Kesan cemburu
Salam
Tadi saya menulis mengenai ibu segala penyakit yg bernama / bergelar “CEMBURU”.
Sekarang saya menulis 1 atau 2 paragraf pasal kesan cemburu.
Kita tak payah ada PhD jika mahu tulis pasal kesan kesan penyakit cemburu.
Jom kita baca apa yg hendak saya sampaikan di sini.
- kesan pertama - mengumpat.
Bila kita cemburu .. kita pandang orang semua tak elok.
Dia kirim bubur kacang .. kat kita melalui anak bongsunya Darjah 1 pun .. kita kata .. manisnya bubur kachang mak kau niiii…
Dia kirim pisang nangka ..untuk kita buat ..goreng pisang .. waktu ..kekanda pulang dari UTHM … pun kita kata .. pisang ..ni .. lembek lah.
Pendek kata .. macam macam yg tak kena dengan buah tangan jiran kita di sebelah.
Selepas ..kita menyampah .. mengenai ..buah tangan .. jiran kita itu .. mulalah ..episod yg menggerikan yg dipanggil .. mengumpat/ back bitings.
Mengumpat ialah .. kita bilang 1-2-3 keburukan sifat sifat jiran kita seperti:
a) Limah .. pendek
b) Limah .. gigi jonggang
c) laki LImah tak handsome macam abah dia ni. Kaki laki Limah panjang sebelah ..
d) laki LImah drebar bas jer sedangkan ..abah dia ni .. konduktor bus jugak (ha.ha..ha)
e) anak Limah cacat .. bahagian mukanya. Ada tanda tahi lalat atas bibir mulut sebelah kanannya itu. Besar tahi lalat itu tau sebesar bola World Cup di Sepanyol tu .. OMG?
f) dan bermacam macam lagi.
Yang bagus .. tukang mengumpat ini .. suka pergi umrah setiap tahun. Januari .. dia dan suami pergi umrah/
June pergi Umrah .. dan Disember setiap tahun pergi umrah. Walaupun dia konduktor bus .. dia ada kebun sawit .. pusaka ..peninggalan arwah ayah dan ibunya. Banyak hasil sawit. Makin banyak mereka mengumpat .. makin banyak buah sawit ..yg dapat dipungutnya dan dijadikan modal untuk gi umrah. Pendek kata .. semua org tahu .. mereka adalah orang terkaya di kampung Sawit ini.
Mengikut satu hadith : JIka kita mengumpat jiran tetangga kita .. semua amalan baik kita buat .. semua akan dikreditkan ke dalam akaun Limah itu. Dan semua dosa Limah .. masukkan ke dalam akaun kita. Aduhai sedapnya .. amalan umrah mu itu/
He..he..
pendek kata ..jiran kpd Limah .. jadi orang bankrupt di akhirat kelak. Itulah intipati .. hadish Rasulullah s.a.w itu. Esok akan saya bawa .. rujukan hadith soheh ini.
Bagus ke begitu?
Rugi benarlah kita .. kita kuat sembahyang tahajud, witir, duha .. subuh berjamaah, zohor berjamaah , asar berjamaah , maghrib berjamaah .. dan isyak berjamaah .. tak cukup dgn itu .. kita suka dengar imam besar masjid Mekah bertazkirah .setiap pagi selepas subuh.
Sayangnya .. mulut kita jahat. Kat Malaysia ..mulut kita tak diam diam ..mengumpat .. Limah .. dan di Mekah , Madinah pun … mulut kita jahat ..tak habis habis ini.
Akhir kata.
bila mati kelak .. kita mati sebagai orang yg muflis. Kita perasan ..kita orang lebai kerana setiap tahun kita gi mekah dan madinah .. malaikat di sana ..kenal kat kita .. setiap masa dan ketika ..
tetapi sayangnya
di saat saat kita berjumpa Allah kelak .. kita kembali ke pangkuan Allah sebagai org yg bankrupt ..dan dilontarkan ..ke dalam api neraka.
A u zu billah .. min zalik.
Sekian. Kita amalkan .. jangan lah kita mengumpat .. jiran tetangga kita/ kita anggap mereka sebagai saudara kita. Bila kita beragama islam ..jiran ..kita kena anggap sebagai .. adik beradik kita.
Ok tak gitu?
Sekian.
Wallahu aklam… p/s: orang politik .. suka buat ketupat siang dan malam. Awaslah.. saudara saudari ku sekalian.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/04/kesan-cemburu.html