Kitab itu kata apa ..


Update terakhir:

Salam

Sebelum berbuka puasa , kami anak beranak akan berkumpul di satu  meja makan utama.  Menunggu makanan dan berbukak puasa dengan anak-anak.

Selalunya 20 minit kami menunggu untuk berbuka puasa.  Sebagai ayah .. saya membaca kitab fadhail amal karya Maulana Zakaria (Shaharanpur, India).  Dalam kitab itu .. tertulis ..hadith hadith Nabi Muhammad s,a.w.

semalam .. hadith berkenaan dengan ..  intisarinya ialah ..

' sudah datang .. satu bulan yg penuh berkat ini ..di mana …
amalan sunat malaikat akan angkat ke hadrat Allah sebagai amalan fardhu …
dan amalan fardhu .. malaikat akan angkat ke langit ke hadrat Allah sebagai 70 kali amalan fardhu ..
dan pada bulan ini lah ada terdapat satu malam dipanggil malam lai latul qadhar …
malam ini ..dipanggil night of powers ..  amalan seperti 1000 bulan ..atau 83 tahun ..panjang tempoh ibadahnya…

"

beruntung sangatlah kita bersungguh-sungguh kita amalkan ..  amalan amalan yg mulia ..seperti membaca Al Quraan , berzikir dan ..  nasihat menasihati sesama insan.

Sebagai ayah ..inilah masa terbaik ..kita membina fikir anak anak ..

sebagai ayah kita bertanggung jawab sepenuhnya ..

amalan amalan anak anak kita bermur 15 - 25 tahun ..selagi dia tak kahwinlah.

Kalau dah khawin..  semua amalan amalan dia ..si suami dia lah yang akan pikul sepanjang masa.

nasihat:

(i)  kita kena ingat Allah Taala sepanjang masa
(ii) kita akan disoal sejurus selepas kita mati ..siapa ROBB kamu?  Allah
(iii)  kita kena hormat ibu ayah kita ..  bila ibu ayah dah mencapai umur tua ..  jaga lah mereka dgn baik.  Syurga dijamin untuk anak anak yg mmengambil berat berkenaan dengan ibu ayah mereka.  Rugi besarlah kamu ..  jika mak ayah kamu ada disamping mu …  kau endah tak endah sahaja ..  inilah peluang kau ..berbakti dgn ..  mak ayah engkau .. tak rugi anak anak ku.  Ganjarannya SYURGA.  lagipun .. tuhan buat hidup ini sebagai satu roda kereta kuda.  kau layan mak ayah kau dgn baik ..baik /esok anak anak kau pulak akan layan kau bagaikan raja dan permaisuri jugak/  balasannya SYURGA wahai anak anakku.

(iv)  cakap dgn elok dgn org org tua mu.  kalau dia mintak burger ..belilah. Tak mahal pun RM3/  sekeping settle/  kalau mereka ajak kau pergi umrah ..  dan hajj ..  pergilah ..bukannya mahal sangat sehingga RM500,000 pun.

(v)  ke mana mana kita pergi .. kalau gi shopping di Los Angeles, Paris dan London ..  belilah .. ibuayah mu ..  sandel kasut SCHOLL atau CLARK.  Ayah suka warna BROWN tau

Gitulah ..  kita berperanan sebagai ayah/ mak masa nak berukak puasa.

Impaknya sangat besar ..  buat sellalu selalu .. insyallah anak anak kalian ..tak akan terjerumus dalam kancah maksiat, dadah atau ..  gila dengan bola sepak Red Warrriors pun.  Lagipun kita jimat duit .. tak yah hantar anak anak ikut program Summer Camps apa apa .. kerana tarbiah akhlak dan agama kita dah mula dalam rumah kita lagi.

kat mana tu?  kat meja makan utama ..dalam rumah kita sendiri.

Sekian.  Saya dah buat gini .. tuan/puan bila lagi ?  please.

Yg baik dari Allah ..yg tak baik ..baik sangat tu ..SORRY .. sangat sangat lah .. Maklumlah perut saya lapar niiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Walaalhu aklam bis sawabbb

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/07/kitab-itu-kata-apa.html