kursus, berkursus dan pengurus kursus dlm dunia guru tahun 1980 dan 1990an.


Update terakhir:

Salam

Sebagai penjawat awam, kita diberi peluang menghadhiri kursus dalam negara dan di luar negara.
Tujuan kursus ialah supaya guru mendapat pendedahan mengenai sesuatu dgn lebih baik lagi contohnya konsep dan amalan instructional design oleh encik rosli ibrahim dari institut aminudin baki, sri layang. Selepas latihan, guru dapat praktikkan dlm dunia sekolah dan bilik darjah.

  1. kos kursus ini adalah tinggi kerana perkara ini diperolehi dari amerika dan eropah.
    Peserta kursus dipilih oleh pengetua, ppd dan/atau jpn masing masing.

Saya berasa bertuah juga dpt melanjutkan pengajian sarjana dlm bidang i.d di birmingham, england ekoran dari pendedahan oleh encik rosli ibrahim di atas.
Mengikut rekod, bnyk juga proses tapisan yg dijalankan. Tetapi diringkaskan cerita sy berada di sana selama 11 bulan lamanya. Saya bertuah membawa keluarga bersama sama. Ini zaman negara cukuplah mewah.  Berkat berkursus dgn org i.a.b …terima kasih encik rosli. Tak cuba, kita tak tahu bukan?

Pengurus kursus ialah KPM JPNK 1994 1995.

Syukurlah.
3) Bila pulang, kita amalkan semua aspek ilmu tersebut di tempat kita bertugas. Jika diimbas kembali jasa kerajaan kpd guru guru ..cukuplah bnyk.
Jika begitu kita hendaklah taat perintah bos sepanjang masa dlm kaitan ilmu dan latihan i.d dengan pelajar2 dan staf baru di politeknik (KPTM).

Berssmbung.
Maghrib. Ada kursus agama. Pengarah tempat sy bertugas ialah tuan guru agamanya. Excuse me 2 jam.

  1. Semasa di alam sekolah, kadang kadang guru yg hadhir berkursus bukan guru yg dijangkakan oleh pengurus kursus pada peringkat awalnya. Ada guru peserta dari opsyen lain. Guru sebenar sakitlah. Ikut suamilah. Anaknya sakitlah dan mcm mcm karenahnya lagi. Oleh itu, peserta peserta kursus bukan 100 peratus komited, dedikasi dan mcm mcm. Ada yg malu mata dgn pengetuanya maklumlah mereka berjiran satu taman perumahan.

Ada itu dtg lewat ke kursus. Dia menaiki teksi dari Machang ke Kota Bharu dan terus menaiki teksi kedua menuju ke pengkalan chepa PSPN.  Bila dtg lewat, bnyk benda tertinggal.

Lain kali dia tak dtg lagi berkursus untuk siri 2,3 dan 4.

Ada guru yg hampir pencen ikut serta berkursus. Memang dia dtg awal mendaftar tetapi bila jam 12.00 thari dia sudah berada di tempat lain seperti bank, Koperasi Guru Melayu Kelantan, rumah org barunya dan mcm mcm lagi. Dia akan muncul semula jam 0300ptg. Mulutnya berminyak, perut pun penuh tangki dgn roti tempayan Benggali dan hatinya happy. Kursus happy, senang hatilah. Lain kali tak nak dtg lagi.

Ada itu, dia mmg pandai dgn ilmu komputer tetapi jika diberi amanah untuk mengepalai satu tugasan yg besar oleh pihak urusetia …dia mempunyai alasan untuk menarik diri. Banyak ana, bnyk anta dan akhir sekali hasil krrja cukup mendukacitakan ataupun tok pakargawa.

  1. Malaysia terkenal dgn penduduk berbilang bangsa, agama, lain warna kulit, rambut serba hitam tapi hati lain lain.

Nikmat kursus tidak dikecapi dgn baik kerana perangai manusia ini mcm mcm. Kita bukan bangsa yg suka menerima arahan, mengepalai projek serba besar dan mencabar,. Kalau ada guru muda berpotensi besar, semua tugas diberikan kpdnya. Akhirnya guru itu mati dan semua warga sekolah, ppd dan jpn akan hadhir sembahyang jenazah untuknya. Insya allah jumpa semula di syurga.

(Ketawa)

Disebabkan perkara ini, sekarang warga asing dok sibuk menjalankan mcm mcm projek di Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Shah Alam.
Mereka berani memanjat bangunan pencakar langit. Sambil mereka menerokai teknologi bangunan , kita warga Malaysia berpeluk tubuh dan cukup pandai memberi komen. Cikgu beri komen. Isterinya beri komen dan diikuti dengan anak anaknya pun mahir memberi komen.

o yer…itu sketsa lakonan guru guru sekitar 1985 hingga 1989. Rasa rasa sekarang dah banyak berkurangan perkara begini.

Dulu , mantan pengarah pendidikan kelantan Tuan Hj Hussin bin  Awang adalah satu batch dgn penulis berkaitan dengan kursus kursus dianjurkan oleh KPM/ JPNK. Pengurus kursus di PSPN  Pengkalan Chepa pada masa itu Tn Hj Ghani Mat.   Rasa rasa ramai dah geng geng tersebut  yg dah bersara dan ada yg sudah meninggalkan kita semua. Al Fatihah cikgu.

Maaf juga adik kakok. Bila mati, tuhan tanya mcm mcm berkaitan dengan nikmat nikmat berikut.

  1.  Berjawatan guru P.P.P.S. kategori D1,D2

  2.  Berkhidmat di sekolah yg sangat hampir dgn kampung halaman

  3.  Berkhidmat guru tetapi hati kurang komited dgn kerja kerja guru. Sekadar makan gaji sahaja. Bnyk masa memikir perniagaan 1001 mcm , penternakan, pertanian, dan mcm mcm lagi.

  4.  Berkhidmat sebagai guru, guru besar, pengarah dan mcm mcm pangkat.

  5.  Berkhidmat sebagai pemeriksa kertas, pengawas peperiksaan dan ..

  6. Suami, isteri, anak dan cucu semua guru. Berpengaruh tinggi di satu satu daerah dan negeri. Kehendaknya semua org lain turuti. Anak tak layak pun, dipaksa menjadi guru.

  7.  Dan beranika mcm nikmat tak termasuk namanya pun Nik Mat Nik Mud (nama samaran sahaja).

 Pendek kata, payohlah ke syurgo abadi abada ini.  Atau tuan/puan rasa bagaimana?

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/01/kursus-berkursus-dan-pengurus-kursus.html