Looking young always


Update terakhir:

salam

Topik paling mudah.

bagi orng lelaki ..jika tidak mahu nampak tua .. ramai kalangan warga tua / dewasa mencukur janggut mereka itu .. kadang-kadang - 3 kali sehari semalam seperti amalan menggosok gigi.

pagi sekali, petang sekali dan malam itu sekali.

  1. Tengoklah kesannya. Berseri dan mudalah wajah tampan .. seperti hero hero hindustan, inggeris dan melayu jati di layar putih depan kedai mamak di mana-mana jua di dunia ini .

perkara kedua ialah mereka menjaga saiz perut mereka supaya jangan kasi buncit boroi melampau-lampau

Bagaimana? dengan cara jogging jogging jogging siang dan malam insyallah kempis sedikitlah perut itu. Walaubagaimana pun terbaik ialah menggamalkan sunnah Nabi Muhammad (s.a.w) ia itu baginda makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Elakkan minum sambil berdiri dan kencing pun janganlah berdiri. Boleh tak?

  1. Tengoklah kesannya. Tampan dan semakin tampan dan menaikkan darjat bahaya bila mata sang hawa melihat org tua adam begini tiba-tiba sudah nampak macam hero berumur 30’an sahaja. Hilang sudah pengenalan diri bahawa umur mereka sebenarnya sudah melebihi angka 55 , 60 dan 65 tahun. Tahu tak .. idola anak-anak kita seperti Michael Jackson, Steve Jobs dan Whitney Houston semua ini sudah mati walaupun mereka belum berusia 60 tahun. So waspadalah .. diriku dan sahabat-sahabatku sekalian.

perkara ketiga hendak sangat jadi muda ialah

chat rambut putih mereka biar jadi hitam semula. Pakailah ubat rambut dari India/ Yaman mari. SEbab itu ramai warga tua di Kota Bharu memotong rambut mereka di kawasan Kelab Pas , Kota Bharu kerana di sini terdapat beberpa buah kedai memptong rambut yg menyediakan ubat-ubat rambut supaya putih menjadi hihitam pekat semula

perkara ke-empat

Setengah-tengah mereka bercampur dgn orang-orang muda lelaki dan perempuan sepanjang masa. Seperti aktiviti Jom Heboh TV3. Mereka melompat-lompat macam mereka berusia muda belaka. Mereka menggunakan bahasa baru muda mudi yg sezaman dengan anak-anak dan menantu mereka. Tidak ketinggalan mereka turut bersama membanjiri stadium bola sepak, hoki, litar Sepang F1, membeli dan menunggang motor besar , memakai seluar jeans yg ketat-ketat, pakai baju T Manchester City / Barcelona, membaca majalah Cosmopolitan dan Jejaka, membeli kereta 2 seats sahaja.. dan .. menonton perlawanan bola depan secara langsung di warmak. O yer mereka juga menandang rambut 2 minggu sekali dan mereka tidak akan lupa .. berjumpa dentist once in 3 months supaya gigi itu tidak terjatuh dengan sendirinya . kesannya: BUSHHHHHHHH

Sure hebat ..org laki kito.

MENGAPA kena nampak muda? Jawapan senang sahaja. Supaya kita bersemangat bekerja siang dan malam untuk bangsa, negara dan agama. Kalau kita asyik cerita tentang mati sahaja dan selalu hadhir ke majlis tahlil setiap malam ..mungkin produktiviti
negara akan jatuh merundum seperti tahap keuntungan MAS yg jatuh begitu banyak sekali semalam. Rugi bisnes melebehi RM1 billion. Bayangkan jika CEO nya tiba-tiba kita lantik jejaka berumur 35 - 45 tahun dan bukan orang berumur melebihi 50 tahun. Cuba?
Sekian. Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/02/looking-young-always.html