Kita harus banyakkan taubat dan istighfar
Salam
Dalam kitab tadi .. ustaz mengajak kita (ahli jamaah Masjid Jameek Tanjung Kling, Melaka) …banyakkan bertaubat / istighfar ..
dan janji tak mahu buat lagi dosa dosa tersebut dipanggil maksiat.
Apakah dosa kita?
Ada 5 pagi pagi begini. Sebenarnya banyak. Tetapi disebabkan jari kita 5 ..di sebelah tangan kanan ..jom kita bilang dosa kita ada 5 dahulu yer.
(i) syirik - kita anggap benda lain lebih hebat dan berkuasa dari Allah Taala. Contoh ..dengan adanya suami di samping kita .. kehidupan isteri sudah ok lah/ kita anggap dengan kelulusan tinggi .. kita boleh hidup senang lenang dah // bila ada duit banyak dan paip air bertukar kepada paip petrol ..kehidupan kita sudah senang lenang dahlah .. bila ada anak anak ramai .. yg mana majoriti sudah bekerja bagus bagus ..kehidupan kita mak ayah dah ok dah …../ bila buah sawit selalu dapat harga tinggi dalam pasaran dunia .. kehidupan kita makin senang dah … SEMUA ini digelar syirik/
Yakin / iman ialah ..Allah sahajalah .. yang mesti kita yakin 100%. Bukan benda benda lain. Allah Maha Berkuasa .. makhluk tiada kuasa apa apa pun.
Orang yg mati dalam keadaan bersyirik kepada Allah ..tidak dapat syurga.
(ii) lawan ibu ayah dalam aspek .. mentaati hukum hakam Allah .
Contoh ..mak ayah mintak kita sembahyang awal awal waktu. Tetapi kita tetap sembahyang subuh gajah .. jam 1030 pagi ..subuh kita . Bukan 1 hari ..sejak dahulu kala lagi/ time exam akhir semester ..menjadi jadi sembahyang gajah ini.
kita tak beratkan ..suruhan ayahanda..mintak kita tutup aurat // kita asyik nak tayang ..punggung kita bersaiz kecil dan sedap dipandang oleh orang ramai ..walaupun anak dah 8 orang. Kita berlawan dengan anak anak dara kita pakai seluar jeans ketat ketat .. o yes ..dari kedai bundle.
sepanjang jalan ..kita kutip dosa. A u zu billah.
(iii) kita tak kesah … asyik menipu ..orang membeli kat kedai beras kita.
Sukatan kita tak cukup. 1 gantang beras kita jauh lebih ringan dari 1 gantang orang lain.
Kita fikir .. cara menipu dalam sukatan beras ..kita akan jadi kaya raya .. dapat gi umrah/ haji .. setiap tahun. Pakai package RM40,000 se orang .. time haji. Hush ..duit kau banyak Minah!
Banyak duit ..haram kerana kita menipu pembeli.Ini baru kes .. menjual beras. Belum lagi kita masuk dunia bisnes restaurant di sana sini. Kos makan sebenar ialah RM45 satu keluarga pada satu meja .. tetapi kita cakap RM48 kepada si ayah itu. Kita yakin kita akan jadi kaya dengan RM3 itu ..Sebenar itulah harga satu tempoh masa dalam neraka. A uzubillah.
(iv) janji selalu dimungkiri.
Dulu kita janji ..nak buat rumah kat kawan dengan harga sekian dan sekian.
Bila time projek dah hampir hampir selesai ..kita bilang 1-2-3
kos sebenar simen dah naik dah tuan haji / harga besi dah naik dah tuan haji //
dalam proses pembinaan rumah ..kita tak ikut speksifikasi .. kita selalu buat jalan pintas ..nak cepat kaya.
banyak duit kita ..yg mana kita anggap untung bersih..rupa rupanya ..semua dah dikira haram oleh para para malaikat ..
Itulah dosa pemaju perumahan/ kontraktor .. renungkanlah. Banyak projek di tanah air bergelar negara islam contoh di dunia ini jatuh satu demi satu. Sedap kita bilang .. projek jatuh one after the other.
(v) kita janji nak pergi haji ..bawak mak ayah ..semua kos ditanggung BEREHHH
tetapi .. tiba tiba.. bila nak fly to Madinah .. kita pura pura sakit , sibuk dan macam macam lagi.
Kita selalu hampakan harapan ibu dan ayah.
tanah orang kita ambik secara sembunyi sembunyian. Kita ingat kita lah pandai ..juru ukur tanah/ juru ukur bahan/ rupa rupanya kita sedang menempah tempat dalam api neraka. Bukan untuk kita jer .. bahkan satu keluarga, satu kabilah ..kita bawak sama ke dalam api neraka. Tak takut tuan hamba?
Aduhai.
So ..jika kita seorang ayah ..besarlah ..beban kita ..memastikan anak anak isteri kita terlepas dari azab Allah. Tangan kita banyak memainkan peranan.
Sekian.
Saya mengajak diri saya dahulu .. timbang taralah..amalan-amalan mu itu .. muhasabah diri sebelum
tubuh kita diistihar ..satu mayat .. melayu mati .
Yang baik baik dari Allah ..yang tak bagus bagus itu .. semua adalah kelemahan saya sendiri.
Saya mintak ampun mak ayah.
Wallahu aklam bis sawabb.
Rujukan:
Jabatan Agama Negeri Johor ( ). Kitab 40 Hadith Soheh.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/06/kita-mesti-banyakkan-bertaubat-dan.html