Majlis ilmu berbeza dengan Majlis Fikir
Salam
Sebentar tadi, tuhan mengurniakan saya sedikit taufik dan hidayah untuk bersama sama dengan mereka yg lain dlm majlis ilmu. Masjid …rahsialah.
Dari sini, fokus ilmu ialah mengenai sifat baik seseorang …ini hendaklah berada dalam 3 dimensi.
Pertama, baik dengan Allah.
Kedua, baik pada diri sendiri dan
Ketiga, baik kepada ahli keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga.
Ada orang baik dgn tuhannya sahaja. Semua amalan puasa, mengaji Alquran dia sempurnakan tetapi dia lupa ibu ayahnya di kampung. Dia ingat kpd orang tuanya pada musim hari raya sahaja. Selepas itu,dia akan kembali berbaik baik dgn tuhannya sahaja.
Keperluan ibu bapa beransur ansur dilupakan.
Ada orang tu, kebaikan hanya 2 dimensi sahaja. Baik kepada Tuhan dia dan ahli keluarganya sahaja. Full stop.
Jiran tetangga dan orang kampung tidak pernah merasai kebaikan apa apa darinya.
Jemputan khawin .. dia (M.I.A) missing in action. Waktu orang mengajaknya ..meratip orang kampung yg sudah meninggal dunia pun ..batang hidungnya tidak kelihatan langsung.
Oleh itu kebaikannya tidak merata dan melata. Ruginya dia!
Oleh itu eloklah kita sama sama fikirkan di manakah tahap kebaikan kita ini selama ini?
Adakah 1 D, 2D atau 3D?
Itulah ilmu yg saya dapat dari majlis tersebut.
- Selepas majlis ilmu, kami menunaikan solat isya.
Bagus sungguh bacaan imam muda itu.
Alhamdulilah.
- Selepas isya, ada majlis fikir dari kumpulan dakwah tabligh. Tetapi
ramai orang sudah beransur-ansur nak balik ke rumah masing masing.
Mungkin mereka lapar dan penat maklumlah kebanyakan ahli masjid sudah berumur.
Waktu sudah pukul 0900 malam lebih.
Mata ku mengantuk, perutku berbunyi. Sabar perut. Please.
Oleh itu majlis fikir tidak mendapat sambutan.
Kalau jam 0800 mlm bilangan ahli dlm majlis ilmu sekitar 200 - 300 orang..
Majlis Fikir agama dan dakwah hanya mampu menarik 20 orang sahaja. ( lampu masjid dan kipas angin mula dimatikan satu persatu; menanda tok siak pun nak balik juga ..cepatttttt).
Begitulah pemerhatian saya di masjid ini dan juga di masjid masjid lain di seluruh dunia.
3.1 Mengapa begitu?
3.2 Keutamaan majlis ilmu lebih tinggi dari Majlis Fikir.
3.3 Minat kita untuk berfikir itu sangat sangat berkurangan dibandingkan dengan kita sanggup belajar dalam majlis ilmu sahaja. Ada orang bersandar di tepi tiang yang besar. Sambil menyandar ..mereka boleh check mesej dari luar. Tetapi majlis fikir kita diminta duduk rapat rapat antara satu sama lain. (sunah nabi ..dia orang kata ..duduk rapat rapat ..)
Jawapannya mudah.
4.0 Majlis ilmu dikepalai oleh tuan guru yg ada ilmunya. Bahasa arab fasih, bahasa inggerris fasih dan bahasa melayu ..jgn cakaplah ..terlampaulah fasih.
Kefasihan ini menambat hati manusia.
Tuan guru ini mempunyai sijil dari Majlis Agama.
Orang orang kita cukup menghormati org org yang mempunyai sijil sijil tersebut. Ada tauliah dari majlis.
Baguslah.
4.1 Majlis fikir …kepalanya kadang kadang professor, org bisnes ..dan kadang kadang org biasa dari jalanan sahaja.
Dia mengajak kita berfikir ..apa nak jadi dgn masyarakat islam kita semua.
Dia mengajak kita berbuat sesuatu yg terbaik.
Membaiki masyarakat kita yg mana ada tu ..tidak menjaga solat 5 waktunya. Jika bersolat pun , di rumah sahaja. Tidak di masjid/ surau.
Bila solat tidak dijaga, aurat pun tidak penting lagi.
Begitu juga hukum hakam agama. Menipu bermaharajalela ..memfitnah. membodek.
Memberi dan mengambil rasuah , melibatkan diri dlm maksiat yg lain seperti berzina.
Siapakah antara kita semua ini yg nak ajak orang lain ke arah sesuatu yg lebih bagus pada sisi Allah?
Kalau tidak kita, siapa lagi?
Tun Mahathirkah? …Tun sudah tua.
