Kompas diri
Salam
Kalau bawak kereta ke luar stesyen untuk ke sesuatu destinasi tertentu kita akan menggunakan GPS. Geographical Positioning System. Tak sesat kalau kita gunakan GPS di dalam kenderaan kita masing-masing.
Tanpa GPS susahlah sedikit ..asyik tanya orang sahaja.
- Kalau diri kita mukmin ..apakah alat untuk menentukan kita sampai ke destinasi bahagia - iaitu ke pangkuan Allah kembali?
Bila mati ..org sebut dari Allah kita datang ..kepada Allah lah kita kembali. Kita dari tanah dan kpd tanah lah kita kembali.
Antara tempoh masa tarikh lahir hingga ke saat mati ..apakah kompas yg telah kita gunakan selama ini?
Jawapannya kompas itu ialah IMAN.
- Bila iman kuat kita tahu .. ibadah kita siang dan malam ..akan sampai atau tidak kepada satu keadaan Allah redha kpd kita.
Bila iman tak kuat ..kita tinggalkan sembahyang, kita pinggir diri ini dari majlis ilmu, tak berpuasa, tak tutop aurat, kita hidup macam orang orang kafir , makan minum tak tahu punca halal atau haram ..bila mati .. sudah tentulah kita tidak akan dapat hadhir kpd pangkuan Allah dgn keadaan Allah redha (happy) kpd kita.
Topik khutbah hari ini di masjid glugor ialah KOMPAS - IMAN - Ibadah - Mati.
- Kalau muslim , tetapi tak sembahyang .. something wrong dgn iman / kompas kita.
Kalau muslim, tetapi rasuah, menipu, mengkhianati orang lain, buat zalim kpd orang lain, tak bayar hutang cina, tak bayar roti india di Taman Perumahan, pukul anak isteri ,, sepak teranjang bini kerana kes remeh temeh .. kompas kita has something drastically wrong.
Benda GPS rusak kita kena cepat cepat servis.
Kereta rusak ..kita bawak bengkel.
Jantung rusak ..kita guna insurans Prudential ..masuk hospital pakar.
Senjata sulit problem ..lekas lekas kita gi servis ..pak dukun siaam ..dan mcm mcm ..sayang sungguh senjatanya itu .. dilumur air liur siam tak gosok gigi 3 dekad sudahh.. hishh..kumang siam .. mu?
Kalau iman/ kompas rusak ..ke mana kita nak pergi servis kompas (iman islam) ini?
Jawap tuan/puan/ adik/ kakak / ke mana ma?
- Tidak ada tempat lain selain dari masjid Allah. rumah Allah. Masuk lah masjid dgn niat nak betulkan ibadah kita. Betulkan keyakinan kita selama ini. Yakin bahawa Allah tempat segala segala nya kita dan anak anak bini kita bergantung. Bukan suami, bukan wang gaji nya, bukan ijazah kita..hanya Allah Yang Maha Kuasa.
Jamaah dakwah dan tabligh ..keluar ke seluroh dunia nak ajak ..manusia betulkan kompas kita masing masing ke dalam masjid supaya ..kita sampai ke destinasi ..Allah redha kpd kita di saat saat kita nak mati. Kita merawat diri masing masing dalam satu tempoh masa tertentu. Orang sakit ringan ..tempoh servis 2 - 3 hari/ hospital akan discharge/ orang sakit kronik seperti barah tulang, barah otak, barah buah dada , senjata sulit nak putuh dah .. tempoh masa mungkin 4 bulan atau lebih . Tetapi hingga saat ini .. payah nak tengok masjid penuh sesak seperti stadium bolasepak Wembley, London ..kerana ramai orang leka dan tak sedar kompas mereka sudah rosak. Mereka leka dengan Facebook. Mereka leka main dgn janda/ duda orang. Leka dengan minah Mongolia. Leka macam macam leka. Baca pasal cerita Norita bermacam macam akhbar dia baco. Al Quran ..jamah pun tidak ..
Mereka terjah , mereka tibai membabi buta membawa diri .. buat itu dan ini dengan harapan .. Allah ampunkan mereka dan masukkan mereka ke dalam syurga. Pak Lebai pun dengan geng geng lebai di kampung satu hal jugok ..berdoa dan meratip banyak malam juga ..3, 7 malam, malam 40 , malam 100 ..agar arwah masuk syurga. Setiap kali mereka dihidangkan makanan yg sedap sedap selepas acara meratip .. maklumlah ..tak lama lagi …kita pakat pakat masuk syurga. Betul ke cara begini ? Dari mana kitab mu guno weh lokkk?
Ayuh tuan hamba. tak terlambat lagi ..kita nak betulkan kompas hidup kita ini. Buat semasa hayat di kandung badan.
Ayuh.
Bersegeralah.
Saya posman jer ini.
Maaf banyok banyok lah .. kita tak reti nok wak cerito ..biar jelero benar .. masuk masjid ..betulkan kompas kita ..masing masing. Saya dah sampaikan ok? ALLAHU AKBAR.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/12/kompas-diri.html