kunci (the secret of a happy life)


Update terakhir:

salam Terdapat berbagai bagai kunci dalam hidup ini. Kunci popular ialah kunci rumah. Kadang kadang 3 kilogram berat kunci ini kerana .. banyak pintu dan harta karunnya. Tetapi kunci di sini ialah secret of life - happiness. 2) Nak berkongsi sahaja. Tak ada niat nak menunjuk pandai atau berlebih lebih. 3) Kunci rumah tangga ialah 3.1 kesefahaman antara 2 pemain utama - hitam dan putih. Si hitam selalunya jantan dan si -putih ialah betina nya. Kedua-dua jantan betina ini kena pandai cover meng cover. Yang sedap nya .. jika A tak ada duit, boleh mintak jer duit dari B. Tak payah buat proposal apa apa. ini dinamakan kesefahaman. 3.2 jaga kunci ekonomi. tak semua kita keluar dari perut emak .. otomatik kaya raya selalunya kita tak kaya. Kito kena kerja dan cari makan sebagai drebar teksi, guru, askar, polis dan mcm mcm lagi. Jika kita berpendapatan RM1000 tetapi anak 10 dengan isteri tak bekerja kunci ekonomi kita sudah tentu berbeza dgn si jantan bekerja dan si betina pun kerja dan sayang sayang mereka tidak mempunyai seorang pun cahaya mata. Ini kerja tuhan Allah robbul alameen. Allah kasi kita berfikir sejenak ..siapa berkuasa? Duit atau aku? Katakan mereka ada RM2000 pendapatan se bulan bila dua dua pemain bekerja. Jadi kunci perbelanjaan rumah tangga sudah tentu berbeza. Rumah A makan ikan sepat .. rumah B makan ayam. Rumah A beli beras 3 kilogram … 2 hari pun dah habis beras. Mengapa ? tenteranya ramai. Subhanallah. Rumah B .. beli 3 kilogram beras .. mungkin 3 bulan tak habis habis kerana .. si jantan makan tak berselera. Asyik nak makan KFC jer. jadi jenis asap dari dapur A dan B berbezalah setiap hari. 3.3 jaga iman agama dan amalan agama 24/7 time sembahyang ..kita kena sembahyang. Melalui sembahyang .. dua dua pemain tahu halal dan haram. Mereka tak mahu rezeki datang dari punca aktiviti kerja (jobs) dari kemahiran menipu, rasuah, rompak atau bunuh orang. Bila kita tahu .. kunci ini .. kita bahagia siang dan malam. Insya allah. Kita kena sebut insya allah ..kerana hanya Allah menentukan kita bahagia atau tidak. Contoh ..ada orang tak ada anak , mereka bahagia jer ber Air Asia (everybody can fly) ke sana sini di bawah payung awan tuhan robulla lameen. Ada org 10 orang anak ..huru hara kerana .. setahun 2 orang anak muncul. Rezeki tuhan depa kata? Bila time raya .. payah abang ooi. Dengan duit RM200 berbaki .. baju melayu apa nak beli untuk si abang dan ssi kakak untuk beraya. Kasihan kan? tu lah ..orang kata control. Ini over control. Bukankah susah ini lagu? kalau kita marah marah kat bini .. kita tak over over marah sangat. Nanti bila over over .. payah nak tenteram rumah itu. Habis mak mertua dari 2 buah kampung datang .. menolong untuk menyelesaikan masalah tak cukup duit nak beli bajju raya. Malulah sikiit jantan. Kau tak malu ke? Ha..ha… 3.4 bercakap dan berkira ini biar betul dan sopan Bila bercakap dengan orang tua .. sebutlah thank you ayah. sebut juga maaf abah. Sedap sikit hati pak mertua mendengar kes kau orang ini .. tak cukup budget untuk berhari raya. Bila lalu depan mata mak dan pak mertua ..bongkoklah sikit .. tubuh mu itu. Tayangkan sikit kau ada adab dan adat berbudi bahasa. Dah lah tak cukup duit ..action jer ..jalan depan mata aku. Ego lebih..anak anak pun lebih. Bila makan minum dengan orang orang tua .. tunjuk sikit ,.. darjat kesopanan itu. Daging ayam yg best best itu ..kasilah kat orang tua tu dulu. Selepas .. puas hati mak dan pak mertua makan itu dan ini dari meja makan rumah mu itu .. barulah awak makan sisa sisanya .. sabar..sabar ..sabar … Kalau amalkan selalu ..silap silap haribulan .. ada lot tanah orang tua itu akan lepaskan kat kau orang. Settle? Bila dah hidangkan ayam .. kat kami ini ..jgn diungkit ungkit lagi saiz ayam yg kecil itu. Banyak manalah yg dapat aku makan bersama dengan cucu cucu aku 10 orang itu. Jangan berkira-kira. Kalau suka berkira kira ..sila daftar kursus ijazah berkira kiraan (matematik) di UM, USM atau UPM. Baru sedap si jantan ini berkira siang dan malam. Indah mimpi mu itu ..dengan simbol integration, differentiation dan Laplace Transform. Setakat itu dahulu kunci kunci rumah tangga yg dapat saya berkongsi sama-sama dgn pembaca. Maaf jika terkasar bahasa ..atau ayat bersimpul simpul .. mcm ular maklumlah musim puasa ini. Semua nak cepat. Permisi pak? Sekian. Yang baik dari Allah dan yang buruk ..semua kelemahan saya sendiri. Al Fatihah. Wallahu aklam bis sawab.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/07/kunci.html