malas itu apa
Salam
Malas ini satu penyakit kanser.
Jika kanser membunuh manusia,
Malas ini pun akan membunuh seluruh tamadun manusia.
Malas tidak mempunyai ubatnya yg khusus kecuali ..manusia ini melihat apakah kesan dan akibat bila mereka malas.
- Bnyk tragedi berlaku di sekeliling kita kerana bersikap malas
2.1 accident di perkarangan rumah. Ibu ayah melanggar anaknya sendiri. Mereka malas nak check keadaan di sekeliling keretanya dlm compund rumah sendiri.
Malas nak tengok cermin sisi. Malas nak lap lap cermin. Malas nak menukar signal lampu, horn kereta dan sebagai. Keputusan anaknya sudah terkorban. Hendak dapat anak bukan senang abang?
Org lain ada kolam. Kita pun nak buat kolam juga dlm perkarangan rumah. Mula mula itu seronok pelihara ikan dlm kolam. Setiap kali ada tetamu, kolam ikan lah tempat terakhir mrreka singgah sekadar sekejap. Bercakap tentang ikan siakap, keli, gelama dan patin.
Lama lama tuan kpd kolam malas. Mulalah kolam ikan bertukar sebagai tempat pembiakan nyamuk. Bila nyamuk ada, penyakir denggi pun datang. Dasyat denggi ni bang. Ada org kmpng mati kerana nyamuk aedes. Dari mana? Kolam ikan itulah. Sekarang mungkin nyamuk membawa kuman ‘Zukkki’.
Oleh itu sikap dan tabiat malas itu perlu ditangani segera.
2.2 guru guru/ pensyarah pun ada yg malas.
Bukan semua guru/pensyarah itu malas tetapi adalah guru/pensyarah yg malas.
Malas nak explain sekali lagi perkara yg sama. Kalau ada benda pelajar soal ..mereka malas nak dengar. Kerana dia guru cemerlang katakan. Org cemerlang manalah nak dengar kan?
Malas nak tanda buku anak aku.
Malas nak pulangkan buku kerja anak aku.
Malas nak melayan kerenah anak aku.
Mcm mcm malas. Aduhai cikgu/pensyarah?
Kalau tidak kerana malas , sudah tentu banyak benda boleh dikongsikan bersama. Selalunya setiap pegawai dihantarkan berkursus. Jika pesara mempunyai 30 pengalaman berkursus luar dan dalam negara .. beliau mempunyai potensi untuk memberikan kursus dalaman di sekolah, politeknik dan universiti. Ada dihantar ke luar negara dengan perbelanjaan yg besar. Mengapa tidak pihak sekolah mengaturkan agar ..guru guru/ pensyarah memberi sedikit input mengenai kursus yg dihadhirinya itu? Boleh bukukan input tersebut. Kalau dibuat begini, sudah tentu banyak buku dan makalah boleh diterbitkan dan diedarkan ke perpustakaan desa, bandar dan juga universiti. Tak payah kita bergantung 100% kepada bahan dari luar negara.
Ada buat tak? Mengapa? Malas … bukan?
2.3 menteri pun ada yang malas
Mereka pun malas nak membaca benda benda yg ada kaitan dgn kementeriannya.
Mereka suka baca , laporan terringkas mungkin dari pegawai nya sahaja.
Jika pegawai itu org berada, manalah mereka faham apa erti ' ..ketiadaan air dan masalah air' di kampung kampung kawasan Felda Jengka 10, Pahang sana.
Pegawai tidak ada penghayatan. Menteri pun tak ada penghayatan. Akademik pun tak setinggi mana. Zaman sekarang payah nak berucap atas pentas dengan berbekalkan SPM/ STPM sahaja. Audience ramai yang ada degree, masters dan Ph.D. nanti mereka tanya sesuatu , bergelabah menteri kita. Contoh soalan: Pak Menteri ..duit GST kami, kerajaan buat apa hah?
Di sebabkan prestasi ,
Akhirnya dia dilucutkan jawatan.
Mengapa? Malas punya pasallah.
2.4 adakah agama ini candu?
Di benua besar China, pada tahun 1750- 1950, kerajaannya takut rakyatnya mengambil terlalu bnyk candu.
Bila candu diambil, rakyat merasa cukup malas. Candu boleh menyebabkan tulang manusia menjadi reput. Urat saraf manusia pun terketagih dgn kenikmatan candu mentah atau candu proses. Candu menghilangkan selera makan. Candu merosakkan nafsu. Tenaga untuk produktiviti mula merusut kerana candu. Salah satu punca candu ialah melalui merokok. Ada orang sanggup membiarkan anak anaknya berlapar 24 jam semata mata mengagungkan ‘candu’nya. Dia fikir dengan candu , dia akan kembali pulih bertenaga. Oleh itu ..adakah sama
..org yg ingat ..tuhan akan mengampunkan semua dosanya?
Dgn rasuah pun, dia ingat dia adalah ahli syurga.
Dengan menipu pun, dia fikir dia akan masuk syurga.
Dengan melakukan kezaliman kpd rakyat jelata pun, dia akan bersuka ria di taman syurga.
Mcm mcm dosa dia telah lakukan, tetapi dia orang syurga (anggapannya lah).
Fikiran begini lah yg meruntuhkan tamadun manusia.
Bila tamadun telah diruntuhkan, anasir jahat akan menyerang kita.
Kita akan dikalahkan secara mudah. Tenaga nak melawan sudah hilang. Kita tiba tiba jadi rakyat yang bodoh.
Tengok sahaja empayar Othmaniah di Eropah. Apa yg telah kita pelajari?
Yes. Muslim malas. Raja malas. Lantas mereka dibunuh oleh musuh islam. Semua sudah jadi bahan sejarah. Di Sepanyol, masjid masjid sudah bertukar wajah sebagai muzium negeri, muzium bandar dan macam macam lagi.
Nantilah. Solat jap.
Kena lawan racun malas yang durjana ini. Di masjid di waktu solat subuh…tak ramai org solat berjamaah. Mengapa begitu?
Bolehkah kita menyebut … malas adalah faktor utama?
Di rumah, banyak kitab. Baca tak? Mengapa tak baca? Yes kita malas.
Sifat malas inilah yg membinasakan kita semua.
Makanan banyak dalam fridge. Ibu ada buat sarapan tak untuk anak anak? Suka membeli kan? Itulah ..
malas lah nak masak ..kita berdua sahaja. Baik kita beli sahaja.
Ayuh lawan segera ..malas ini. jangan dibiarkan ‘malas’ ini semakin gemuk dan seterusnya bermaharajalela di hati dan sanubari kita semua. Hancur kita ibu? Malu kita ayah?
Sekian
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/02/malas-itu-apa.html