Kurangkan berhutang kawan-kawan ku.. bahaya!


Update terakhir:

Salam.

Just sharing. Hope u do not mind reading this please.

Ramai manusia suka berbelanja saban hari tidak kira siang ataupun malam. Manusia yang saya maksudkan di sini datang dalam berbagai-bagai saiz tubuh badan dan stail kehidupan. Objektif berbelanja ialah memenuhi keperluan kehidupan seperti membeli makanan, pakaian, perumahan, insuran hayat dan pengangkutan. Jika rumah tangga kita tidak mempunyai cukup beras, dibelinya beras untuk hari itu maka proses membeli itu adalah satu ibadat yang mulia di sisi Allah pencipta kita. Pahala kita berjuta-juta sama banyak dengan bilangan beras dalam tempayan di bawah almari dapur rumah tu.

Bagaimana pula dengan mereka yang berbelanja melebihi keperluan kehidupannya seharian? Contohnya membeli kenderaan baru walaupun kenderaan yang ada masih elok lagi. Oleh kerana pengaruh kuat dari rakan seperjuangan maka ada orang terikut-ikut berbelanja sesuatu yg diluar dari kemampuannya yang sebenarnya. Lantas jadi lah satu fenomena dipanggil berhutang. Berhutang dengan bank, ah long dan koperasi-koperasi yang ada bagaikan cendawan tumbuh selepas datangnya hujan. Terlalu banyak tempat boleh kita cari untuk maksud terus berhutang. Orang lawa berhutang. Orang kurang lawa pun berhutang. Pendeknya nafsu nak berlawan berbelanja untuk hidup melawa sentiasa subur disirami air liur bisikan syaitan dan iblis ke dalam kalbu dan naluri kita. Jika kita memandu wira/ tiba-tiba melintas se buah Inspira .. sure terkeluar kata .. bestnya kereta baru tu. How to get that new car hah? (idea nak berhutang sudah mula dtg dtg ..)

Akibat berhutang kita akan melihat beberapa bibit / fenomena kelakuan manusia seperti mengambil rasuah, menipu dan berbagai-bagai lagi penyakit social yang kadang-kadang membawa kepada pembunuhan yang kejam. Rujuk akhbar popular Metro Malaysia pada bila-bila masa.

Luqman al – hakim penah menasihatkan anaknya menjauhi hutang kerana:

· Sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

pada satu pihak lain, Pihak kerajaan pun selalu menasihatkan pegawai-pegawai supaya menghindari hutang kerana:

· Berhutang melampau-lampau akan membawa kepada satu kes di mana prestasi kerja seseorang jatuh menjunam
· Malu teramat sangat maklumlah budaya ‘gali lubang sana nak tutup lubang sini’
· Suka menipu rakan se pejabat/ mungkir janji pada waktu bayar hutang. Dulu saya terlihat bos tersangat besar berhutang RM5 dengan kerani PAR(pegawai am rendah ; qualification - PMR) nya. Issshhhh …malunya? Hipokrit.
· Jika kita diistiharkan bankrupt oleh mahkamah maka dengan sendirinya hilanglah jawatan berstatus tetap dan berpencen ini ( sila lihat General Orders ).
·
Mengapa orang berhutang?

Terdapat 3 kes orang berhutang. Antaranya ialah:

· kes I- Supaya orang lain rasa kita adalah makhluk yang hebat. Mengapa tidaknya bila pihak bank berlumba-lumba nak taja kita berhutang-hutang dari pembelian kereta BMW terbaru mahu pun rumah kediaman ketiga kita yang terbaru. Pihak bank akan menggunakan wanita yang cantik jelita untuk mengumpan kita supaya terus berani berhutang. Tempat umpan pertama dicampakkan perempuan cantik jelita + sexy ini sebagai caddy di padang golf di luar Negara berserta dengan escort servis teristimewa. Entahlah - servis ini bermaksud apa? Perempuan pelacur ada yang bertopengkan jawatan eksekutif profesional penasihat bank n diupah bermain golf golf golf dgn orang2 kenamaaannn ?
· kes II - Sifat tamak. Ada kemungkinan jika asset yang baru ini dibeli sekarang dengan harga RM300,000 besar kemungkinan tahun tahun hadapan harga asset ini akan bernilai RM1.5 juta. Cepat abang. Jangan tunggu lama-lama. Ramai lagi orang nak asset ni abang ooi.
· kes III - Tidak takut mati. Mereka tidak akan mati hari ini, esok dan sampai bila-bila. Dia seorang saja yang akan terus hidup nak bayar hutang .. pendeknya orang lain semua dah mati kecuali dia RAJA HUTANG. Bayangkan ramai rakan-rakannya seangkatan dengan nya dari UTHM sudah lama mati tetapi tidak dia pada tahun 2120. Masih dia seorang sahaja yg tinggal dan terus berjalan ke sana sini - Kenapa? Dia kena hidup lagi dan lagi untuk settlekan hutang sekeliling pinggang.

