Ketenangan ..
Salam
Semua orang mahu kelihatan tenang sepanjang masa. Orang budha mahu ketenangan. Orang hindu pun maahu ketenangan juga. Begitulah juga orang melayu islam kita. Ketenangan menjadi fokus semua orang di Malaysia dan seluruh dunia.
- Semlam aku berkesempatan menadah telinga mendengar ceramah agama .. di Masjid Kampung Sireh, KB. Masjid Sultan Mansor.
Intisari pengajaran ialah:
2.1 ketenangan datang dengan zikirillah ..banyakkan ingatan kepada Allah. Melancung ke sana sini dan meninggalkan solat tidak menjanjikan satu ketenangan yang hakiki (total). Ada yag hilang semua beg pelancungannya. Ada yg terlibat dgn kemalangan dan kesusahan maklumlah ..negara luar tak se aman tempat kita. Makan minum pun susah. Orang islam tersangatlah cerewet pasal memakan. Elok jangan ke mana-mana. Semua berehs!
2.2 bila belajar ..berniat menuntut ilmu kerana Allah semata mata. Bukan untuk mendapatkan gaji yang besar dan sebagainya. Ramai dah kita saksi ..graduan yg belajar tinggi tinggi .. berhajatkan gaji tetapi ..kesudahan mereka tidak dapat sebarang pekerjaan pun. Terbaik ialah mereka berada dlm dunia bisnes online, menjual insuran, kereta terpakai atau .. jaga anak orang tetapi disebut nursery agar nampak glamor sedikit. Walhasil .. tidak dapat jawatan DG41 , F41, N41 dan sebagainya.
2.3 bila belajar agama di pondok. Kita dianggap buat kerja agama. Orang buat kerja agama ..Allah tidak akan biarkan mereka begitu sahaja seperti layang-layang putus talinya. Adalah pekerjaan yg menunggu mereka. Allah tetap akan menolong sesiapa yg mahu menolong menyebarkan agamanya. Pokok pangkalnya ..kita hendaklah bertakwa..jika ada takwa ..sudah pasti Allah akan sediakan satu pintu khas ..rezeki yg tak terfikir oleh kita.
Allah hu Akbar!
Sekian.
Patukan jari saya ke atas papan kekunci ini berhenti sekejap.
Wallahu aklam bis asawab.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/03/ketenangan.html