Komen Plan Pendidikan Negara 2013 - 2025


Update terakhir:

Salam

Rasa-rasa baguslah kerana ada sebab nak suruh guru-guru/ Pensyarah IPG/ pensyarah politeknik KPTM/ pensyarah kolej komuniti KPTM sibuk sedikit maklumlah ..gaji kalian semakin tinggi dan tinggi selari dengan kenaikan harga minyak petrol RON97 dgn harga RM3 / liter dan petrol RON95 harga 1.95rm/ liter.  Rumah teres 2 tingkat di Sendayan Baru Seremban 2 RM280,000 se unit.  Bagus bukan?  Rumah itu dibbuat dgn batu blok yg simple sahaja.  Ajaib!  280K  rm sebuah.

  1.  Bila ada pelan raksasa baru kita warga guru .. ada sedikit wawasan .. kena sambung belajar ke peringkat ijazah pertama/  masters/ PhD/  dan post doctoral.  Tetapi saya rasa .. dugaan ..  payah sedikit kerajaan  nak implementasikan kerana ..

beberapa faktor utama:

2.1  sikap ‘complacency’ atau dalam bahasa german kelate ‘sikap lembu kenyang’

sikap ini wujud bila guru membina rumah dengan kos RM200,000 ke atas di kampungnya sendiri pada umurnya menjangkau 30 tahun.  Sekolah atau politeknik terletak berdekatan dengan rumahnya.  Tambahan pula pasangan hidupnya membuka taska/ nursery/ sekolah tahfiz/ syarikat insuran  berdekatan dengan rumah dan politeknik.

Bila keadaan ini timbul .. wujud satu senario .. kerja kerajaan seperti guru/ pensyarah politeknik / kolej komuniti merupakan kerja sekunder (kerja sampingan; fixed asset)..untuk membayar hutang rumah teres 2 tingkat dan hutang kereta gi mari .. sedangkan fokus utama pasangan ini  ialah .. membesarkan kerja sampingan ..iaitu .. biar sekolah tahfiz / nursery / taska semakin popular dalam kalangan komuniti dekat dan jauh.  Bila ini berlaku .. payah untuk mereka meningkat ilmu profesionalisma .. berkaitan dengan gelombang pertama/ kedua dari pelan raksasa yg dilancarkan oleh Dato’Seri Muhyiddin Yaseen semalam 11 September 2012 di PWTC, Kuala Lumpur.  Mereka payah nak mengikuti kursus 3 - 4 hari di Kuala Lumpur .. untuk menaikkan ilmu dan sikap profesionalisma .. seiring dengan hasrat kerajaan.  Arahan ketua .. mereka akan lawan dengan cara mencari guru/pensyarah  baru sebagai ganti tempatnya ..  alasan: anaknya sakit, nursery tak ada orang nak kendali, suaminya ada penyakit ‘tuan’  dan mcm-mcm alasan yg lain.

2.2  peratusan guru guru senior ( umur  35 - 55 tahun ) dalam KPM adalah besar

Guru-guru senior mempunyai sikap tersendiri.  Contoh sikap yang saya maksudkan ialah .. mereka merasa bahawa teknologi komputer bukan untuk mereka kerana .. selama ini mereka sudah selesa mengajar subjek matematik dan sains dan BM tanpa bantuan komputer/ internet.  Mereka beranggapan .. generasi guru yg muda berumur 23 - 34 tahun sahajalah ..sesuai bekerja dengan bantuan komputer/ internet.  Oleh itu ..  pelan raksasa akan dipikul oleh guru guru muda sedangkan guru guru senior akan memantau sahaja.  Perkataan yg tepat bagi memantau ialah .. lembu punya kerja sapi dapat namalah.

Oleh yang demikian ..saya berpendapat .. pelan raksasa ini dapat dijalankan dgn jayanya jika:

(i) guru berumur 25 - 35 tahun tidak bekerja berdekatan dengan kampung halamannya.  Biar first second posting..  mereka bekerja di luar dari negeri mereka.  Dengan cara ini .. mereka dapat belajar budaya orang luar bekerja dalam konteks .. budaya opis ala kuala Lumpur / Kementerian dan sebagainya.

Contoh:  jika guru adalah asalnya Terengganu ,  sejarah pendidikan  sekolah rendah n menengah di Terengganu, masuk Kuittho berkawan, tidur sebantal dengan pelajar Terengganu dan Kelantan dari semester 1 diploma hinggalah semester 7 ijazah sarjana muda , posting pertama Dungun .. kawin pulak dengan pasangan dari Kemamang ..  , mak ayah hadiahkan tanah sekeping di Dungun pula .. maka pengalaman dan budaya kerja guru ini ..adalah terhad dan tersangatlah terhad.  Mereka berfikiran bahawa Bahasa Inggeris tak perlu sangat untuk hidup selesa dalam PnP Politeknik Dungun dan seterusnya.  Lainlah kalau orang Terengganu .. kerja di politeknik Shah Alam/ Kuching .. jadi pegawai LI di Shah Alam/ Kuching  5 - 8 tahun..sudah tentu .. budaya kerjanya berbeza dan perspektif keberlansungan hidup berlainan dimensi dengan orang .. serba serbi Terengganu ..

