Lega itu apa yer ..


Update terakhir:

Salam

Entah kenapa ..rasa lega hari ini.  Org sakit perut di atas lebuhraya , bila singgah sekejap di tandas RnR ..dia pasti lega.  Mengapa?  sakit perut satu penyakit yg terberat rasanya  …  Org berpuasa selama 12 ~ 20  jam , jika cukup masa untuk berbuka .. lama-lama kelamaan , dia akan rasa lega dengan nikmat makanan dan minuman.  Syukurlah.  Itu tanda kita hanyalah manusia biasa.

Selepas bersara (optional) , peluang mengajar cukup terhad sekali.  He..he..he…

Kadang-kadang rasa ..  rindu jugak nak tengok wajah pelajar-pelajar lama dan/atau baru.

  1. Hari ni ..tuhan kasi peluang mengajar lagi di Pulau Pinang.

Bilangan pelajar 24 orang jer. Dulu di universiti, mana ada chance ngajar seramai ini pelajar.  Mengikut rekod, kuliah matematika ..bilangan pelajar satu sekyen 40 - 55 orang ramainya.

Sekarang, mereka semua dari negara negara Asia Tenggara.  Dulu di Batu Pahat , pelajar pelajar ku hanya dari Malaysia, Indonesia, Yaman dan Nigeria sahaja.  La ni .. guru guru dari negara Laos dan Cambodia pun .. mahu belajar jugak.  Alhamdulilah.  Org masjid kata ..if ilmu kita (sedikit jer) ..ada org amalkan ..itu saham kita sebenarnya.  Inilah satu kelegaan bagi saya.

Hari ni saya bercakap tentang ..honesty dan attitude ..sebagai guru cemerlang matematika.  Kita mengajar ..biar ada ‘cinta/seronok’ dlm PdP kita.  Sikap kita mesti bagus …ini sahajalah ..punca rezeki aku anak beranak , cucu ..Syukur / gitu lah ..jgn jadi guru pada kertas jer ..tolong ..masa di sekolah, politeknik dan universiti ..kita fokus PdP kita ; elakkan dari sibuk memikirkan benda alah lain seperti menjual carpet, pokok sawit ; benih sawit; racun sawit; pokok getah; serbuk kopi 360 darjah kuat dan sebagainya.  Malulah sikit bukan? Malu pada siapa hahhhhhh… he..he..he..  malu pada tuhan kita Allah Robbul Ala minnn.

  1. Majoriti pelajar pelajar ku dari  kaum hawa.  Aghhh.. tak rama kaum Adam mahu belajar ‘matematika’ lagi dan lagi.  Entahlah mengapa begitu.

Sekarang tugas wanita ada 5 ..

3.1  punca rezeki keluarga
3.2  manageress
3.3  dynamo keluarga
3.4  penasihat
3.5 mcm mcm ada dgn nya - menguruskan anak, masak masak di dapur, membasuh kain yg kotor, lipat kain, seterika baju anak anak ke sekolah ..aghhhh ..  syurga bu?

(ketawa). Kaum lelaki macam aku ..  ke mana yer?  Untung besar kaum Adam zaman sekarang ..  zaman dekat dekat dgn kiamat ..org masjid kata.  Tukang telan ubat kuat sahaja kah? na u zu billah ..min zaliq.

aku perhatikan ..  ada pelajar perempuan ini .. asyik melihat ‘smart phone ' dia sahaja.  Telinga mendengar bahan syarahan tetapi mata .. mesti menunggu mesej dari keluarga Acheh/ Medan ini.

Tak apalah ..yg penting dia tahu ..selepas kuliah ini ada Kuiz 1 sekadar 5 minit.

He..he..he.

Tak apalah.

Buatlah apa yg patut Bapak …..tetapi terbaik.

Itulah hargailah 6 perkara sebelum 6 perkara dtg pada mu:

pertama , muda sebelum tua
kedua, kuat bertenaga sebelum datangnya ..  lumpuh kerana tua dan tak leh berdiri tegak dan lama-lama lagi.
ketiga,  berduit sebelum papa
keempat, senang sebelum susah ( sibuk memanjang jer)
kelima , peluang bekerja sebelum kamu bersara wajib umur 60
dan keenam …  hidup sebelum matimu.

Sekian.  Alhamdulilah.

Wallahu aklam bis sawabb. Al Fatihah.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/07/lega-dapat-mengajar-lagi.html