maaf ,. apa itu maaf adikku


Update terakhir:

Salam.

Musim raya, org mintak maaf. Anak anak mencium tangan ibu bapa memohon maaf tersalah bahasa sepanjang tahun yg lalu.  Isteri memohon maaf dari kekandanya.  Tetapi ..  pernah tak kita .. tanya secara serious … Apakah maksud sebenar  kemaafan ini?

  1. Org politik payah memohon maaf dari rakyat jelata yg diwakilinya sejak PRU yang lalu.

  2. sedangkan cikgu cikgi senang jer memberi maaf kepada murid-muridnya beratus ratus orang ramainya.

  3. Isteri mintak maaf dari suami tetapi  suami payah nak mintak maaf dari isterinya yg  pertama, kedua, ketiga atau ke4. Mengapa yer?  mungkinkah
    ego  penghalang/faktor utama.

  4. anak mintak maaf dari ibu bapa. Tetapi ..jarang aku dengar mak ayah mintak maaf dari anak anaknyo. Why? Kerah perut peda mok bapok ini. Mereka tak ajar adab , tertib budaya kemelayuan yg suci murni, dan cara cara tutur kata yg cantik didengar orang dan …. Banyok kitab agama ..membuatandaian bahawa mok ayah ..syurga punya kumpulan. Sebab itu ..saluran maaf hanya satu hala sahaja dari si anak kepada ibu bapa tercinta dan bukan sebaliknya.

ada mok ayah ..kuat mengatur itu ini dari dulu sampai zone mereka nok mati. Tak habih habih mengatur itu ini ..sana sini.

maaf ? He..he..payah depa nok mintok maaf dgn anak anak mereka sendiri. Why?

Agama? Org org yg belajar agama sejak dari zaman mereka muda-muda  lagi ..cara mereka mengamalkan kefahaman maaf ini berbeza sedikit dgn cara sesetengah org yg baru pencen politik dan kerjo pejabat baru nok kenal kitab Radiatul Solihin atau Bimbingan Mukminin.  Stail kefahaman bukan senang datang ..dalam jangka masa setahun dua. Mengikut ..pemerhatian saya org org yg biasa ada pangkat besar dahulu kala ..sukar sedikit nak turun ke bawah dan meminta maaf kpd rakyat jelata.  Al Sultan Melaka ..yg dahulu memerintah di zaman Hang Tuah dan Hang Jebat ..ada tuan pernah mendengar ..baginda berkenaan meminta maaf dari cucu cicit Hang Tuah atau Hang Jebat? Ada tak? he..he.. he.. Patik rasa ..tak pernah ada itu cerita ..sultan mintok maaf dari rakyat jelata.

  1. So apa itu maaf? Jika nak mintak maaf ..kena ada dlm jiwa seseorang..dia pernah buat salah, zalim, khianat, fitnah, cerita itu ini kpd si anu bin si anu  ..yg dia nok mintok maaf itu sebelum ajal menjemputnya secara tiba-tiba.

kalau anak anak ..ok kot mereka rasa bersalah..kpd ibu ayah yg sedikit demanding itu ini ..contoh nok gi umrah 3 kali setahun tak kira MH17 ditembak musuh atau pun tidak.  Anak anak senang nak mintok maaf jika ibunya jenis air mata  sepanjang masa. Air mata ini senang mengalir musim raya kerana dua faktor. Pertama..alunan takbir raya ala malaysia..sayu ..sedih bila kita mendengarkannya ..dan kedua, filem filem melayu musim raya semua menghala kpd cerito ceriti yg sedih sepanjang masa. Masyarakat yg kuat bersedih..tak mampu melawan serangan musuh ..terutama yahudi dan nasaro. Askar di perbatasan bersedih, polis Klang bersedih, guru-guru Bahasa Inggeris bersedih dan ..pemandu bas pun bersedih. Bolehkah orang orang begini ..menangkis serangan musuh bertubi tubi dtg dari dunia sebelah sana? Bila manusia..melayu bersedih..ada kemungkinanan kambing, lembu, kerbau, itek , ayam pun turut bersedih. Aduhai.

bila banyak sangat org bercakap pasal maaf.. maka dunia melayu ..dikelilingi dgn wap wap sedih. Oh ..payah nok study Ph.D/ masters  gini lagu ini.

isteri saya senang mintak maaf dari penulis kerana jari jemari penulis tak ada bau bawang, kunyit, halia, dan bau perut ikan dan ayam. Selepas mencium tangan suami ..semua settle. Tetapi ..sebelum saya mintak maaf dgnnya..please wash your fingers thoroughly my dear. Aku ada resdung ni. Bila serbuk kunyit ..masuk kedalam lubang hidung aku ..payah nok we maaf kpd mu..(ha..ha..ha). Begitulah ..sketsa maaf memaafi sesama kita di dunia sebelah sini.

Sebelum diakhiri..nak beritahu..satu benda, tuhan boleh maafkan kita blako blako ..dgn dosa walaupun sebanyak buih di lautan dan sebanyak pasir- pasir dihimpunkan dari seluruh pelusuk pantai di dunia ini ..sekali pun..Allah sudi maafkan kito asalkan kita bertaubat dan tidak pernah bersyirik dengan nya walaupun ..satu ounce, 1 milligram ..sikit habuk  pun.

payah bukan?  Ada orang kata/ anggap duit itu tuhan.  Syirik?  Celik mata semua orang kejar wang. Tengok kat lebuh raya itu ./…  orang orang berkejar-kejaran untuk apa yer kalau tidak kerana WANG. Orang mahu tuhan mereka gemuk dan tebal.  Sebab itu ..semua ahli keluarga bekerja siang dan malam hatta ..ibu yg hampir hampir nak bersalin pun dikerah masuk kilang ..untuk mencari wang.  Fikirkanlah?

itu sahaja.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan bathin pembaca pembaca semua yg budiman. Wa allahu aklam bis sawab.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/08/maaf-apa-itu-maaf-adikku.html