Lawatan ke penang untuk menjenguk anak


Update terakhir:

Salam.

Sibuk sedikit hujung minggu lalu. Bukan apa. Pertama menghadhiri majlis perkhawinan anak sulong Prof Dr Ramlan dan Prof Madya Ir Faridah Sidek Jaafar di UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Di sana Allah mudahkan segala-segalanya ..sambil berjumpa kembali kawan-kawan lama dari Grantham England 1975 - 1980. Prof Ramkan dan Prof Dr Faridah adalah ex-students Grantham. Syukur mereka Dato' Mukhlis Jaafar, Tuan Hj Sabri Harun, Puan Hajjah Azizan, Tuan Hj Wan Zainuddin, En Hamzah dan Puan Hajjah Zaitun. Lebih kurang 10 orang sahaja dapat dikumpulkan kali ini. Alhamdulilah kalian sihat belaka sambil bercerita tentang famili masing-masing. He..he.. semua highlight cerita happy-happy. Mana nak cerita sad stories kan?

  1. Jam 300 ptg hari yg sama .. saya berlepas ke Butterworth. Melawat anak pompuan saya. Lama tak jumpa dia ..org2 tua kata .. org tua ini sangat rindu kat anak pompuannya lah. Wow..dah banyak persiapan khawin ..dia buat. Beli itu dan ini .. nak bawak balik ke Batu Pahat pada Jumaat 28 Mei 2011 ini insya allah. Nasib baik dia guna duit dia jer beli itu dan ini .. dan tak sibuk dgn wang ayahandanya yg terhad. He..he..

  2. Sambil-sambil itu Objektif utama lawatan ialah berjumpa F2F dgn pengetua sekolahnya. Tak mau jadi warden asrama perempuan dah selepas hari perkawinannya pada Jun 2011 ini. Itu kata anak saya. Syukur dapat berjumpa dgn pengetua yg baik hati itu dan dari perbualan ..nampaknya dia faham .. dgn masalah pengantin baru di mana si suami bekerja berjauhan .. dan mungkin ..fenomena .. week end husband dan wife berlaku lagi. Kalau nak ikutkan hati kami, kami nak khawinkan anak pompuan dgn orang2 yg dekat jer. Senang nak jaga mak dan abah bila tua nanti. Tetapi jika diingatkan fenomena graduan universiti melayu yg teruja berkhawin dgn orang2 asing buat masa ini seperti hero-hero dari Bangladesh, Iran, Jordan, Iraq, Sumatra, Kalimantan, Pakistan, Bosnia, Nigeria, Yaman .. saya mengambil strategi .. berdiam diri sajalah. Saya ikutnya sahaja. Syukurlah dia nak khawin dgn pemuda melayu jugak. Kalau tidak ..penatlah kena booking tiket kapal terbang Air Asia, Bangladesh Airways, Kuwait Airlines dan lain-lain. Sebenarnya sebagai org tua, kita mendoakan kesejahteraan anak-anak sepanjang masa agar mereka berbahagia dunia dan akhirat. nasihat abah dah pun diberi , hujah plus minus pun berkhawin dgn org-org jauh dari kampung halaman kita pun telah ayahanda bentangkan sesedap mata memandang .. so ranjau , dugaan selepas khawin ..tu ..pandai-pandailah .. menjaga diri wahai puteriku yg paling ayahanda cintai. Jaga adab bercakap, bergaul, berinteraksi dgn org-org tua di tempat anakanda yg baru itu. Belajarlah memasak masakan org Kuala Kangsar tu. Jgn lupa nasi kerabu hitam ayam percik kita dah lah. Lakso kelate kito sedak jugok. Kalau ada wang yg lebih sepanjang satu-satu bulan tu.. ringan2lah jari itu .. send just by ONLINE banking ayahanda mu ini. He..he.. bukan banyak ..sekitar RM100 ~ RM500 dah lah. Boleh? Nak gunakan wang itu kuar dakwah ke seluruh pelusuk dunia. Sebar agama. Kesihan ada lagi manusia menyembah lembu, patung, matahari, batu besar di Rio De Janeiro….Insyallah, duitmu itu .. saham akhiratmu juga wahai anakanda.

  3. Seronok jugak dengar celoteh .. DJ-DJ radio pagi Selasa ini. Salah satu ialah .. depa perli .. mengapa org menulis pasal itu ini dalam internet, blog dan macam2 sekarang ini. Nak beli sepatu pun tulis, nak beli pampers anak/nenek extra BIG pun tulis, nak .. kuar dating dengan anak menteri pun tulis, jealous dgn bini menteri pakai botox pun tulis.. , depa complainlah. Orang tua gi penang pun tulis/ org tua gi majlis khawin profesor ramlan pun dia tulis .. So .. my humble question is … what r u there for depan corong radio tu? he..he.. Senang jer jawapannya.. melalui penulisan ini kita dapat berkongsi pengalaman. Lagipun, mat salleh dan minah salleh tulis macam2 ..dari benda baik kepada benda yg paling kotok (kotor) .. telah dibaca oleh anak-anak muda melayu dan indon .. semua ada dalam internet/google. Jika org tua macam saya tulis sesuatu yg baik ..sekurang-kurangnya ..ada sumbangan saya ..sedikit sebanyak ..dalam dunia internet ini. Muga2 dalam kumpulan … yg diredhai oleh Allah. Jika dari 100,000 baris ayat yg saya tulis ini ..ada satu jer ayat yg baik ..dan dapat diamalkan oleh mana-mana pembaca dari seluruh dunia..maka insya allah amalan itu akan tercatit dlm akuan si pembuat dan juga ..saya sebagai si penulis. Tak baguskah itu? Contohnya, ada orang menulis masalah peribadinya seperti susah nak tidur dgn sang suaminya. Maka saya syorkan dia mengamalkan zikir di waktu ptg ptg dan awal-awal pagi semasa proses terbit matahari, solat dhuha dan tahajud di tengah-tengah malam berserta dengan semua fadhilat solat dhuha dan tahajudnya. Jika allah berinya hidayat dan dia terus mengamalkan nasihat saya itu ..maka semua amalannya .. dicatit oleh para-para malaikat dlm akaun pahalanya dan ..juga ..buku akaun kebaikan saya. Ok jugak kan? Lagipun saya sudah membuat keputusan tidak akan menulis benda yg karut marut/ berbau maksiat. Dosa saya terlampau banyak .. melebihi pasir-pasir di tebing pantai .. seluruh dunia, maka sekarang sudah tiba masanya saya ..mencatit .. benda-benda yg baik ..dengan harapan ..Allah ambil ini semua sebagai satu ibadat.

Sekian. Doakan muga-muga saya dpat amalkan apa yang saya ajak si pembaca buat terlebih dahulu. Ameen.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/05/lawatan-ke-penang-untuk-menjenguk-anak.html