mak ayah
Salam
Sekarang zaman I.T.
Kalau kita perhati anak anak tak sebut pulak Apple dan Samsung pun ..perkataan pertama dalam hidup mereka.
Yang keluar ialah mak mak abah. Pitih can?
Mengapa?
Adakah mereka sedar orang paling banyak susah adalah ibu ayah mereka.
He he he
Kalau mereka dapat susu asli ibu ..logiklah mereka menyebut emak emak kerap kali sepanjang hari.
Kalau susu formula …bagaimana yer?
Emak emak emak juga …yg keluar dari mulut mereka.
Selepas emak. Ayahlah. Tak ada org lain dah kecuali bibit yg ada.
Besar pengaruh emak ini kan?
Besar juga pengaruh ayah.
Bersandarkan faktor begitu
Allah murka kita biadap dgn emak abah.
Bilakah kemurkaan Allah itu?
Senaraikan di sini 5 contoh. Boleh tak?
Dlm Hikayat Si Tanggang
Allah murka kpd tanggang kerana dia lupa ibunya yg miskin dan lemah.
Allah murka kerana tanggang malu menggaku itulah ibunyA.
Allah murka kerana tanggang tak hargai makanan yg dibawa untuknya.
Sedih sangat cerita itu.
Sepatut kita jadikan pedoman dlm hidup kita masing masing.
Itu zaman purba punya hikayat.
Bagaimana pula layanan kita pd emak ayah di zaman ini. Zaman semua pantas.
-
Jgn lupa melawat ibu ayah. Semalam Hari Pekerja.
Cuti 24 jam. Ada tak menjenguk mereka? Asyik naik moto besar naik bukit sana sini ..ada drop kat umah emak abah tak? -
Lama dah kita dengar mereka tak berapa sihat.
Bagaimana tu? -
Emak makan tak bnyk pun. Elok turun ke kampung menjenguk ibu ayah ..bawak buah kegemaran mereka. Hadiahkan baju baju warna kesukaan mereka.
Tak luak pun …duit gajimu.
Atau bagaimana ..?
- Telepon pun ok.
Ibu ayah seronok mendengar suara mu dari jauh.
Suara anak terapi terbaik semua penyakit ibu-ayah yg sedang ditanggung.
Kasi mereka happy lah. Dulu call 10 min. Sekarang lama tak berbual dgn mereka?
berbuallah panjang panjang. Kasi habis kredit rm20 ker sekali melawat di angin lalu.
ada tak?
Tidur mereka mesti nyaman dan selesa pada malam itu. Insya allah.
Topik perbualan mereka mesti kamu sebelum mereka tidur dlm kesakitan, kelaparan dan kesejukan. Org sakit bnyk berpantang. Sudah tentu ibu lapar juga.
Ok tak pesanan ku ini?
Sekian.
Bila ibu ayah happy otomatik kamu akan happy juga.
Itu ramuan rumahtangga. Dalam pengetahuan tuhan robbul alameen.
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/05/mak-ayah.html