Keupayaan otak manusia
Salam
Ada sebuah lagi buku yang saya baca dari Levine 1994 Problem solving. Jom bacalah.
Manusia mempunyai otak kognitif dan otak emosi. (Levine, 1994). Ms 125Otak kognitif membantu manusia dalam proses memahami sesuatu masalah yang perlu diselesaikan. Untuk maksud itu, otak kognitif memerlukan ilmu dan saluran komunikasi yang khusus supaya maklumat dapat disampaikan secara terbaik. Jika otak kognitif mempunyai banyak saluran , ada kemungkinan penyelesaian sesuatu masalah tidak dapat dibuat secara terbaik. Banyak sumber dan tidak fokus. Sebab itu ada istilah ..budak melayu panggil ‘blur’. Oleh itu, otak kognitif menghargai penciptanya jika dia dibekalkan dengan satu saluran sahaja untuk maklumat mengalir dari sumber menuju ke destinasi dalam otak itu sendiri pada satu satu masa dalam proses penyelesaian masalah. Mata dan nalurimanusia bila menerima sumber maklumat , ini dibawa oleh saluran otak menuju ke destinasi di mana proses pengecaman berlaku (image recognition) . Imej yang dihantarkan ke otak akan memaksa pangkalan data yang terkandung dalam memori primary dan sekunder tersebut untuk mengecam imej tersebut. Jika benar, maka imej mendapat respons positif untuk segala kelangsungan hidup manusia. Jika tidak, imej baru ini akan disimpan dalam pangkalan data ingatan sebagai item/ data terbaru untuk proses kehidupan seterusnya. Oleh sebab itu PnP guru matematik memerlukan gambar rajah untuk membantu pelajar pelajarnya memahami masalah matematik yang payah payah. Dengan bantuan gambar rajah, separuh peperangan sudah berjaya diatasi oleh guru tersebut.
Otak emosi ialah manusia meneruskan kehidupannya berdasarkan budaya, agama dan adat resam masyarakatnya sejak dahulu hinggalah ke hari ini. Walaupun , otak kognitif memahami bahawa lelaki memerlukan seorang wanita dalam konteks nafsu kehaiwanan , otak emosi diperlukan di sini sebagai perisai terakhir sebelum berlakunya sebarang kejadian yang tidak boleh diterima dalam masyarakat mulia. Ramai Brigedier General tentera USA/ dibuang kerja kerana wanita. Tanpa kewujudan otak emosi (dalam konteks agama islam dipanggil keimanan) , tamadun manusia boleh terjatuh ke tahap kehaiwanan. Otak emosi membekalkan pangkalan data merangkumi adat resam, budaya dan hukum hakam agama secara sejagat dan ini dikenali sebagai ketakwaan dan keimanan. Disebabkan otak emosilah , wanita sanggup menyaman seorang lelaki sebagai perogol, penzina atau pembunuh di mahkamah tertinggi di negaranya sehinggalah lelaki itu menerima hukuman setimpal.
Oleh itu manusia memerlukan kedua dua jenis otak ini supaya manusia terus langsung (lestarian) hidup secara aman, harmoni dan dimuliakan.
Rujukan: Levine, M.(1994). Effective problem solving. 2ndED. Englewoods Cliffs: Prentice Hall
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/05/keupayaan-otak-manusia.html