Lawatan tapak FSKTM march 23 2011


Update terakhir:

Salam.

Today saya ikut serta sekumpulan pegawai dari FSKTM universiti ini untuk melawat tapak sebelum penyerahan dibuat oleh kontraktor kepada kami.

  1. Impression saya yang pertama ialah : hebat fakulti baru ini. Berbaloilah jika kami tunggu sekian lama sejak 2006 hingga ke hari ini. Tentatif kami akan masuk ke fakulti dengan bangunan 6 tingkat ini ialah Mei/ Julai 2011. Insyallah.

  2. Saya ditugaskan melawat aras 3 dan aras 4 sahaja. Saya melawat tandas. Tidak ada air lagi 100% dalam tandas lelaki. Surau lelaki sempitnya. Tak cukup oxygen ni. Satu lagi .. pintu bilik pensyarah terlalu tebal. Tidak mahu pakai cermin (intai-intai) ke? Bukankah kita ada ramai pelajar wanita. Ikut pengamatan saya pelajar wanita 80% dan pelajar lelaki ialah 20%. Sudah tentu tidak manis jika pensyarah lelaki diskus apa-apa dalam biliknya dengan pelajar wanita F2F. Tidak wajar kan?

  3. Whiteboard terlalu kecil. Sepatutnya whiteboard 4 keping dipasang secara berderet-deret di depan makmal. Pintu makmal kena pakai switch otomatik. Jika pelajar datang lewat , mungkin dia tak dapat masuk ke dalam makmal. Pantri satu jer kat hujung .. bukan di aras paling bawah tetapi kat aras 3. Pelik rekabentuk bangunan ni. [ pantri = bilik buat air/ jamuan ..apabila bermesyuarat].

  4. satu kes makmal ..penuh asap ..tetapi ..alat penggera tak hidup pun. Asap tebal yang keluar ..bila semua switch api di buka dalam semua aras .. tebal.. berasap-asap tetapi .. siren takk bunyi apa-apa pun.

Sekian. mantan pelajar tentu terkilan tak dapat belajar dalam bangunan baru ini. Tak apa lah. Yg penting kalian dah graduan.

TQ. wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/03/lawatan-tapak-fsktm-march-23-2011.html