kilang roti di Palestin?
Salam
Jumaat yg lalu 13 Disember 2015 .kami bersolat jumaat di Masjid Jamek Sungai Gelugok, pulau pinang. Kebetulan anak sulong ku baru pulang dari London. Menantuku yg ke-empat pun ada , kali pertama melawat Pulau Pinang. Maka seronok jugak sebagai bapa/ mertua.. bawak mereka ke masjid ini.
- Khatib ..mulakan khutbah .. dgn khabarran .. umat islam cukup ramai .. tetapi .. tak hebat mana pun.
Mereka seperti buih-buih di lautan ..dan ramai mereka seperti pasir pasir di persisiran pantai dari Thailand ke Singapura. Buih laut .. wat apa dgn buih ini? tak ada guna pun.
Mengapa tak kuat umat ini? ..kerana .. mengikut hadith nabi .. kito gila dunia dan takut mati.
Khatib menyambung lagi cerita benda ini ..telah dibincangkan … 7 - 8 dekad yg lalu ..umat islam lemah dan miskin segala segalanya. Dengan nada bersungguh -sungguh dgn cerita di atas … marah jugak hati aku .. babi apa dio ni nak cerita benda alah ini? Robin Hood pun tahu ..begitu jugak Tom Sawyer .. Dia teruskan lagi khutbah jumaatnya .. bagus bicaranya ..
Ada orang dari sini hantar sekeping surat kpd .. sheikh mekah mukaramah .. dan mcm mcm. Ingat Sheikh arab nak hantar 5 bilion ringgit kpd khatib ini . Ha..ha.. ha..
Balik-balik ..memang kita umat islam cukuplah ramai 1 bilion ..muslim ..tetapi kita kaprak punya.. khatib ulang benda ini 30 kali dlm khutbah. Tengok istilah ‘kaprak’. Sakit hati jugak ..panas telinga aku lah.
-
Alih ..alih .. dkt dkt penutup bacaan khutbah itu Bahagian 1 ..dia cerita ..nak bukak kilang roti ..tolong orang palestin pulok doh.
-
Aku rasa ..apa punya khutbah ini punya finishing lines/ kata kata penyudah.
-
ingat ..nak ajak kita orang .. berjihad .. mcm mcm lapangan. Tiba-tiba kilang roti palestin.
“… untuk maksud itu ..satu tabung ..disediakan di belakang masjid ini ..mintak tuan tuan hulurkan bantuan kpd kami ..kita nak bina kilang roti untuk rakyat palestin…”.
Aduhai. yahudi bedil masjid Al Aqsa dah ..brother ..nanti yahudi bedil kilang roti sekali kali dgn mu teh..
Rumusan cerita : dari tangga masjid ..sampai kepada atas mimbar ..org org kito ..dok asyik pikir .. cari pitih hasil sumbangan org rama jer. Tepi tangga ..ada pompuan myanmar .. meriba anak pompuannya .. mintak sedekah / bantuan gak .. after solat ..budak itu dah tidur nyenyak punya .. (mesti diberi ubat tidorlah ni ..)
Pikir pasal pitih jah. Itu di Penang .. 24 jam kemudian …kami di kota bharu, kelantan.
- Aku gi ..makan mlm .di restoran WCY .. bawak anak bini .. belum apa apa pun ..datang seorang pemuda 13 - 16 tahun .. bawak surat kelulusan dari majlis agama ..nak mintak derma dgn pengunjung-pengunjung restoran .. nak bina pondok tahfiz quraan ..di Kedah sana.
Belum makan apa apa .. bini aku dah sedeqahkan duit untuk pemuda tadi. Buah tangan yg bini aku dapat .. sekeping kalendar islamik.
after makan .. kami bayar rm31.50 // cekik darah .. 3 nasi, 1 sup daging/ 1 telur dadar / 1 kangkung belachan goreng / 3 air suam ..kos semua rm31.50
terkejut aku. Dulu rm25 .00 pun dah mahal benda makanan ini di kelantan ini.
tetapi restoran wakaf che yeh .. cekik ..tekak dan cekik darah pelawat pelawat org org ..luar atas dasar .. mari mari .. negeri islam che siti wan kembang.
Kami bincang lamor lamor jugok lah mengapa mahal sangat .. charge bill makanan tadi.
Rumusan ialah .. muslim kito .. peduli apa. Yang penting buat duit sekarang. Bila lagi.
Menyesal aku suruh anak aku yg bayarkan bil restoran itu. Kalau aku sendiri ..sudah tentu ..payah ..aku nak serahkan rm31.50 untuk set makanan tersebut.
He..he.. he.. memang sekarang .. org org kita asyik mintak derma sahaja. Waktu siang mintak derma ..waktu malam pun mintak derma. Satu golongan lain peroh pitih dari orang ramai.
Rimas rimah rimah ramas lah.
Asyik pikir duit jer .. mana gi sumbangan zakat harta kita kpd kerajaan untuk rakyat ini. Adakah islam ..agama yg miskin, dhaif .? . promote budaya meminta minta .. patutlah mualaf .. ada yg .. baru jer masuk islam ..sudah mahir mintak derma ke sana sini merata rata. Malulah sikit kawan-kawan ..
Budak budok ngaji pondok ..dilatih mintak derma ker? Ok ker .. dalam sukatan pelajaran mereka ker? cara cara mencari sumbangan .. aduhai kasihannya.. org org meminta minta ini tak akan maju ..selalu rasa rendah diri. Org rendah diri .. tak leh .. membelah ombak .. mengharungi cabaran yg bertalu talu datang dari dunia yahudi, kristian dan ..hipokrit ..
Sekian.
Buatlah renungan abang .. Tukang promote kilang roti di Pelestin itu jugak. Berilah kami relax minda ..jgn usik duit kami. Kami nak bersolat jer. can?
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/12/kilang-roti.html