Oleh itu untuk menjauhkan diri dari berhutang saya perturunkan 3 langkah terbaik dan paling berkesan. Rujuk kitab ilha ulumiddin. imam ghazali 1985. penerbit: bandung.

  1. Amalkan hidup bersederhana iaitu di kala gaji kita semakin naik, nafsu kita berbelanja semakin menurun. Contoh terbaik ialah takkala orang ramai gila nak beli kereta Honda Accord berpunggung BL (guess what - besar n lebarrrr) kita cepat-cepat beli kereta MYVI atau EXORA saja. Murah sedikit beb? Di saat-saat gaji semakin stable, kita membeli pakaian ala kadar sahaja. Maklumlah gaji jer semakin naik , saiz perut tak kempis-kempis. Pakai kain sutera pun , saiz perut kita dari jauh pun ramai orang kampung boleh nampak dengan jelas. So stay simple. Otak pun settle. bernyawa pun just go in go out so clearrrr.
  2. Jauhkan diri dari berkawan dengan mereka yang suka hidup berlagak macam orang-orang kaya THE RICH AND THE FAMOUS di mana mereka bertauhidkan Tuhan itu ialah WANG. Slogan mereka ialah MESTI KAYA MESTI BERJAYA. Kurangkan mengeteh di sana sini terutama di waktu yang sudah jauh malam semata-mata nak berbincang tentang projek raksasa 25 jam sehari. Cukuplah kita mengeteh bercampur madu asli + cepat-cepat naik tidur dengan isteri kita yang dah lama kita berbincang dan melalui proses perbincangan dan pergaduhan ala-mikro Tuhan telah mengurniakan kita dengan anak seramai 6 orang; cucu 10 orang dan cicit pun dah mula ramai.
  3. Rapatkan diri serapat-rapatnya dengan dunia masjid, ikuti majlis ilmu dan belajarlah keluar berdakwah tabligh seluruh alam. Kumpulan dakwah tabligh ini mempunyai 4 4 4 strategi kehidupan. Salah satu ialah jangan membazirkan wang, tenaga dan nyawa. Satu lagi banyakkan bersolat sunat seperti tahajud, awabin, dhuha, hajat, isra’ dan witir. Target 1000 rakaat sehari dan semalam. Baca quraan 100 helai sehari. Boleh buatlah tuan. Mengapa? Ada orang jogging jogging sampaikan matikan diri sendiri di taman-taman bunga di Kuala Lumpur dan Taman Negara. Ada yg dah mati disambar petir dan/ atau dibaham harimau. Kenapa tidak gunakan tenaga yang sama untuk bersolat 1000 rakaat? .. sebagai satu alternative/ Jika kita buat, nafsu gila berbelanja sure lari. Insyallah selamat tuan hamba. Mana nak? Kita diburu oleh ah long di opis atau kita memburu target solat sunat 1000 rakaat di dalam rumah kita sendiri. Pasang air cond tuan hamba. Ayuh tuan hamba. Tak buat .. tak tahu potensi diri kita. Yang penting nafsu berbelanja dimatikan terus dan nafsu nak berkahwin lebih dari satu pun mula terbantut dan terbatuk-batuk di atas tikar sembahyang yang sudah lama reput (laugh).

Sekian.

Wallahu aklam.

p/s: sampaikan walaupun sepotong ayat jua kepada mereka yang tidak ada di sini. Maaf jika bahasa saya agak2 kasar dan tersinggung perasaan. Ubat selalunya pahit tuan. Disebalik kepahitan ubat adalah penawar segala penyakit .. suka berhutang? Pokok pangkalnya kita semua selamat dunia akhirat. Ameen.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/05/kurangkan-berhutang-kawan-kawan-ku.html