lemahnya engkau?


Update terakhir:

Salam

Semua insan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing masing.

Kekuatan badan seperti
Mampu bertahan (gigitan nyamuk) bermalam malam sudah.
Mampu berlapar kerana berpuasa Ramadhan.
Mampu menyelesaikan masalah matematik PT3 jer.
Mampu berjalan kaki bersama sama dgn motosikal usang sepanjang jalan raya. Kasihan yer bila motor mampus tiba tiba.
Mampu bersabar kerenah anak dan bini. Berkat kesabaran hanya khawin 1 sahaja.  Rugi?

Kelemahan badan ialah

Tak mAmpu bangun subuh walaupun masjid di sebelah rumah sahaja.
Tak mampu baca al quraan setiap hari
Walaupun isteri seorang ustazah lulusan jordan tau?
Tak mampu menadah telinga sebentar berkenaan
Benda benda baik walaupun
Isteri anak bersekolah agama sana dan sini.
Rugi?
Tak mampu mengaku kesilapan terang terangan
Walaupun dah tahu ..kita  menipu cerita 2.6 bilion RM tu.
Tak boleh tidur malam …bila ada nyamuk se ekor dlm bilik tidur kita.
Tak boleh kencing selaju dulu ..walaupun isteri seorang doktor.
Mengapa?

Jawapan ringkas

Lemahnya iman masing masing
Tak dpt nikmat taUfik hidayah dari tuhan.
Tuhan nak ajar kitalah tu bila sakit.  Allah maha berkuasa.

Renungkan.
Buatlah sesuatu.
jika sakit kita ke hospital.
sakit iman ..macam mana?

Sekian.
Wallahu aklam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/12/kelemahan-diri.html