Mufti Perlis? Dia sibuk.
Mufti Perak? Lagilah dia sibuk.
Kawan cina kita? Kawan inggeris kita kah?
Siapa?
ramai orang tak nak jawap. Sebab itu majlis fikir kurang sambutan. Sedih, terharu, terkilan juga penulis. Orang kita tak suka berfikir berat berat. Bila malas berfikir, nak jawab soalan di atas pun mereka malas jugalah.
Orang yang memberi bayan mengajak kita membaiki iman kita. Dia bercerita pasal nabi, para para sahabat, zaman keagungan islam bila mana orang islam 313 orang ..kafir 1000 orang .. orang islam menang. Peperangan Badar. Seterusnya ..
Bila iman kuat, amalan agama pun kuat, boleh bertahan lama dan mampu menarik taufik hidayah dari tuhannya.
Bila ini berlaku ..aman damailah dunia. Insya allah. Janji Allah.
Bila iman lemah, hancurlah masyarakat islam kita. Ini sudah nampak jelas di mata kita semua. Bila suamai lemah agama, isteri dan anak anak nya pun beransur ansur lemah. Mereka misss solat one after the other. Kitab Al Quraan tidak lagi dibaca hari hari. Suami tak baca. Isteri tak baca. Anak anak dara pun tak baca. Nuur iman dari Allah tak masuk ke dalam rumah tangga. Hati manusia semakin keras. Perkara baik ..dicemuh .. dan perkara mungkar di puja siang dan malam.
Kesimpulan. Majlis fikir mengajak kita berbuat sesuatu yg konkrit untuk diri sendiri, ahli keluarga dan seluruh jiran tetangga, kampung, bandar, negeri dan world.
Benda ini ..tak ramai orang mahu ambil peduli.
Mereka mahu berbaik baik untuk dirinya sahaja. Rujuk 1D, 2D di atas.
Fikiran ini jauh berbeza dgn majlis ilmu.
Majlis ilmu ..ambil faedah dari ilmu sahaja. Sedap untuk mendengar sahaja. Kita diibarat seperrti satu ‘sponge/ foam’ untuk menelan buih buih sabun. Ustaz memberi ..kita mendengar sahaja. Buat? tak tahu lagi. Insya allah.
Ramai orang berilmu tahu serba serbi tetapi mereka masih tidak mampu menggelakkan diri dari berhutang sebagai contohnya dan segelintirnya tak bayar bayar hutang pun walaupun mereka mengalas kitab tebal tebal belako pasal hutang peribadi dan hutang negara.
Contoh: Ada orang ada ilmu perakaunan debit dan kredit dari UiTm tetapi kehidupannya bnyk lagj berhutang. Duit masuk tak sama dgn duit keluar?
Begitu juga orang matematik. Tahu banyak angka angka positif dan negatif. Tetapi masih berhutang. Maaf ( saya pun terkena juga ..he he he.. padan muka .. biarkan tukang bayan berceramah memberi kita skop untuk berfikir lagi pun banyak betul dari salahnya. Kita tersangatlah lemah. ).
Mengapa?
Kadang kadang majlis ilmu ada makanan, minuman dan ada itu ..disertai dgn nasyid dan lagu.
Ramai orang suka dan cukup terhibur. Pegawai Daerah happy, Pak Imam 1, 2 , dan org kampung semua happy. Ustax jemputan dikenali ramai. Posternya besar di seluruh pelusuk bandar. Famous! Poster sudah digantung seluruh pekan berhari hari lamanya. Banner ini memerlukan kos. Namun -keadaan Happy tak mencukupi untuk mengajak diri taat pada tuhan sepanjang masa.
Tetapi untuk majlis dakwah (majlis fikir) mereka buat usaha jaulah ( gazzz) terlebih dahulu. Mereka ketuk pintu rumah orang satu persatu di satu kawasan kampung berdekatan dengan masjid. Benda ini ramai orang tak suka termasuk org yang gemar menghadhiri majlis ilmu di atas seluruh dunia. Ketuk ketuk ini bukan .. stail orang zaman sekarang. Depa kata …jual muka. Bayangkan wajah Nabi Muhammad s.a.w. menjual muka di hadapan rumah pamannya Abu Jahal setiap hari 1470 tahun yg lalu.
Nabi Muhammad s.a.w. buat ziarah kepada Pa man nya ..7 kali sehari ..bercerita benda yang sama. Tuhan itu Maha Besar. Harta manusia tidak ada apa apa power. Allah Maha Besar. Bangalow itu kecil sahaja.
Usaha jaulah (ziarah) ini membawa .. banyak faedah. Pertama, orang orang perempan islam cepat masuk ke dalam rumah mencari tudung (tutup kepala). Itu dah bagus. Maksiat sudah mula dicegah. Kaum wanita berlari ..mencari tudung dan memakai baju yg sesuai.
