Kita diberi pilihan
Salam
Manusia diberikan akal untuk memilih. Di sekolah , dengan wang saku yg sedikit ibu ayah mengajar kita untuk pandai membuat pilihan dengan berbekalkan wang yg kecil. Pada tahun 1975 aku berada di STAR Ipoh. Aku bawa wang rm20 sahaja untuk hidup selama 3 bulan. JIKA WANG tidak mencukupi, aku menulis surat kpd ayah untuk mendapat wang lebih untuk membeli buku buku rujukan dan buku kerja. Dalam keadaan begitu aku hidup selamat dan berjaya dlm peperiksaan besar dan syukur dgn bantuan kerajaan aku ke luar negara untuk belajar degree dan masters. A
lhamdulilah. Dengan ilmu asas pilih memilih kita berjaya.
-
tetapi bila dewasa kehidupan kita berubah. Dahulu selamat dgn wang bekalan sedikit kpd kehidupan serba bahaya kerana kita silap membuat pilihan. Kita tak ikut ilmu asas yg kita dilatih di rumah ibu dan di perikgkat sekolah. Dulu kita adalah anak yg taat. Kita faham kita mesti belanja mengikut wang yg ada dlm poket kita.
-
agh..cepat sungguh kita berubah. Dulu kita tidur lena tanpa hutang. Sekarang kita tidur ayam..selalu berjaga jaga memikrkan hutang. Bila mahu langsai hutang ini?
ramai kawanku mati dlm hutang yg tak langsai. Kasihan mereka.
mengapa begitu? Kalau dianalisa secara rapi ..si mati org org pandai. Jawatan pun besar. Dulu dia cakap besar. Bukan mulutnya besar..isterinya pun besar. Rumah besar. Pagar rumah besar. Kereta besar . Makan minum pun ..wushhh..tak main dgn nasi berlauk ikan goreng dan sayur kangkung dan kicap cina. He..he..dia pilih semua benda besar termasuk belanja yg besar. Sekarang pihak bank sedang tarik satu persatu harta hutang peninggalannya. Pertama kereta, kedua perabut Italy dan ..tak lama lagi mungkin rumah dia. Semua ni..berlaku di hadapan isterinya yg berbadan besar dan anak anaknya..yg diasuh untuk berselera besar. Siapa salah ini?
adalak kerajaan yg salah atau kita sendiri yg salah?
mengapa salah ini? Jawapan tepat ialah kita salah pilih rupa rupanya.
pada peringkat paling bawah ..kita silap memilih makanan, pakaian, perabot dan jenis perumhan. Pendekata kita buat pilihan yg serba serbi salah. Kita tak ikut nasihat ayah. Pilih kawan sayang.
kita tak ikut nasihat guru matematik. Kita belanja ikut budget yg ada.
kita tak ikut ..ilmu yg kita belajar bergelar kajian feasibiliti..kita pandai atas kertas peperiksaan sahaja. Bila amali..kita hancur. Mengapa ya? Betul kita tak pandai pilih kita lalai membuat pilihan. Kita tahu..bila badan besar..banyak kain kita kena beli..untuk buat baju kurung hari raya aidil fitri. Bila badan besar..seluar jeans semua ketat. Nampak sangat kita tak selesa memakai jeans yg ketat. Bila saiz kaki gred 10..tidak ada kasut BATA ma. Terpaksa order online. Bila banyak online..kitaa jumpa kawan baru..bernama kad kredit. Astaghfirullah..angkara online shopping dan kad kredit..hidup kita hancur, kita rujuk kpd satu kampung bernama syaitan dan nafsu kita. Dlm kampung ini ada lagu..
ada lagu..
dont worry, be happy.
Lagu ni dimainkan di seluruh dunia. Ramai orang syonok mendengar lagu ini. Dont worry be happy.
lantas..
kita berkeadaan begini.
Kerajaan kita apa kurangnya! Dulu mana pulak kita pernah dengar hutang negara mencicah rm500 bilion. Sekarang dgn pakar ekonomi, gabenor bank pun ..semua dah mula hancur.
Dulu mana pernah..kita dengar Perdana Menteri bercakap pasal kangkung dalam mesyuarat besar besar..sekarang alih alih ..mulutnya tiba tiba tersasul..bilang itu punya sayur belakang rumahku ada paya.
Dulu kita main bola dgn jerman, amerika syarikat dan maghribi. Standard PERMAINAN BOLA kita ..sangat hebat. Kita tak pandai makan kangkung. Sepakan gol kita..kadang kadang terbang jaring gol dibuatnya. Mengapa? Mereka tak makan kangkunglah.
sekarang kita main bola dgn geng sekampung je. Bulan 2 kira main bola dengan Singapura. Kita menang. Mari bulan 8, kita main bola lawan Singapura juga. Kali ni..dia pulak menang. Mereka makan susu dan sayur gred sikit tinggi iaitu lobak dan buah buahan oren sunkist dan anggur besar besar. Tak dtg dah team bola dari Jepun Dan Korea Selatan. Yg datang team team bola yg baru ..settle kes kes peperangan contohnya Vietnam dan Kemboja. Kita tak ada pilihan lagi. Jom kita main bola. Selepas permainan kita makan nasi dan berlauk ikang dan sayur lembik kangkung bercampur sikit ikan bilis atau udang kering n belacan. Masya allah sedapnya.
- abang, kakak dan adik adik ku
dalam matematik ada topik bernama pilihatur dan gabungan. Permuatation dan combination.
intipati bab ini..ialah kita mesti pandai buat pilihan.
Then hidup kita akan jadi alright punya.
insya allah.
sekian. Belajar dan amalkan ilmu pilih memilih ini dgn baik. Then doa dan duduklah baik baik dgn pasangan masing masing.
wasallam.
wallahu aklam bis sawabbbb
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/02/kita-diberi-pilihan.html