa ya? Di mana silapnya? Semakin glamor upacara dan istiadat perkhawinan, semakin rancak pasangan melayu bercerai. Apakah puncanya rumah tangga terbina begitu cepat berkrsudahan dengan keruntuhan? Nak kata pompuan tak cantik sekarang ni.. Rasa rasa tak tepat itu. Nak kata duit gaji rendah ..pun tak tepat juga. Kerana .. Ramai pasangan ada degree, ada jawatan, ada status dan macam macam mereka ada.

Jawapan ialah tiga .
Pertama, tidak ada iman, tidak mengamalkan agama. Sembahyanh tidak dikerjakan. Dengar ajaran agama pun tidak.  bila tidak ada iman, kesabaran dan ketabahan menghadapi dugaan pun tidak ada. Bila datang masalah besar, cepat cepat mereka bercerai. Lagi pun ibu bapa mereka pun kurang sangat kefahaman dan minat mengamalkan agama. Jadi tempat mereka mengadu pun kurang daya tahan menghadapi bala masalah anak anak dalam pergaduhan dan perselisihan faham. Maka cerai adalah jalan terbaik.

Kedua, mereka saling tidak menghargai kehadhiran pasangan masing masing dalam kehidupan mereka berdua.  lelaki ada atau tak ada, si isteri rasa .. Tidak menambahkan apa apa. Tidak ada yang istemewa. Tidak terasa apa apa yg kurang jika mereka berpisah hari ini, minggu ini, bulan ini, tahun ini atau d dunia yang fana ini.  ini berlaku jika isteri tidak ada skil menyediakan makanan yg teristemewa atau cara layanan yg tidak sopan, manis dan sedap mata memandang. Perangai lelaki pun apa kurangnya. Tak ada skil melayan orang tua, jiran tetangga dan saudara ipar duai yang lain. Sembahyang berjamaah pun kurang. Mengaji quraan pun tak. Dengar ustaz mengaji , mengajar pun tidak. Ada lelaki tidak pandai membaca dan menulis. Oleh itu, tidak ada apa yang menarik. Tidur berdengkur, tidur tidak kira di mana mana pun. Jadi lelaki begini adalah sesuatu yg merugikan sahaja. Jadi perceraianlah kesudahannya.

Ketiga. Mak bapak cepat sangat terima pinangan. Belum cukup masa siasat latar belakang si lelaki atau si perrmpuan.. Mereka dah set bila nak khawinkan mereka berdua. Ukuran hanya kepada kekuatan wang, gaji, kereta, harta, paras rupa dan semua sekali kecuali agama. Orang tua pun tidak berapa cerdik sangat. Bila nampak jer anak teruna handsome naik atas rumah mereka, secara otomatik amalan agama dah sudah terjamin. Mrreka anggap lelaki ini akan dapat membimbing anak dara nya ke syurga.  ada juga anak teruna kelulusan unibersiti al azhar tetapi bercerai jugak. Mengapa? Tidak sabar mendidik isterilah tu. Ataupun isteri tak sabar nak layan cita rasa ustaz kita. Adush gitu lah lagunya.

Jom amalkan agama 24/7.
Wallahuaklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/03/kes-cerai-menjadi-jadi.html