Last Sunday ..whooss?
Salam
Hari ini hari Ahad. Saya tak ke mana-mana sekadar mengisi buku-buku dan bahan-bahan penulisan selama ini ke dalam kotak-kotak khas. Aghhh.. kalau kita tak buat sendiri proses kemas mengemas ini , siapa lagi?
- Tadi sambil sambil menyaksikan sang suria(matahari) mulai naik meninggi .. saya sempat membaca sebuah keratan akhbar ditulis oleh A. Ruban. Bagus jugak kita share:
" ..too often we underestimate the power of a touch,
a smile,
a kind word,
a listening ear,
an honest compliment,
or the smallest act of caring,
all of which have the potential to turn a life around."
we should not expect anything in return for reaching out to someone in need, imagine saving a life of someone who means the whole world to someone else.
would that not be something?" American author Leo Buscaglia.
Refer: Star Malaysia -Monday 7th Oct 2013
Bagus itu semua.
Dia merujuk kepada sikap ramai ahli masyarakat kita yg tidak prihatin /mempeduli lagi kesusahan , kesakitan yg dialami olehi seseorang yg terlibat dalam satu kemalangan. Selagi si pulan bin si pulan bukan anaknya sendiri, kaum kerabat dan kawan kawan yg dikenali .. ramai antara kita tak akan berhenti untuk membantu. Aghhh.. tak kisah dia tu bukan orang islam pun/ biar dia …pus/
Secara random/rawak .. ahli masyarakat kita takut nak tolong apa apa kerana:
mengikut statistik, 1.78 warga asing adalah dari Indonesia,
700,000 adalah dari Bngladesh, 1.22 juta Nepal, 700,000 India margjhi.. dan ramai lagi.." Rujuk: Harakah Sept 2013.
Takut nak tolong depa kerana .. nak bawak ke mana depa .. selain dari hospital , klinik ..tetapi tunggu jap .. masuk klinik kena bayar nor? kena bayar?
Hari itu , ada satu kes …seorang pemandu teksi berhenti untuk melihat .. sebatang tubuh keras atas jalan raya .. Yong Peng / Labis .. bila dia berhenti .. memeriksa .. tiba tiba kuar 6 orang lelaki asing .. dari sebuah parit besar sebelahan jalan utama Yong Peng/ Labis ini …apa lagi kena belasah si drebar teksi itu ..dan wang dan keretanya dibawak lari .. nasib baik dia tak dibunuh!
Begitulah cerita.. ynag menyebabkan kita susah nak amalkan .. perintah Nabi dan tuhan ..ramai orang asing mengambil kesempatan kita rakyat Malaysia (bakal ahli syurga Allah) .. yg terlampau baik hati , bersopan santun dan berbudi pekerti tinggi. Pendek kata 99 sifat baik dan terpuji dah ada dalam jatidiri melayu kita ini ..
Dalam PRU 13 baru baru ini .. dengar khabar/ kerajaan ada mengambil faedah dari statistik warga asing itu. Walupun 1 orang warga asing mati terkena kejutan letrik / atau terjatuh dari 56 tingkat bangunan pencakar langitpun .. kerajaan kita wat don’t know jer.. beratus-ribu rakyat asing terus membanjiri negara kita yg kaya raya ini walaupun hutang negara sudah melebihi RM500 bilion. Tahniah .. ramai kita tak pandai baca ..nombor nombor besar yg melibatkan hutang negara. Sebab hutang yg banyak ini lah memanda menteri last 2 weeks pergi cerita kat Amerika dan Kanada .. itu ini pasal .. kerosakan umat islam angkara orang islam itu sendiri kerana .. baguslah ceritakan banyak banyak kelemahan org kita kpd musuh musuh di luar sana. Transformasi Plan ? Maklumlah .. kita hendak sangat islam kesederhanaan serba bte serbi. Insyallah negara akan bertukar jadi negara advance dalam kes kes jenayah, rompak samun , bunuh , dadah, dan banyaklagi. Tak takut tuan hamba jika anak anak dara melayu kita menjadi mangsa?
Pelik bin Benar .. 44 senjata polis hilang mengikut laporan Ketua Odit Negara 2012.
Senjata siapa? POLIS! my god. Ingat senjata sulit Pak Man // ha..ha..
Dengan bilangan polis yg ramai, saban tahun ada pegawai polis mendapat anugerah kecemerlangan , kenaikan pangkat, kereta ronda polis yg canggih muih , bilik kebal bom, senjata api … 44 senjati api boleh hilang dari .. kawalan polis. Tak apa .. tak apa/ kita amalkan .. kesederhanaan.. dalam banyak aspek.
44 hilang ..kita boleh cari ganti. Isi borang kita beli yang lain sebagai ganti. Melalaui laporan akhbar atas internet ..2 senjata api .. dijumpa kembali. Mengikut statistik deskriptif itu tak sampai 5% senjata api yg ditemui kembali.
Sekarang pelancong asing .. dengan mood happy happy boleh bawak lari .. mesin mesin ATM .. rata riti negara kita. Macam dah trend .. bangun pagi , makan roto bakar , sambil baca akhbar ..terbaca ..pelancong dari Latin Amerika .. ada chance dia bawak kereta ‘kebal’ dan alat alat pembakar macam cerita James Bond .. nak bawak lari mesin mesin ATM di sini. Memalukan sungguh negara kita! Malu.
–
Cakap pasal pegawai keselamatan pulak. Ramai pegawai security berumur 50 tahun ke atas. Mereka dimintak bertugas dengan upah yg sangat minima. Ada lebih-lebihan costing .. majikan pegawai pegawai ini akan kebas .. itulah kesederhanaan kot? Tak rapi , tak ada keterampilan apa apa pun ..pak guard ini. Satu hari aku tengok .. kasut yg dipakai pak guard tak berzip pun. Nak kejar orang jahat . Sure tak leh .. kerana zip kasut pun tak berfungsi sangat. Aduhai Malaysiaku ini. Mereka hanya dibekalkan senjata api .. entah ada peluru entahkan tidak. Silap silap time nak menembak warga asing dari Latin Amerika itu .. pemetik senapang tak berfungsi pulak. Macam cerita .. CCTV .. kat mana tu .. satu hari polis nak check/ detect orang bertanggung jawab dari rakaman CCTV .. rupa-rupanya .. CCTV dah lama tak berfungsi. Gila b_bi punya story.
Itulah ..
my last Sunday di sini.
Sekali imbas .. sakit hati jugak .. tetapi 2 kali imbas .. negara kita dah hilang … sektor penguatkuasaan sebenar dalam banyak aspek.. nya.
Apa lagi yg ada di sini?
Jangan merajuk A. Ruban .. masyarakat kita dah banyak takut dari .. sifat sifat mulia yg sudah diajar sejak KBSR/KBSM dahulu kala lagi. Kita tahu sangat ..tetapi .. tak buat . Itu sahajalah.
Jangan berkecil hati jika anda yg terlibat dalam accident , terbaring dalam matahari yg terik menunggu saat saat mati .. payah nak cari orang ambil berat kat kau lah. Why naik motorsikal itu sedangkan kau ada kereta 4 tayar? Takut kita melebihi segala-segalanya.
See?
Wallahu aklam bis sawabbb. maafku pinta .. saya panjangkan sahaja cerita dari akhbar akhbar sekadar pengkongsian bersama.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/10/last-sunday-whooss.html