letak jauh jauh kesedihan itu
Salam
Filem melayu zaman silam terkenal dengan perkara dipanggil kesedihan.
Filem Hindi pun sama.
Filem Tamil sama.
Filem cina opera pun sama.
Bila ramai rakyat bersedih, mereka senang ditawan.
Dulu orang asing senang menjajah kita semua.
Org inggeris lama menjajah orang berbangsa melayu.
Begitu juga orang Belanda, Portugese, Jepun dan komunis.
mengapa?
kita bukan orang kuat.
manakan kuat ..kita sudah sekian lama menangis.
Orang menangis kalah belari maraton dengan orang Kenya, Tanzania dan Nigeria.
kita kalah bnyk perkara.
pucuk pangkal kita suka bersedih dan menangis tak sudah sudah.
- DULU orang tua menangis kerana bercinta. Contoh cinta 2 darjat.
Hero dari kampung miskin kedana yang kerap dilanda banjir.
Heroin ..dari istana.
Untuk berjumpa .. pokok pisanglah menjadi saksi sambil sambil bermain buai laju laju.
Kadang kadang buaian bergerak laju bersaksikan bulan dan bintang.
Alah …lama mana boleh bertahan.
Bila sudah 2 darjat, hero menanggis tak sudah sudah.
Klimaks kedukaan, hero heroin meminum racun.
Dua dua watak mati bodoh.
Lebih hairan ..ramai penonton menangis juga.
Dlm keadaan menangis inilah rakyat jelata dijajah.
Siang dan malam.
- sekarang rakyat malaysia sedang menangis.
Menyaksikan sandiwara antara Tun Mahathir dan DS Najib Tun Razak.
Bila gajah berlawan, seladang mati di tengah tengah ..kasihan TS Muhyideen Yasin…
Dia dibuang jawatan Timb Perdana Menteri dan semalam dia digantung Naib Presiden UMNO.
Kasihan. Angkara duit arab yg mati berbilion bilion bnyknya.
Jika dibuat kajian, kita akan nampak satu putaran kesedihan.
Melayu sedih. Arab tolong. Akhirnya semua lingkup.
Dlm bnyk kisah, belakang melayu..ramai arab.
Belakang arab, adalah melayunya.
Tetapi kedua dua ni tak kuat melawan.
Kenapa? Buku buku bnyk berceritakan perkara kesedihan siang dan malam.
.
Jika tidak secara jasad, kedua dua bangsa cuba dialog menggunakan bahasa tuhan iaitu arab.
Tetapi ramai melayu pura pura faham. Angguk angguk tak sudah sudah. Rupanya bnyk benda tak faham.
Sebab itu ..Pak Sako berperang berkenaan dgn bahasa jiwa bangsa.
Jati diri. Dan sayang pada diri sendiri.
Sudahlah.
Elok kita berhenti berbincang topik penuh kesedihan.
Tak kemana pun kita.
Ayushhh..kita kena berani.
Bertempur dgn iman, akhlak, disiplin dan sikap jujur.
Jauhkan dari menipu. Ilmu kena ada. Setanding dgn orang amerika, eropah, jepun sana.
Kita blajar ilmu lain.
Ilmu berani menerokai dunia .. sepanjang zaman.
Nabi Muhammad s.a.w. sudah berpesan …kena pakai strategi baru bila generasi mu sudah mula bertukar wajah.
buat apa lagi dgn buku buku lama? Kandungannya bnyk berceritakan …dan seterusnya
Air mata.
Insya allah berjaya bila kita berani berbuat keputusan.
Tinggalkan buku buku lama.
akur kepada pemerintah?
ha..ha..ha..
kita akur kpd pemimpin yg jujur, bersih, cerdik.
buku baru jer ..ada nilai nilai ini.
jujur, bersih dan cerdik.
YG lain kita ingat ..kehebatan pemerintahan turun temurun.
silap besar itu.
Mana ada?
jika ayah ..DOKTOR tak semesti anak anaknya doktor.
jika atuk hebat politik melayu ..presidentnya ..mana ada anak anak cucu turut sama? Zaman atuk, zaman melayu hidupnya susah. Perit dan menderita. Zaman anak cucu..kira manjakan mereka. Tak kan sama konsep perjuangan dan hakikat juang bangsa dan bahasa melayu.
sebab itu kita kena merujuk buku buku baru. AYUH profesorre.
Lubang pintu lama, keluar masuk keluar masuk beribu kali pun ..result mesti result lama. Kenapa? Lubang lama.
Apa kata lubang baru pintu rumah yg baru. Stail baru. Mungkin kita akan saksikan keputusan yg baru. Panaroma baru. New feeling?
tak cuba tak tahu.
jgn takut. Belajar pandai2. Cuba. Tawakallah bangsa melayu baru ku. Allah bersama2 kita. Iman biar teguh.
sekian.
wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/02/letak-jauh-jauh-kesedihan-itu.html