Kedua. orang-orang lelaki mula .. mendengar bahawa .. hayat kita ini sementara sahaja. Tuhan akan tanya kita semua nikmat satu persatu. Oleh itu .. tuan dijemput hadhir ke satu Majlis Fikir di masjid kita nanti.
Dalam majlis fikir .. kita diminta buat pengorbanan.
Sebab itulah kita kena buat pengurbanan. 3 hari, 40 hari, 4 bulan, sepanjang hayat ..belajar korban masa dan wang ringgit di jalan Allah supaya kita dpt menterjermahkan ilmu yg ada dalam dada selama ini (dari zaman muda ke zaman tua ini) kepada amalan agama yg patut kita dan jiran tetangga lakukan sebagaimana Allah mahukan.
Tuhan akan tolong kita jika kita tolong agamanya. Jika seorang perajurit terkurban di Lahad Datu Sabah , ..satu negara akan menolong keluarganya kerana perajurit itu mengorbankan diri untuk negara. Jika seorang dae ..mati terkurban .. sedarlah .. sudah tentu Allah sendiri dan bala tentera tenteranya tak akan membiarkan keluarga dae tersebut begitu sahaja. Betul tak?
Mana besar kekuasaan Allah dengan kekuasaan manusia melayu di bumi Malaysia ini?
Sekarang agama ..di main mainkan orang. Sekejap dia maksiat ..sekejap lagi dia berangkat untuk umrah berbondong bondong satu kapal, kapal terbang dan ..
oh tuhan ampunkan kami. Mereka mintak ini semua di hadapan pintu Kaabah. Kenapa tuhan tak tangkap depa bila depa sudah terlampau dekat dengan rumah MU?
Siapa mahu ambik kerja agama? Keluar dakwah seluruh negeri, negara dan dunia?
Keluar dakwah negara jauh.
Belanja besar …saham akhirat cukuplah berbaloi. Kita keluarkan belanja dari poket kita sendiri. Kita penatkan diri kita di jalan Allah ..usaha dakwah di Malaysia, Brunei Darul Salam dan Indonesia.
Di akhir majlis fikir, ada
taskil. Mereka memintak nama kita ..siapa nak keluar dakwah macam para para nabi dan sahabat sahabat. Siapa? Perkara ini .. menakutkan orang. Sebab itu saiz peserta dalam majlis fikir tak seramai manusia di majlis kenduri kendara dan majlis ilmu di mana mana jua di permukaan bumi Allah ini.
Tetapi bila cina Tesco berkempen jual sofa Italy … ramai orang melayu kasi nama, alamat dan ..very soon ..duit pun mereka beri. Orang Tesco cukup pandai .. dia kasi kita orang melayu tercenggang .. kasi hiburan itu ini .. dan akhirnya mereka menikam duit kita. Habis duit tuan hamba .. bayar hutang 3 tahun Court Mammaoth punya angkara?
Tetapi dalam usaha dakwah ( majlis fikir agama) ..orang dakwah meminta nama pendengar sahaja. Itu pun rami orang kita berkira. Kenapa 3 hari ? Kenapa 7 hari?
Untuk masuk hutan 30 hari 30 malam .. isteri tentera tak risau langsung. Pak Mertua dan Ibu Mertua senyum gembira walaupun menantunya berjuang dengan nyamuk dan jengking ular dalam hutan tebal .. masya allah tak leh bayangkan.
Tetapi untuk suami keluar dakwah ..sekadar 3 hari membina iman dan fikir agama .. satu kampung dan bandar melayu .. merasa hairan dan penuh kemushkilan. Kenapa begitu? Bila melayu berkedaan begini, pertolongan Allah tak datang lagi sebagaimana Allah membantu penduduk penduduk satu negara zaman dahulu. Bila kita pandang enteng usaha dakwah dan mencemuhkan mereka dlm usaha dakwah, Allah Taala mula menurunkan pemimpin yang zalim silih berganti. Sila rujuk kitab kitab dakwah. Semua ini terkandung dalamnya.
Marilah kita sama sama buat kerja agama yang agung ini semasa hayat dikandung badan.
Lewat sedikit tak apa ..yang penting kita buat mulai sekarang. Better late than never?
Sekian.
Itu sahaja sumbangan saya tuan hamba.
Maaf jika ada yg silap.
Yang bagus semua dari Allah yg Esa.
Yang tak bagus itu, besar kemungkinan semuanya kesilapan dari saya sendiri. Lagi pun mataku mula mengantuk. Maaf sangat sangat yer? Saya pun insan biasa juga macam tuan hamba. Ayuh.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/02/majlis-ilmu-dengan-majlis-fikir.html