Pelan pendidikan raksasa di atas boleh berjalan dgn baik ..jika .. budaya kerja kita .. setanding dengan budaya kerja orang Singapura/ Korea Selatan/ Jepun .. barulah .. akan terhasilnya .. produk (pelajar-pelajar Malaysia) yang setanding dengan pelajar Singapura , Korea Selatan dan Jepun.   Untuk makluman pelajar Singapura, Korea Selatan dan Jepun sentiasa berada dalam ranking dunia teratas sekali ..  dalam persaingan pendidikan dan kreativiti dan inovasi.  Lihat sahajalah kipas angin, penhawa dingin  kat rumah kita.  Cap / brand kipas angin adalah Panasonic, Sanyo dan Sharp Jepun .. mari .. mana ada kipas angin chap Angin, Sawan, Bayu, Goyang  dan .. apa-apalah.  Sebab itu pelan raksasa pendidikan negara ini mahu ..  kita ikut mcm orang jepun sana.

Budaya kerja kita tidak akan berubah jika .. warga guru .. khasnya melayu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis tidak mahu berubah cara berfikir dan cara kerja mereka.  Budaya kerja akan berubah jika Kementerian / Jabatan / PPD ..  bersikap profesional - tidak melayan surat-surat rayuan perpindahan mengikut pasangan guru masing-masing.  Biar KPM/ KPTM menjalankan arahan posting mengikut blue print pendidikan raksasa di atas .. mengikut keperluan semasa dan bukan mengikut emosi / tekanan politik secara langsung atau pun tidak.

(ii)  komposisi guru dalam satu sekolah adalah seimbang dari segi kenegerian..

Bilik Staf sekolah ..  biar ada guru kelantan 10 orang,  terengganu 8 orang, Sabah 4 orang, Selangor 2 orang , Wilayah Kuala Lumpur 4 orang ..

dengan cara ini cara bercakap pun dalam environmen sekolah ..ada standard piawai.  Baru nampak dan mampu kita dengar bahasa malaysia digunakan secara baik / profesional sedikit untuk panduan murid-murid sekolah tersebut.  Boleh saya bantu cikgu?

Jika komposisi staf guru adalah Kelantan 40 orang, Terengganu 2 orang, Sabah 1 orang , Selangor 2 orang ..maka cara bertutur dalam sekolah adalah berat sebelah.  Istilah kelantan budu lah .. akan diperturunkan kepada warga guru luar dan pelajar-pelajarnya dari peringkat Tingkatan 1 hinggalah 6 sokmo sokmo.  Kalau ini berlaku …mungkin .. ada akhbar parti pembangkang ..akan menjadi sumber rujukan guru-guru dan ustaz untuk berdialog dan berbahas.  Ada kemungkinan guru akan  bertikam lidah dan  mcm-mcm lagi lah.  Gelombang biru, hijau dan kuning!

(iii) guru bakal pencen diminta menulis 1 buah buku berkenaan dengan subjek kepakarannya.

Seorang guru yg bakal pencen akan menulis 1 buah buku setebal 50 - 200 muka surat. Tidak tulis buku ..jangan beri mereka pencen.   Jika tahun ini 2012 ada 10,000 orang guru yg akan pencen ..maka KPM/ KPTM akan mempunyai 10000 judul buku yg bakal dijadikan bahan rujukan oleh generasi muda 2012 - 2025 yg akan datang. Kos buku ini akan mengurangkan ..kos perbelanjaan perpustakaan seluruh negara dalam kawalan  KPM/KPTM.

Dari 10,000 buah buku setahun ini .. mungkin ada 100 buah buku yg boleh diklasifikasikan sebagai bahan bertulis bermutu tinggi.  Hasil jualan buku buku ini boleh digunakan untuk menampung kos .. naik taraf perpustakaan sekolah dan sebagainya.  Dari 100 buah itu , mungkin ada 2 - 3 buah buku terbaik untuk dimartabatkan sebagai buku karya asli.  Boleh buat terjemahan dan jual kepada Brunei, Indonesia dan Afrika Selatan.  Dulu ada guru geografi ‘Goh Cheng Leong’ menulis buku .. dan bukunya dipasarkan keseluruh benua Afrika.  Kerja terjemahan ..kita bagi kepada pelajar Tingkatan 6 atas yg sedang menunggu keputusan peperiksaan. Bahasa inggeris diperlukan.  Baru ada ..siknifikan kepakaran B.I pelajar pelajar kita.   Kalau pelan ini diambil ..baru nampak … ada bagus pelan raksasa pendidikan negara kita yg tercinta.  Jika tidak ..kita telah kehilangan peluang ..membudayakan usaha murni menulis buku dalam kalangan warga guru emas kita.

Insya allah kita akan berjaya jika perkara di atas dapat diberi perhatian oleh pihak kementerian.  Menteri Pendidikan Malaysia mampu senyum sokmo sokmo ….

Wallahu hu aklam.   p/s:  maaf saya pinta.  Selamat Hari Raya sahabat-sahabat guru ku sekalian.  Maaf zahir dan bathin.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/09/komen-plan-pendidikan-negara-2013-2025.html