konsep partnership


Update terakhir:

Salam

Orang besar suka berpartner.  Sekurang kurangnya dia ada orang lain untuk bersama-sama menjalankan tugas negara. Besar amanah tuhan ..  jaga bumi negara islam contoh.   Nama harum kita kongsi , nama buruk bila dikecam ..kita sama-sama harungi dan terus telan hidup-hidup.

Semasa berpartner, adat resamnya ialah:
a)  ikut cara yg sama siang dan malam
b) kita buat cara, kita laksanakan rancangan itu. Mudah?
c) kita tabur janji,  kita bereshkan janji hingga PRU14
d) jangan lawan cakap partner; kerana kau itu cermin kpd tubuh badan aku juga
e) hidup mati kita berpartner rata riti , sana sini
f) satu objektif/ satu tujuan
g) kau faham bukan?  sign di sini.

Bilo  kamu lawan partner, tengok apa sudah jadi.

Kamu dipecat.  Senang jer.

Hukum alam memang begitu.  Selagi kita partner , kita ikut membabi buta sudahlah.  Jgn lawan lawan.  Hidup pasti senang.  Sudah 50 tahun bahtera besar kita bergerak laju dari zaman gelap , miskin dan sengsara dalam hutan belantara ..sekarang zaman terang, senang dan mcam mcm dah ada.  Hutan dah jadi kawasan perumahan.  Mamak india ramai dah datang tumpang rezeki

tetapi sayang partner tak sabar.  Mengapa?

Tengok ada partner kena buang.

Kasihan kan?

jgn gopoh gapah.  Jangan ikut orang bersara kata gitu gitu.  Dia tak kesah kesan-kesannya dia melawan bahtera besar ini kerana dia berada  dlm alam persaraannya.

tetapi partner .. partnership kita masih ada.  Tengok kertas mu sign itu?

kau lawan ..siap?
siapa kena pecat semalam 28 Julai 2015.?

rugi kan?
satu lg mata anak tangga ..  kita dah jadi orang terbesar negara. Sayang kau tak sabar.

Mengikut sejarah 20 tahun lalu .. orang melawan arus bahtera .. dia dipenjarakan. Sebelum itu, dimalukan .. aghhhh ..satu dunia baca berita memalukan.  Sayang ada orang tak mau belajak sejarah ini dan sejarah Hang Jebat diruduk dgn keris tamingsari kepunyaan partner nya juga Hang Tuah.

Sekarang anak anak cucu melihat lagi .. hulubalang perkasa ..dipecat sudah.
Tanah baru bukak di Utara Johor itu ..apa sudahnya Bapak?

Fikir fikirkan kerugian kini yg bakal ditanggung.

Aghhh..org ada prinsip memang gitulah. tetapi satu prinsip tak sama dengan nilai projek di Johor itu bukan?  ramai orang johor  boleh menumpang rezeki …

Sekian. Dunia partner tak kekal.  Lihat ..sandiwara di pentas dunia.  Nasib baik aku dah masuk dunia persaraan.  Alhamdulilah.  Betul kata tuhan ..dunia ini pinjam-pinjaman jer.  Jgn terlampau taksub kemanisan dunianya ini.  Cukup masa kita jalan (mati).

Wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/07/konsep-partner.html